Saturday, December 31, 2011

The date..

Assalamualaikum..

After months of procrastinating (haha..), the due date is next week. I must submit my thesis next week! No excuses! No reasons! Just next week! Well, actually I set up the due date myself because I can't take it anymore.. I must submit it to my supervisors ASAP. So, no updates here (maybe for a week..) and I would like to say Happy 2012 to all of you.. Wish me luck! (I hope there is no major corrections on my thesis.. Amin.. )..

Tuesday, December 27, 2011

Boboi as Puteri Gunung Ledang and Si Bongkok..

Assalamualaikum..

Actually I have no idea what to post here this week.. then I came across to this on Youtube.. which made me and my family laughed last week.. hehe.. for those who haven't watched it.. enjoy!





I really hope Boboi will do the best in the final of Maharaja Lawak Mega!

Friday, December 23, 2011

something to think about...

Assalamualaikum...
Tak faham dengan sikap manusia yang mempunyai sesuatu yang berharga tapi tak dimiliki oleh orang lain, merungut dengan apa yang dia ada tu.. tak pernah fikir perasaan orang yang kurang bernasib baik, yang tak miliki apa yang dia ada..sedihnya rasa...

Thursday, December 22, 2011

Konserto Terakhir

Assalamualaikum..
(Petikan berita dari Berita Harian)



KUALA LUMPUR: Novel Konserto Terakhir karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain akan menggantikan novel Interlok sebagai teks Komponen Sastera (KOMSAS) bagi pelajar Tingkatan Lima mulai tahun depan.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud, berkata penggantian teks KOMSAS bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia itu membabitkan pelajar bagi Zon Dua meliputi Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Selangor.
“Novel Konserto Terakhir telah melalui proses penyaringan dan pemilihan ditetapkan serta sesuai digunakan sebagai teks KOMSAS berdasarkan nilai dan mutu karya dihasilkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Pada 14 Disember lalu, Kabinet memutuskan bahawa penggunaan novel Interlok, yang juga karya Abdullah, sebagai teks KOMSAS Tingkatan Lima tidak akan diteruskan mulai tahun depan.
Keputusan itu dibuat berikutan timbulnya rasa kurang senang sesetengah masyarakat selain bagi mengelak mana-mana pihak daripada terus mempolemikkannya.
Novel Konserto Terakhir, yang pernah dijadikan teks KOMSAS Tingkatan Lima di Zon Dua dari tahun 2000 hingga 2010, berkisar mengenai perjuangan hidup dan kegigihan seorang anak muda dari kampung yang berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan dan akhirnya berjaya menjadi seorang seniman besar negara. – BERNAMA

p/s: teringat waktu 'struggle' masa Tingkatan 5 dulu.. novel ni la yang dihadap selama setahun.. dari kulit depan sampai kulit belakang.. nasib baik suka baca novel, tak jadi masalah untuk 'explore' elemen-elemen sastera ni.. :-)  rasa bertuah sebab dapat belajar sastera walaupun dalam aliran sains.. thanx to Malaysia's education system.. (my husband always asked what I learned from 'sastera'.. hehe.. dia tak sempat belajar sebab masa dia Form 5, komponen sastera ni belum ada/belum wajib untuk aliran sains) rasa bertuah pun ada.. hehe..

Duit baru Malaysia!

Assalamualaikum..
Wah..rasanya ramai blogger-blogger lain dah buat 'post' ni.. Saja nak buat juga.. Teruja tengok duit RM20 yang warna kuning-oren tu.. cantik sangat.. tak sabar rasanya nak pegang.. hehe.. apa pun, kena tunggu Julai 2012.. duit syiling baru pula bulan depan dah boleh guna.. mesti akan rasa pelik bila guna duit baru ni.. harap tak adalah rakyat Malaysia yang tak tahu kewujudan duit baru ni.. jangan nanti ada pula peniaga-peniaga yang tak nak ambil duit daripada pelanggan sebab ingat tu duit negara lain (terutama duit syiling tu).. hahaha...


Wang baru Malaysia (gambar kredit kpd Harian Metro)

Menurut Harian Metro (22 Disember 2011), 'Bertemakan ‘Keunikan Malaysia’, siri keempat wang kertas itu memaparkan ekspresi tradisional seni dan kraftangan, keajaiban alam, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi, manakala bahagian depan semua denominasi wang kertas pula mengekalkan potret Yang di-Pertuan Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad, bunga raya dan corak songket kain tenunan tradisional.'

Wednesday, December 21, 2011

just wondering..

Assalamualaikum...

If I want to sell a collection of old postage stamps (very old).. is there anybody who's interested in buying them?
Let me know.. I might display them here..maybe next week..

i want a new phone

Assalamualaikum..
Well, my birthday is in 2 months time and I hope that someone will noticed this post.. :-)
I've been using the same phone since the past 3-4 years and Alhamdulillah, it is still in a best condition but I really want a new phone just because.. I want a new phone.. (that's the only reason). New phones now are so sophisticated and I don't want to be left behind.. On my wishlist.. the number 1 spot goes to the Samsung Galaxy Note.. hehe.. (other smartphones will be fine too..)



Hope it will come true..









Tuesday, December 20, 2011

Late dinner at the Islamic Trattoria, Bangi..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah... me and my husband has been married for a year now.. We are so happy together! Alhamdulillah. I realized that we've become more closer day by day.. and I am really thankful for what we have together.. So, after my brother in-law's wedding reception last Sunday (which is 18th December, our official wedding anniversary date..another date is 11 Muharram), we went to a restaurant called Islamic Trattoria (Wadihana) at Bangi.. they served pizza and pasta.. oopss..this time no pizza.. I had pasta..hehe.. The restaurant is quite nice.. like a fine dining restaurant and owned by Muslims.. there is a variety of pizza and pasta to choose..so .. I ordered 'Alfredo' which was nice but the cream was quite heavy for me.. and of course, I shared the plate with my husband because of the price..haha.. a bit expensive, la.. and my husband didn't want to eat much..so we just ordered a pasta and a drink..


also known as Wadihana
Islamic Trattoria-the menu
restaurant view
what I'd ordered- Alfredo (RM 19.90)
Wadihana have another restaurant called the Islamic Kitchen and I heard that they served Laksa Johor..em, yummy..I must try that next time..and I also want to try their pizza.. I saw other customers with the pizza and it looks so good.. hee..
ok..that's all for now..


BlogMalaysia.com

Thursday, December 15, 2011

Pizza LAGI!

Assalamualaikum...

Huh... harap tak ada yang bosan tengok tajuk di atas..hehe.. saya memang gila pizza.. tadi ternampak gerai pizza baru kat Puncak Alam ni.. apa lagi..nak cubalah.. mana tau sedap, boleh beli lagi.. haha.. Belum makan lagi pizza ni, tapi teruja nak kongsi kat blog .. Kepada yang berminat, datanglah ke gerai-gerai sementara Fasa 3, Puncak Alam..carilah gerai bernama Diddy's Pizza (gerai ni dibuka setiap hari kecuali hari Rabu). Saiz biasa (lebih kurang saiz personal) macam kat bawah ni RM10..saiz lain tak ingat pula harganya berapa..2 kali ganda la kot..

Diddy's Pizza

Chicken pizza

Oklah.. nak makan.. ;-)

Pendapat tentang Ombak Rindu...

Assalamualaikum..
Hmm..semalam pergi dating ramai-ramai dengan keluarga..tengok Ombak Rindu kat GSC One Utama.. 'Full House'.. Mula-mula rasa macam.. 'boleh ke aku tengok cerita ni?' yelah, sebab banyak reviewer kata tak berapa best.. tapi tadah mata jugalah.. hehe..
Ceritanya OK juga..cuma agak lambat nak 'bergerak'.. rasa macam tengok cerita slow motion .. hehe.. Pelakon-pelakon pun OK..Tapi rasanya lebih OK kalau Lisa Surihani jadi Izzah dan Maya Karin jadi Mila.. haha.. ni pendapat sendiri saja.. Aaron Aziz sesuailah juga jadi Hariz tu.. tapi bab pakaian pelakon-pelakon wanita tu.. tak berkenan langsung.. harap lepas ni, tolonglah ada yang peka dengan pakaian ye..
Rasanya nak beli novel Ombak Rindu lah.. mesti baca novel lagi best (as usual).. hehe..




Tuesday, December 13, 2011

Cheese Burst for Us!

Assalamualaikum...

I think everyone knows that I'm a pizza lover. And Dominos Pizza is my favourite! They have come out with new pizza..the Cheese Burst! I had it last Sunday..and it was great..and of course..yummy!

Cheese Burst!

Extravaganza with Cheese Burst!


Cheddar sauce between the crust

My slice

Alhamdulillah...We have celebrated our anniversary even though with a box of pizza.. hehe...

We love Puss in Boots!!

Assalamualaikum..

Last week, we had a chance to see Puss in Boots! The movie was great and very entertaining.. Since both of us love cat so much..we were so excited while watching the movie.. hehe..

hee...


we don't know what are those but my hubby looks great between them..hee..
Happy anniversary to us!!

Tuesday, December 6, 2011

Kita Satu




Sering ku bertanyakan
Di manakah hatimu sayang
Kian lama ku simpan
Penyesalan cinta dalam diam
Sampai bila harusku pendam
Layan cinta dan perasaan
Dengan lafaz ku bisikkan
Kita telah ditakdir bersama
Teman hidup di dunia
Malam siang kita jadi satu
Kerana engkau adalah milikku
Pegang tanganku seeratnya
Dunia ini berputar ligat
Mengapa harus ada sesal
Andainya tersungkur tetap bersama
Sampai bila harusku pendam
Layan cinta dan perasaan
Dengan lafaz ku bisikkan
Kerana engkau adalah milikku

Happy anniversary, sayang..

Cendawan goreng!

Assalamualaikum..
Malam tadi sempat juga masak cendawan goreng..walaupun dah pukul 10pm..hehe.. teringin pula.. lagipun tak elok simpan cendawan lama-lama..nanti rosak..kan rugi.. Sambil tengok Masterchef US (S2), makan cendawan goreng yang panas dan rangup..hehe..

Cendawan tiram 'fresh' dari Serendah

Tepung Nona Crispy Fry



Goreng..goreng..


Sedia dimakan..
Haa... itulah dia.. sedap sungguh..rasa macam makan ayam goreng pula.. Alhamdulillah..

Monday, December 5, 2011

things we want to do...

Assalamualaikum..

Our 1st wedding anniversary is just around the corner.. but, we didn't know what to do about it.. my husband is super busy.. He spent 12 hours (every weekdays) at the lab.. and it is so frustrating if he have to go there on the weekend.. At night, he will get busy again after dinner..doing some work, looking for journals..and get tired after that.. 

We certainly cannot celebrate our anniversary on the exact date because we might be busy.. attending weddings and on top of that, my brother in-law's wedding reception. Of course there are any other dates so we can just postponed it but..it is not the same..the feeling is not there..haha.. I need to get some ideas or whatever so that we can celebrate it..just the two of us..away from anybody else.. the truth is.. I've been so tired all year long.. why? hmm..too much to discuss here..better keep it with myself..

I feel a little bit of jealous with people who can celebrate their anniversary by going on a trip or holiday.. I certainly want that but we cannot afford it at this time and also we don't have the time..

How about having dinner outside? hmm..that's another thing.. if we go for a fancy dinner.. I will get guilty.. because money is the big concern now in our lives.. cooking dinner? it is usual for me..haha..
aaahh.. how lucky everybody else are...
so, I think... we'll just stay at home..
(any brilliant ideas from you guys?)

 


Friday, December 2, 2011

Amalan 'Asyura (source: iluvislam.com)

Ustaz.. Boleh tak terangkan berkenaan puasa asyura? Bila puasanya? Saya dengar 9 & 10 Muharram. Ada yang bagitau saya 11 pun sunnat puasa. Bagaimana yang terbaik? Apa lagi amalan baik di hari Asyura? Syukran.
Jawapan:
Selang beberapa hari lagi, kita akan berjumpa hari 'Asyura' (عاشوراء) sekali lagi. Di bawah ini saya nyatakan beberapa hukum yang disebutkan oleh para Fuqaha' berkaitan 'Asyura'.
1. Bilakah 'Asyura'?
Pendapat pertama : Ibn Abbas Radhiyallahu 'Anhuma berpendapat 'Asyura' adalah pada 9 Muharram.Pendapat kedua : Jumhur Fuqaha' berpendapat 'Asyura' adalah pada 10 Muharram.
2. Bila Sunnah Puasa?
Sunnah berpuasa seluruh bulan Muharram. Ini kerana ia termasuk salah satu daripada bulan-bulan haram.Sunnah muakkadah (yang sangat dituntut) berpuasa pada 10 Muharram (hari 'Asyura').Sunnah juga berpuasa pada 9 Muharram.Sunnah juga berpuasa pada 11 Muharram.Sunnah juga berpuasa 1-10 Muharram menurut sebahagian Fuqaha'.
3. Kelebihan berpuasa pada 10 Muharram?
Diampunkan dosa setahun yang lalu (hadis sahih riwayat Imam Muslim).Pada hari tersebut Nabi Musa diselamatkan daripada Fir'aun. Maka puasa tersebut adalah sebagai tanda kesyukuran*. Ummat Islam lebih berhak berpuasa daripada Yahudi (yang juga berpuasa pada 'Asyura') kerana aqidah yang sama dengan Nabi Musa.
* ia juga dalil bahawa Islam membenarkan sambutan diadakan untuk mensyukuri sesuatu perkara setiap tahun. Oleh kerana itu juga, maka sambutan maulid dibenarkan di dalam Islam sebagai tanda kesyukuran.
4. Mengapa pula puasa pada 9 Muharram?
Hadis Nabi yang bermaksud: Jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari kesembilan. Namun baginda telah wafat pada tahun berikutnya.Membezakan dengan amalan orang Yahudi.Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari 'Asyura'.Termasuk bulan-bulan haram.Termasuk 10 hari pertama Muharram yang disunnahkan berpuasa oleh sebahagian Fuqaha'.
5. Hikmah berpuasa pada hari 11 Muharram?
Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari 'Asyura'.Termasuk bulan-bulan haram.
6. Apakah amalan terbaik selain berpuasa pada hari 'Asyura'?
Meluaskan rezki (berbelanja makanan, minuman, menggembirakan kanak-kanak dan kaum keluarga).
7. Apakah kelebihannya?
Dilapangkan oleh Allah rezekinya selama setahun.*
* Hadis diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dan Attabrani dengan pelbagai sanad. Imam Baihaqi menyebutkan, sanad-sanadnya dhoif, tetapi apabila dihimpunkan kesemuanya maka ia menjadi kuat.
8. Apakah yang dilakukan oleh para salafussoleh pada hari 'Asyura'?
Disebutkan di dalam nota kaki kitab Fathul 'Allam oleh Syaikhuna Muhammad Alhajjar, menakalkan kitabAlmadkhal oleh Ibnul Hajj, para salafussoleh tidak akan melalui musim-musim ini melainkan dengan banyaknya ibadah, sedekah, berbuat kebajikan dan meraih kelebihannya, bukanlah dengan makan dan minum, bahkan bersegera menambahkan sedekah dan berbuat baik.
9. Apakah contoh amal kebaikan yang digalakkan oleh para ulamak untuk dilakukan pada hari tersebut?
Apa jua amalan kebajikan baik dilakukan pada hari yang mulia tersebut. Antara yang diajarkan oleh para ulamak adalah bersiwak, bercelak, berwangi-wangi, mengusap kepala anak yatim, menziarahi orang soleh dan para ulamak.
10. Apa hukumnya merobek pakaian, meronta-ronta dan memukul badan seperti mana yang dilakukan oleh Syi'ah pada hari 'Asyura' meratapi pemergian Sayidina Husin?
Hukumnya haram. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Sayyidina Ibn Mas'ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Bukanlah daripada kalangan kami orang yang memukul dada, mengoyak kain dan menyeru dengan seruan jahiliyyah (yakni meratap seperti ratapan kaum jahiliyyah)."
Wallahu A'lam
- Artikel iluvislam.com

Biodata Kolumnis

Ustaz Syed Abdul Kadir bin Syed Hussin Aljoofre merupakan salah seorang panel agama iluvislam.com. Memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Syariah dari Universiti Al-Azhar, Mesir dan seterusnya meyambung Sarjana Syariah juga di Mesir (Feqh Perbandingan Mazhab) (kajian bertajuk: Hukum hakam Masjid : Kajian Perbandingan Mazhab dan Permasalahan Kontemporari). Beliau kini merupakan penceramah terkenal di Malaysia dan sering muncul di kaca TV. Ustaz menulis di aljoofre.iluvislam.com.