Wednesday, October 30, 2013

Brooke Greenberg: 20-Year-Old "Toddler's" Legacy of Hope and Love

Source: Yahoo Shine
By: 



Brooke's growth was erratic in the womb. "One month she would be fine, one month she would just stop and play catchup," Brooke's mother, Melanie, told NBC Dateline. She was born a month prematurely, weighing only 4 pounds, and suffered from a rare form of hip dislocation that required surgery. Nevertheless, during her first year, Brooke's parents thought she would grow up and have a normal life. However, between ages 1 and 6, Brooke suffered a number of medical emergencies, including perforated stomach ulcers, a seizure, and a stroke — and she also stopped growing. Her parents consulted many specialists, but none could diagnose any endocrine or chromosomal abnormalities. Instead, doctors prescribed human growth hormone, which ultimately failed.

After Brooke's case caught Dr. Schadt's attention, his team began sequencing her DNA, looking for specific mutations related to her condition. He explained that by using stem cells taken from Brooke's skin, scientists can continue to study the special genes and other biological factors they identified, "seek to determine how they are involved in aging-related processes, and whether this new knowledge could help increase longevity and/or reduce aging-related disorders." He added, "Brooke’s contribution to human well-being ultimately could be a reduction in our overall disease burden — a gift to modern medicine and humanity.”

While Brooke's mysterious condition may lead to amazing scientific discoveries, on a quieter and more intimate level, she also leaves behind an inspiring legacy of unconditional love. "While the outside world may have noticed Brooke's physical stature and been puzzled by her unique development state, she brought joy and love to her family," Rabbi Andrew Busch, who spoke at her funeral on Sunday, told the Daily News. Throughout her life, her parents and three sisters cherished her and showered her with affection. She loved to be cuddled and tickled, and the Greenbergs said she developed a strong identity and a rebellious streak. When her younger sister, Carly, was born, she became jealous, like any other child would be, her parents said. And, despite the challenges the family faced over the years, their devotion never wavered. "The older she gets, it's unbelievable…everybody just wants to hold her," mother Melanie Greenberg told WBAL. Her dad called her "his angel."

Wednesday, October 23, 2013

Brunei laksana hukum Hudud

Sumber: Utusan



BANDAR SERI BEGAWAN 22 Okt. - Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, hari ini mengumumkan penguatkuasaan hukum Hudud di negara ini, termasuk melaksanakan hukuman potong tangan ke atas pencuri dan rejam terhadap kesalahan zina.
Jelasnya, undang-undang yang dikenali sebagai Kod Penal Syariah itu, diwartakan, hari ini selepas beberapa tahun diteliti dan dikaji.
Sebelum ini, Sultan Hassanal dalam ucapannya pada satu majlis tertutup di sini pada 10 Oktober lalu berkata, pelaksanaan undang-undang Islam berlandaskan Syariah itu bakal dikuatkuasakan secara berperingkat-peringkat dalam tempoh enam bulan.
Peraturan lain yang bakal dilaksanakan termasuk hukuman sebat ke atas pesalah yang melakukan pengguguran dan minum arak.
"Dengan rahmat Allah, mudah- mudahan penguatkuasaan undang-undang ini akan memenuhi tanggungjawab kita kepada Allah swt.
"Saya berharap undang-undang ini boleh mengukuhkan pengaruh Islam di Brunei yang majoritinya didiami penduduk Islam," katanya.
Negara yang kaya dengan sumber minyak itu dihuni kira-kira 400,000 penduduk dan 70 peratus daripada mereka merupakan penganut Islam dan selebihnya Kristian, Buddha dan agama lain.
Brunei sebelum ini menguatkuasakan gabungan dua sistem peraturan iaitu mahkamah berdasarkan undang-undang Britain untuk kes sivil dan undang-undang Syariah bagi kes peribadi dan isu keluarga.
Kerajaan Brunei turut melarang penjualan dan pengambilan alkohol serta menyekat aktiviti keagamaan dan perayaan agama lain daripada diadakan secara terbuka. - AGENSI


© Utusan Melayu (M) Bhd

Saturday, October 19, 2013

Burger Bakar Kaw Kaw

Assalamualaikum,

Hehe.. senyum sampai ke telinga hingga ke saat ini sebab dapat makan Burger Bakar Kaw Kaw hari Khamis lepas.. hehehe..  Dari roti, cheese, sos, mayonis, sayur, bawang, daging..semua sedap.. haha!
Sila tengok gambar-gambar di bawah untuk keterangan lanjut.. :-)


Merpati dua sejoli (our best friends) sedang berbincang tentang burger di kaunter.. haha..

Saya dan En Salleh makan ni.. Sedap betul fries tu dengan sos cheezy.. kami makan burger cheezy single dan smokeynizer yums!
Burger-burger kami...



Yang ni pula burger yang dimakan oleh kawan-kawan kami..

Basic lamb single

Cheezy bacon single
Fries dan wedges yang sangat sedap! (Siap ada cili potong lagi..)



Nak tahu harga? Tengok resit ni...



Teringin nak cuba? Burger Bakar Kaw Kaw ni banyak cawangan.. (Wangsa Maju, Puchong, Kota Damansara, PJ, Ampang,) yang kami pergi ni di SS15, Subang..

Direction
In front Asia Café , Same row with Pizza Hut & Starbuck
- Google Maps coordinate: 3.074159,101.589473
- GPS User : N 3 04.450 , E 101 35.368
Address
47-G, SS15/8A,
Subang Jaya,
47500, Subang,
Selangor.
Contact
☞ Zul ► 017-325 0244
☞ Nita ► 012-627 6547
Operation Hour
Opens Everyday : 6.30pm to 2.00am

Website: burgerbakar.com

till then.
love love

Tuesday, October 15, 2013

Man Burger Kukus Lava- Meatballs dan Hotdog

Assalamualaikum,

Minggu lepas, kami makan malam sekali lagi di Man Burger Kukus Lava . Kali ni nak cuba meatballs dan hotdog pula.. Kita tengok menu dulu ye..

Saya order meatballs..nanti lain kali nak cuba crunchy chicken lava pula

Dah bayar..

Nombor giliran..
Sambil menunggu makanan yang dipesan, kita ambil gambar apa yang ada di atas meja ni..



Yay! Dah sampai.. sangat cantik plating ni.. TAPI... hmm..sedih pula nak cakap.. meatballs ni sejuk.. macam dah lama masak.. sedap tapi sejuk.. :-(   kalau panas-panas mesti lagi sedap..


Ni hotdog yang dipesan oleh suami saya.. pun sejuk juga...


Ni gambar yang diambil oleh suami saya..dia tak puas hati dengan gambar yang saya ambil sebab tak nampak full plate katanya.. Layankan je lah..


Hmm.. kecewa sikit dengan Man Burger Kukus Lava kali ni.. sebelum ni ok je.. Burger, fries semua panas dan sedap.. Dah sedap tapi sejuk, tak best juga kan.. harap-harap bos kedai ni take note ye..

till then,
love love..

Monday, October 14, 2013

Sugarmallow..

Assalamualaikum,

Sangat sedap chunkychocs ni! Thank you, kak Yang.. Nanti kami order lagi ye..Tak sabar nak bawa balik kampung.. :-)




Salam Aidiladha untuk semua! :-)

till then,
love love..



Lunch at Pizza Hut and shopping at IKEA

Assalamualaikum,

Senyum sampai ke telinga sebab semalam dapat makan pizza di Pizza Hut dan membeli-belah di IKEA.. 
(Hehe.. bukan beli perabot pun.. sukalah sangat kan...). Semalam dapat cuba pizza baru di Pizza Hut.. yang ni memang kena dengan selera saya berbanding Pizza Golden Crunch tu.. Oh ya, nama pizza ni Cheesy Bites Trio..(Gila pizza betul saya ni.. rasa macam sekarang  tiap-tiap bulan makan pizza.. hahaha)..


3 jenis cheese

Sedap ooo..

Ini pula adalah hasil 'tangkapan' di IKEA.. My dear husband la yang tiba-tiba nak beli lilin wangi-wangi ni.. Tapi bagus juga, semerbak rumah dengan bau lilin ni.. Bau 'berry' lagi tu.. Asalnya nak beli roller, bateri dan bekas kaca yang comel-comel tu je.. tapi bila dah 'melekat' kat bahagian lilin tu, apa lagi ambil la satu bekas masuk dalam troli.. hehe.. Bekas-bekas kaca tu nak buat untuk letak kulit kayu manis untuk halau nyamuk (petua dari kawan mak, jadi nak cubalah).. Lepas tu nampak pulak beg yang comel bentuk box.. ambillah juga..haha... thank you, sayang.. sebab layan kerenah shopping dan selera orang putih saya ni.. hehe..


till then,
love love..

Friday, October 11, 2013

Makin ramai Datuk di Malaysia ni..

Assalamualaikum,

Menurut laporan KOSMO hari ini, beberapa orang tokoh dan selebriti akan mendapat gelaran Datuk sempena hari jadi ke-71 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob. Tahniah untuk mereka di atas usaha dan sumbangan kepada negara.

MELAKA – Penyanyi rock, Ramli Sarip; pelakon popular, Rosyam Nor dan jurulatih skuad Harimau Muda A, Ong Kim Swee akan dianugerahkan darjah kebesaran negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk sempena hari jadi ke-71 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Naim Abu Bakar berkata, Rosyam atau nama sebenarnya Mohd. Noor Shamsuddin, 46, dan Kim Swee, 43, dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) manakala Ramli, 61, menerima DMSM Kehormat.
Menurutnya, ketiga-tiga individu berkenaan antara 901 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka yang akan berlangsung di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini pada hari ini, Ahad dan 24 Oktober ini.
Sumber: Kosmo

Lingua Franca Kepulauan Melayu

Sumber: Sinar Harian
Oleh: MUHAMMAD DAUD

Thursday, October 10, 2013

Hershey bina kilang baru di Malaysia

Sumber: Sinar Harian
THE HERSHEY Company (Hershey) akan membina sebuah kilang baru membuat konfeksi di Johor, untuk memenuhi peningkatan permintaan pengguna terhadap produknya di rantau ini.

Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Rantaian Bekalan Hershey Terence O’Day berkata, kilang baru  itu menggunakan teknologi pembuatan konfeksi terkini.

"Ia  akan memperkukuh kedudukan kami untuk memenuhi peningkatan permintaan terhadap rangkaian produk kami di seluruh rantau ini.

"Pengguna di seluruh Asia kini mula menggemari pelbagai produk konfeksi Hershey dan China khususnya, sedang berkembang lebih pesat daripada mana-mana pasaran lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Kilang Hershey dengan pelaburan bernilai US$250 juta (RM816 juta) itu adalah pelaburan tunggal terbesar di Asia sepanjang 18 tahun sejarah syarikat itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia Datuk Noharuddin Nordin berkata, pemilihan Malaysia sebagai tapak kilang Hershey adalah bukti  negara ini tetap mempunyai daya tarikan untuk syarikat multinasional datang membuat pelaburan besar di rantau ini.

"Projek ini akan membawa manfaat ekonomi yang positif  kepada  Malaysia dari segi pekerjaan dan perniagaan bagi pembekal tempatan," katanya.

p/s: suka sangat coklat Hershey ni.. ;-)

Wednesday, October 9, 2013

Polperro Steak House, Shah Alam..

Assalamualaikum,

Semalam suami saya teringin nak makan steak.. jadi kami pun membawa diri ke Shah Alam.. Selalu makan dekat Mr Steak House Laman Seri, kali ni kami beralih angin ke Polperro Steak House sebab belum pernah cuba lagi (hari tu nak pergi tapi tutup).. Alhamdulillah, semalam buka dan ramai orang.. Servis pun agak lambat mungkin sebab pekerja tak ramai..  Tapi makanannya sedap dan paling best, kentang putar/kentang lecek dia.. yummy!
(Psstt.. Polperro tu nama tempat di England tau.. ).


Ni antara menunya..





Sementara menunggu makanan sampai.. kami ambil gambar suasana dalam restoran ni..



Tunggu air ni pun rasanya dalam 15-20 minit.. baru tiba..


15-20 minit lepas tu baru makanan sampai..

T-Bone steak pilihan En Salleh


Chicken Grill Sizzling pilihan saya
Ni bilnya...


Eh..kenapa sampai RM67.90? Hehe.. Sebenarnya masa kami tengah tunggu makanan, ada kawan datang, jadi kami makanlah sekali.. tu yang semua pesanan dalam satu resit.. haha.. (Saja nak buat orang terkejut, tapi tahu tak jadi.. hahaha..)

Oklah, kalau nak rasa makanan di Polperro ni silalah ke alamat berikut..

Polperro Steak House
24G, Jalan Kristal AR/7,
Seksyen 7, Shah Alam
017-3415920, 013-2554721

till then,
love love

Tuesday, October 8, 2013

Pening..

Assalamualaikum,

Hari ni rasa sangat berserabut sampai tak tahu nak buat apa.. Dah petang macam ni mulalah rasa pening sebab dah tenung laptop ni sejak pagi tadi..
Mohon agar diberi kekuatan untuk terus berada dalam suasana dan persekitaran yang semakin mencabar ini.. Amin..

till then,
love love..

Monday, October 7, 2013

9 October World Post Day

Source: Universal Postal Union

Messengers

The first known postal document, found in Egypt, dates from 255 BC. But even before that time postal services existed on nearly every continent in the form of messengers serving kings and emperors. Over time, religious orders and universities added their own message delivery systems to exchange news and information. Relay stations were set up along the messengers’ routes to speed delivery over long distances. Eventually, private individuals were allowed to use the messengers to communicate with one another.
During the 17th and 18th centuries, the exchange of mail between countries was largely governed by bilateral postal agreements. But by the 19th century, the web of bilateral agreements had become so complex that it began to impede the rapidly developing trade and commercial sectors. Order and simplification were needed in the international postal services.

Sir Rowland Hill

The process was started by national postal reforms. The most noteworthy reform occurred in England in 1840, when Sir Rowland Hill introduced a system whereby postage on letters had to be prepaid. Furthermore, uniform rates were charged for all letters of a certain weight in the domestic service, regardless of the distance travelled. Sir Rowland Hill was also credited with introducing the world’s first postage stamp.
In 1863, United States Postmaster General Montgomery Blair called a conference in Paris. Delegates from 15 European and American countries met and succeeded in laying down a number of general principles for mutual agreements. But the scope of their decisions was limited and they were not able to settle on an international postal agreement.

Heinrich von Stephan

This task was left to Heinrich von Stephan, a senior postal official from the North German Confederation. He drew up a plan for an international postal union, and at his suggestion, the Swiss Government convened an international conference in Bern on 15 September 1874. The conference was attended by representatives from 22 nations.

9 October

On 9 October of the same year – a day now celebrated throughout the world as World Post Day – the Treaty of Bern, establishing the General Postal Union, was signed. Membership in the Union grew so quickly during the following three years that its name was changed to the Universal Postal Union in 1878.
The 1874 Treaty of Bern succeeded in unifying a confusing international maze of postal services and regulations into a single postal territory for the reciprocal exchange of letters. The barriers and frontiers that had impeded the free flow and growth of international mail had finally been pulled down.

World Post Day is celebrated each year on 9 October, the anniversary of the establishment of the Universal Postal Union (UPU) in 1874 in the Swiss capital, Berne. It was declared World Post Day by the UPU Congress held in Tokyo, Japan, in 1969.

The purpose of World Post Day is to create awareness of the role of the postal sector in people’s and businesses’ everyday lives and its contribution to the social and economic development of countries. The celebration encourages member countries to undertake programme activities aimed at generating a broader awareness of their Post’s role and activities among the public and media on a national scale.

  

Magis milik Ramlee Awang Murshid

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, semalam sempat juga ke Jualan Gudang Karangkraf 2013 dan 'menyambar' novel yang ditunggu-tunggu ni..
Mempersembahkan.. MAGIS.. karya terbaru Ramlee Awang Murshid.. novelis thriller kegemaran saya.. 



Hampir kesemua karya beliau telah saya miliki, (cuma ada beberapa yang belum dimiliki, mungkin akan dibeli pada pesta buku tahun depan). Sememangnya Ramlee Awang Murshid merupakan seorang yang genius dalam berkarya dan saya amat kagum dengan daya imaginasi dan pengetahuan beliau sehingga terhasil novel-novel yang sangat hebat. 
He's definitely my idol..

till then,
love love..

Friday, October 4, 2013

Impian yang telah lama terpendam...

Assalamualaikum,

Salam Jumaat semua..

Seperti biasa, hari Jumaat ni mulalah rasa gembira sebab hujung minggu boleh pergi jalan-jalan. Hehe.. Tapi rasa macam masa terlalu lambat berlalu.. (Oh, malam ni ada Kampung Girl di TV3.. Hehe!)

Ok, nak cerita tentang impian saya yang dah lama terpendam.. Sejak pandai menulis dan membaca, saya suka karang cerpen dan bila mula masuk sekolah menengah, dah ada cita-cita untuk mengarang novel sendiri. Malah, saya ada menulis dan beri kepada kawan-kawan untuk dibaca.. tapi tak sempat nak habiskan tulisan tersebut kerana masa tak mengizinkan sebab sibuk dengan pelajaran..

Bila masuk kolej dan universiti, lagilah tak sempat.. yang sempat hanya baca novel yang ditulis oleh orang lain.. Saya suka baca novel bahasa Inggeris dan Melayu.. (memang banyak koleksi.. kalau dicampur yang ada di rumah sendiri dan rumah mama papa, boleh buat perpustakaan dah)..

Dulu pernah juga nak ambil kursus penulisan atau bahasa tapi..hmm..mungkin tak ada rezeki di situ.. boleh pula terjebak dalam dunia sains.. sejujurnya saya taklah pandai sangat dalam sains tapi dah rezeki di sini.. Masih lagi terfikir dan tertanya-tanya.. 'macam mana aku boleh ada dalam dunia saintis ni?' hahaha.. Rasanya dalam diri ni, tebal sungguh jiwa sastera.. Subjek yang paling disukai di sekolah ialah Sejarah, BM dan BI. Lebih-lebih lagi komponen sastera BM dan BI tu..  sangat suka! Sejarah tu jangan cakaplah, boleh hafal satu buku.. hehehe.. (tapi sekarang dah lupalah sebab dah lama tak ulangkaji dan baca semula)..

Sekarang ni saya rasa macam nak menulis novel.. apa pendapat anda? Perlukah saya teruskan niat ini seiring dengan perjalanan saya untuk mendapatkan ijazah PhD dalam sains?


 DAN...



till then,
love love..

gambar: kredit kepada En. Google..

Thursday, October 3, 2013

Obsessive-Compulsive Disorder (OCD)

Source: Yahoo! Health

On occasion, many of us may worry about whether or not we left the stove on before leaving the house or if we locked our doors. This worry may prompt us to return home to make sure that everything is all right. While this type of worry and behavior is normal, some people experience extreme anxiety about these issues. Often the anxiety is so intense that it impacts a person’s ability to live a normal life. To reduce the anxiety, the person may engage in repetitive actions and may experience an increase in anxiety if these actions are not performed. When this occurs, the person may be diagnosed with obsessive-compulsive disorder or OCD.

Obsessive-compulsive disorder is an anxiety disorder. People who develop this disorder have uncontrollable thoughts and fears (obsessions). These obsessions cause repetitive behaviors (compulsions) that the person uses in an effort to stop the obsessions. People with this disorder may realize that their obsessions are unreasonable, and they may try to stop their compulsive behavior. Stopping the compulsive behavior increases anxiety and distress, driving the person to resume performing the behavior.

The causes of OCD are not clearly understood. Most people who have the disorder develop it before the age of 30. OCD has been linked to head injuries and certain types of infections. There is no evidence that people with OCD have any brain abnormalities. In some patients, OCD may be linked to Tourette syndrome.

Three theories have been developed to explain the cause of OCD. These include:
  • Biological causes—OCD may be caused by genetic abnormalities. People with OCD often have a close relative that has the disorder.
  • Environmental causes—OCD may develop as a result of behaviors that have been learned over time.
  • Insufficient levels of serotonin—OCD may occur if levels of serotonin in your brain decrease. Serotonin is a chemical that can help you regulate emotions.
The symptoms of obsessive-compulsive disorder can be broken into two areas: obsessions and compulsions. Most people with OCD have symptoms from both areas. Some people with the disorder have only obsessive or compulsive symptoms.
Although obsessive and compulsive symptoms are different for each person, there are some common obsessive thoughts. Examples of obsessive thoughts include:
  • a fear of germs, illness, or disease
  • a fear of hurting oneself or others
  • violent thoughts of a sexual nature
  • a fear that you will lose things that are important to you
  • a focus on preciseness and order
  • a focus on superstitions
  • strict devotion to religious beliefs
Compulsions are behaviors and while behavior will vary for each person with OCD, there are some common compulsions. These include:
  • checking and rechecking tasks that have already been completed
  • continually calling friends and family to see if they are safe
  • counting or repeating words
  • excessive cleaning or washing
  • ordering things
  • excessive praying
  • accumulating trash that has no value or worth
If you have symptoms of obsessive-compulsive disorder, your doctor may perform some tests to rule out other health conditions. He or she will complete a physical exam and will order blood work. Your doctor may also recommend a psychological evaluation. During your psychological evaluation a doctor will talk to you about your symptoms. He or she may also ask you to complete tests such as the Yale-Brown Obsessive Compulsive Scale (YBOCS). These tests can help diagnose OCD.

till then,
love love

Wednesday, October 2, 2013

Infiniti Cinta Zizan dan Kaka..

 Assalamualaikum,

Hee.. saya suka lagu ni...





till then,
love love

Tuesday, October 1, 2013

UPENA, Kinokuniya, NASOM dan Vincci..

Assalamualaikum,

Rasa macam dah lama tak kemaskini blog ni dengan cerita baru.. asyik tak sempat dan kadang-kadang tak ada 'mood' nak menaip..
Oklah, Sabtu lepas kami jalan-jalan cari buku di Shah Alam dan KLCC. Lepas En. Mohd Salleh selesaikan kerja di makmal, kami bergerak ke Shah Alam untuk jualan buku Penerbit UiTM di Intekma Resort.



Lepas dapat apa yang dicari (Alhamdulillah, dapat beli semua buku yang diinginkan), kami makan tengah hari di Restoran Hakim.. (saya tumpang makan nasi suami je.. tak ada selera sangat nak makan kat situ)..
Lepas makan kami pergi Seksyen 15 untuk ambil katalog Tupperware yang baru di Tupperware Business Centre Shah Alam..
Dah selesai semua urusan di Shah Alam, kami bergerak ke ibu kota tercinta.. Kuala Lumpur.. Hehehehe..
Sebelum ke KLCC, kami ke Pustaka Kamal dulu sebab manalah tahu buku yang dicari ada kat situ dan harganya pasti lebih murah tapi malangnya, tak ada.. Jadi, kami terpaksalah meredah kesesakan lalu lintas untuk ke KLCC..
Dan tempat pertama yang dituju pastilah Kinokuniya!



Bahagian yang wajib dilawati..


Masa sedang sibuk pilih-pilih buku, terjumpalah buku ni.. sangat menarik... tapi bila tengok harga di belakang...


Tu dia harganya....


Lepas dapat apa yang dicari.. kita jalan-jalanlah di Suria KLCC.. Ada kempen 'Sunshine September for Autism Awareness'.. Kempen ini adalah untuk mengumpul dana bagi NASOM (National Autism Society of Malaysia).


Inilah gerai NASOM.. Ada macam-macam yang dijual.. t-shirt, pendrive, 'cutlery', 'garment bag' dan lain-lain.. Semua hasil jualan disalurkan ke NASOM.. Nak tahu kami beli apa.. tunggu...


Ok.. kita imbas kembali..
Masa di Shah Alam, kami beli buku-buku di UPENA..



Inilah hasil tangkapan kami di UPENA..


Dapat cenderahati juga..


Di Kinokuniya..

Inilah hasil tangkapa kami...


Kemudian, kami beli pendrive di gerai NASOM.. RM25..Comel kan pendrive ni.. bentuk 'puzzle'..


dan ini adalah hasil tangkapan di Vincci.. yay! dapat jam tangan baru..! thank you, sayang..


Terima kasih yang tidak terhingga kepada suami saya yang bawa saya jalan-jalan dan 'shopping' buku Sabtu lepas.. sangat seronok! Sesungguhnya membeli buku merupakan satu kepuasan bagi saya.. hehehe..
Terima kasih sayangku, Mohd Salleh.. :-)

till then,
love love..