Wednesday, September 11, 2013

'Tikus sekarang lebih bijak!'

Wartawan Sinar Harian
11 September 2013

HAMPIR 70 peratus penduduk di Taman Prima Selayang menyediakan perangkap dan racun tikus dalam rumah masing-masing. Seorang penduduk, M Mahaletchumi, 26, berkata, tiga tahun lalu, operasi besar-besaran menghapuskan tikus telah dilakukan di kawasan perumahan itu namun tidak berterusan akibat kesan sampingan yang dialami kebanyakan penduduk. Menurutnya, meskipun langkah penghapusan tikus itu dibuat namun haiwan itu masih ada.

“Kami mengalami demam dan sakit kepala disebabkan terhidu bangkai tikus. Sebab masalah itu, penghapusan tikus terpaksa dihentikan dan penduduk digalakkan untuk menjaga kebersihan selain menyediakan perangkap tikus sendiri,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya,walaupun gam dan perangkap tikus diletakkan di dalam rumah, namun tetap tidak dapat menyelesaikan masalah apabila haiwan itu dikatakan semakin bijak melakukan aktiviti.
“Tikus nampaknya lebih bijak. Jika kita letak roti dia makan tetapi tidak di bahagian yang diletakkan gam. Makanan kami banyak dirosakkan oleh tikus-tikus itu tapi kami tidak boleh berbuat apa-apa kerana haiwan itu susah untuk dihapuskan,” katanya.

Seorang lagi penduduk, K Velu, 54, berkata, hampir empat bulan dia menderita penyakit kulit akibat digigit tikus. Katanya, tidak tahan dengan implikasi yang dihadapinya, dia mendapatkan rawatan seminggu selepas digigit tikus. “Saya menghadapi demam dan gatal-gatal pada seluruh badan dan perlu bergantung kepada macam-macam ubat untuk pulih sepenuhnya. Kaki saya digigit tikus sewaktu sedang tidur dan darah saya dihisap haiwan tersebut,” katanya.

Katanya, lambakan tikus juga disebabkan aktiviti seorang penduduk yang menjadikan satu bilik di rumahnya sebagai stor penyimpanan barangan terpakai.
“Tikus yang datang dari sampah memanjat ke rumah kami di tingkat satu membawa kepada wabak penyakit kepada kami sekeluarga. Kami dan penduduk lain tiada pilihan terpaksa meminta penduduk tersebut mengosongkan rumah selepas nasihat kami memintanya menghentikan aktiviti penyimpanan barangan terpakai tidak diendahkan,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian ke kawasan pangsapuri kos rendah itu mendapati faktor kebanyakan penghuninya yang gemar mengumpul barang terpakai antara punca pembiakan tikus di kawasan tersebut. Pembiakan tikus juga disebabkan aktiviti penjaja yang kurang mementingkan aspek kebersihan dengan membuang sisa terus ke longkang.

SUMBER: SINAR HARIAN

saya: suka tikus putih makmal je..

till then,
love love

2 comments:

Dkna Abza said...

citer tikus pon okeh laa hihiii

LydSunshine said...

seram betul. kena gigit tikus sampai sakit kulit. uih.,