Thursday, April 24, 2014

Tuesday, April 22, 2014

Taste of Italy by Pizza Hut

Assalamualaikum,

Hujung minggu lepas sebelum balik Serendah, kami singgah Rawang. Hajatnya nak beli susu kambing Nubian tapi tak ada stok pula.. kecewa sangat.. memandangkan kami belum makan tengah hari, singgahlah ke Pizza Hut.. nak cuba pizza baru..


Jadi, kami pesan Signature Course.. ada pizza, brushetta, pasta dan air..




Kami makan Romano Chicken.. sedap juga.. pizzanya tak bulat macam biasa.. segi empat  bentuknya.. En Salleh makan pasta garlic cream.. mulanya En Salleh nak makan pasta yang ada pesto sauce tapi waiter tu cakap ramai customer tak habis makan kalau order menu tu.. herba dalam sos tu kuat sangat.. pizza yang jenis florentine tu pun sama..






till then,
love love..

Saturday, April 19, 2014

Lasagna yang sedap!

Assalamualaikum,

Khamis lepas, saya berpeluang merasa lasagna yang sangat sedap dari Grand Delicious Lasagna...
Memang cukup rasa.. hehe.. kenalah dengan tekak yang sangat memilih sekarang ni..
Oh ya, saya order lasagna di Facebook je.. dapat tahu pun di Facebook Bandar Puncak Alam..
Emm.. tak tahu nak taip apa lagi.. tengoklah gambar ye..





Oh ya, jangan lupa lawat Grand Delicious Lasagna..
Harga: RM14

till then,
love love

Friday, April 18, 2014

Restoran/Medan Ikan Bakar Pantai Jeram, Kuala Selangor...

Assalamualaikum,

2 minggu lepas.. teringin sangat nak makan kerang bakar dan sotong goreng tepung. Tempat yang paling sesuai mestilah Pantai Jeram.. hehe.. sangat sedap. Maka saya pun mengheret suami dan beberapa orang rakan untuk makan kat sana.. makan berdua je tak meriah sangat.. Makan kat Medan Ikan Bakar Pantai Jeram memang best! Walaupun yang famous di Pantai Jeram adalah Aroma Ikan Bakar (jiran Medan Ikan Bakar Pantai Jeram) tapi kami lebih suka makan di medan ni.. kami rasa harganya lebih murah dan yang paling penting lebih sedap..

Jadi, malam tu kami makan kerang bakar, sotong goreng tepung, siakap masak stim limau, ikan cencaru bakar, pari bakar, sayur kailan ikan masin, nasi putih dan jus oren.. Alhamdulillah.. kenyang.. hehe.. (mestilah kenyang kan....)..

Kerang bakar

Kerang bakar, sotong goreng tepung, kailan ikan masin

Siakap stim limau, cencaru bakar, kailan ikan masin, sotong goreng tepung

Pari bakar

Cencaru bakar (4 ekor) berserta lauk-lauk tadi

Ni lah harga yang kami bayar (oh ya.. kangkong pula yg masuk dalam bil.. hehe)..

Alhamdulillah.. kami berlima kenyang malam tu.. kalau nak pergi restoran ni masa hujung minggu, wajib buat tempahan dulu ye.. sebab selalunya penuh.. hehe.. No. telefon ada di resit kat atas ni.. (punyalah malas nak taip semula.. haha..)..ok lah.. ni pun dah cukup baik saya nak taip post ni hari ni.. kalau tak, memang tak sempat..

till then,
love love..


Thursday, April 10, 2014

Friday, April 4, 2014

Beli buku dengan BB1M di MPH

Assalamualaikum,

Minggu ni agak sibuk tapi tak macam yang lepas-lepas.. minggu depan dah sibuk semula, jadi bolehlah berblog sekejap.. hehe.. 
Memandangkan kami suami isteri adalah pelajar, tahun ni kami dapat lagi baucer buku 1 Malaysia (BB1M). RM500 untuk beli buku.. hehe.. yelah seorang dapat RM250. Dan saya yang sememangnya hantu buku ni mengambil kesempatan untuk beli buku yang mahal-mahal dengan BB1M tu...
Setakat ni kami baru guna RM200.. Bakinya nak simpan untuk Pesta Buku Antarabangsa KL yang akan bermula 24 April 2014 nanti.........
Oh ya, minggu lepas kami ke MPH SACC Mall Shah Alam.. saja nak melepaskan tekanan dengan membeli-belah sebab dah 2 minggu berturut-turut kena pergi seminar masa hujung minggu dan tak sempat shopping.. kira balas dendam la juga...



Di MPH, kami guna RM150 dan dapat baucer lagi..macam-macam ada kat dalam baucer MPH tu tapi yang paling best adalah baucer KFC dan Domino's.. Hehe.. Nampak tak booklet merah kat atas tu.. tulah baucernya.. :-)
Lepas tu kami guna lagi RM50 untuk beli hadiah hari lahir adik saya di kedai buku Keliki Tesco Puncak Alam.. jadi, habislah RM200 BB1M kami... harapnya sempat bertahan sampai PBAKL2014 nanti..

till then,
love love..

Wednesday, April 2, 2014

Telekung Siti Khadijah KLASIK

Assalamualaikum,

Hari ini kita bersiaran semula.. Alhamdulillah, Sabtu lepas dapat juga beli satu barang yang diidam-idamkan sangat ni.. dah lama nak beli tapi baru sekarang dapat.. Alhamdulillah..


Tadaaaaaaa!!! Telekung Siti Khadijah.. walaupun dapat beli jenis yang paling murah... hehehe.. tapi puas hatilah juga sebab sangat sedap dipakai.. telekung ni jenis KLASIK dan tanpa kain.. nasib baik ada beli kain sembahyang masa pergi Terengganu hari tu kat Noor Arfa Batik.. jadi tak kisahlah.. hehe.. harga Telekung Siti Khadijah KLASIK ni RM110.. Masa beli hari tu ada diskaun 10%.. dapatlah RM99.. Oh ya... saya beli di cawangan Shah Alam dan dapat Gift Voucher 5% off untuk pembelian seterusnya
(Terima kasih En Salleh sebab belikan.. hehehe...)
Kalau nak beli online pun boleh.. sila lawat http://www.sitikhadijah.com/.

p/s: HUJAN di Puncak Alam... Alhamdulillah...

till then,
love love