Thursday, May 29, 2014

Makan di Al-Rawsha lagi!

Assalamualaikum,

Lepas pergi Pameran Herba Malaysia di PWTC, kami ke Al-Rawsha untuk makan tengah hari.. dalam perjalanan ke situ dah terbayang-bayang my favourite kebab sandwich bersama mayonisnya yang sangat sedap itu... En Salleh tiba-tiba nak cuba makan Mansaf..jadi dia pun pesan Jordan Mansaf..





Aaaa.. kebab yang sedap dan mayonisnya yang lazat.. (berebut mayo dgn En Salleh..hmm)

Inilah Jordan Mansaf..

Cak!! Di dalam ada kambing, nasi.. kambing disiram dengan yogurt..

Emm..oklah rasa Mansaf ni tapi muak sikit sebab yogurt tu.. tak ada pula sambal tomato tu.. kalau ada mungkin lagi ok..

tu je nak cakap.. hehe..

till then,
love love..

Tuesday, May 27, 2014

Pameran Herba Malaysia 2014

Assalamualaikum,

Ahad lepas, kami saja jalan-jalan di Pameran Herba Malaysia.. Tapi tak ramai sangat orang, mungkin sebab kurang publisiti.. ada banyak info menarik tentang herba dan produk berasaskan herba di pameran ni.. Harap lain kali lebih banyak pempamer akan ambil bahagian dan ada publisiti lebih meluas..
Layankanlah gambar-gambar di bawah ye..











till then,
love love

Monday, May 26, 2014

Rezeki lagi.. Alhamdulillah..

Assalamualaikum,

Alhamdulillah..syukur sangat-sangat.. akhirnya voucher yang ditunggu telah tiba.. Januari lepas, En Salleh masuk peraduan anjuran Samsung sempena Tahun Baru Cina.. Alhamdulillah, dah tertulis rezeki untuk kami, En Salleh menang voucher Giant bernilai RM388.. mungkin sebab tak ada nilai tu dalam bentuk voucher, kami dapat RM390.. Alhamdulillah..terima kasih atas rezeki ini, Ya Allah..



Alhamdulillah..

till then,
love love..

Friday, May 23, 2014

I won a book from MPH Distributors for the third time!!

Assalamualaikum,

Every time MPH Distributors organized a warehouse sale, they will post some contest in their Facebook page. And I have to make sure that I will enter the contest..Alhamdulillah.. I won..
Last week, I went to the sale at Bangunan TH, Petaling Jaya..

This is the book that I won

This is the book that I bought.. only RM17

The sale! 

Yes, the books are cheaper..

They organized this event every year..

I will let you know if they organized this event again.. hehe..

till then,
love love..

Thursday, May 22, 2014

Beli buku dan majalah di Karangkraf Mall..

Assalamualaikum,

Minggu lepas, sempat singgah di Karangkraf Mall, Shah Alam (dalam perjalanan nak ke Putrajaya). Dapatlah beli majalah dan buku yang segar dari kilang.. hehe.. Beli majalah Keluarga dan Pa&Ma sebab ada Ustaz Don dan famili.. hehe..Beli majalah Pa&Ma dapat free majalah Rapi.. Majalah Libur tu sudah semestinya En Salleh punya... (dah lama tak pergi bercuti ni, En Salleh..)..
Ternampak pula buku terbaru tulisan Ustaz Kazim... belilah sekali.. semua majalah dapat diskaun 20% dan buku 25% sebab saya ada kad Karangkraf.. 



oklah.. tu je..

till then,
love love..

Thursday, May 15, 2014

Wednesday, May 14, 2014

Syampu Safi Shayla (Segar Bermaya)

Assalamualaikum,

Saya baru saja bertukar syampu.. hehe.. Saja nak cuba mana tahu kesihatan rambut bertambah baik.. saya dah lama mengalami masalah rambut gugur tapi tak adalah 'extreme' sangat.. jadi, bila syampu baru ni muncul di pasaran, terdetik nak cuba..



Mula-mula memang plan nak beli yang khas untuk kawalan rambut gugur tapi tak ada stok (ramai kot yang alami masalah tu..).. jadi capailah yang ni..'segar bermaya'.. saya baru saja guna sekali.. not bad.. bau pun tak wangi semerbak sangat (bukan apa, kalau wangi sangat ni biasanya perfume je yang lebih kat dalam tu)..
Yang penting syampu ni buatan Malaysia dan ada logo halal.. dan juga memang khas untuk yang bertudung..
Kalau ada yang dah cuba syampu ni juga, silalah komen ye...

till then,
love love..

Maka habis sudah baucer buku (BB1M)...

Assalamualaikum,

Dengan rasminya saya ingin mengumumkan yang kami suami isteri telah menghabiskan BB1M sebanyak RM500.. Buku terakhir yang kami beli adalah...



Ok.. itu saja..

till then,
love love...

Tuesday, May 13, 2014

CPUV Nuffnang... Alhamdulillah...

Assalamualaikum,

Alhamdulillah... Rasa bahagia bila nampak CPUV berderet (taklah banyak mana...tapi bolehlah kan...daripada tak ada...). Terima kasih Nuffnang...


Till then,
Love love

Sunday, May 11, 2014

I won an AIRism TOP from UniQLO!

Assalamualaikum,

Last Thursday, I received an email from UNIQLO stated that I have won AIRism TOP! Alhamdulillah...
How? I just filled in my details at UNIQLO's FB last month.. So, yesterday I went to KLCC to redeem it.. yay!



till then,
love love..

Nak belanja gambar nasi ambeng...

Assalamualaikum,

Hari ni saya nak belanja anda semua gambar nasi ambeng hasil kenduri-kendara di kampung saya iaitu Kampung Jawa, Kerling, Hulu Selangor yang berlangsung minggu lepas..




Selamat menjamu mata...

till then,
love love!

Sate Kajang Hj Sidik Hj Rono

Assalamualaikum,

Tadi baru je lepas makan sate Kajang.. suka sangat makan di gerai sate Hj Sidik di Medan Sate Kajang (berhadapan dengan Plaza Metro Kajang) ni sebab dagingnya gebu dan tak banyak lemak (rasanya tak ada lemak kot..).. kalau sate kat tempat lain mesti kat tengah-tengah lidi sate tu ade lemak seketul.. (potong selera betul kalau ada lemak..).. lagi satu, tak ramai yang makan kat gerai tu jadi servis pun cepat.. hehe.. kuah sate pun sedap... tadi kami makan sate ayam, daging dan tembusu..




till then,
love love..

Thursday, May 8, 2014

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 (kecewa sikit)...

Assalamualaikum,

26 April lepas.. walaupun tak larat tapi gagahkan diri juga untuk ke pesta buku..awal-awal pagi dah bertolak sebab nak dapat parking yang dekat (kalau boleh nak parking betul-betul depan pintu PWTC tu.. huh).. 
Kami sampai dalam pukul 9 pagi.. orang dah ramai terutamanya murid sekolah.. sarapan dululah sebelum mencari buku (buka pukul 10 pagi).. lepas tu ambil gambar (tak banyak pun..)..




Inilah beberapa hasil tangkapan.. rasa kecewa sikit sebab bila guna baucer buku BB1M untuk bayar, tak dapat diskaun langsung.. nasib baik dah tanya dulu sebelum bayar..lalu dengan berat hati, terpaksa letak semula beberapa buah buku sebab takut terlebih RM250.. (nak beli buku lain juga...takkan nak borong kat situ je...)




ni dapat free

resit... (Tambah RM 3)
 Lepas tu jalan-jalan.. (ambil gambar yang menarik...)


nak beli buku ni.. tapi harganya RM300..





Akhir sekali, kami ke gerai MPWS.. dan beli buku berkaitan thesis..


Dan dapatlah mug percuma sebab beli buku lebih RM100.. (terubat sikit kecewa di hati....huh...)



Tu je lah nak cakap...
(dapat rasa tak kekecewaan tu?? .....)

till then,
love love...