Wednesday, December 30, 2009

Puncak Alam

Assalamualaikum..

Hari ni aku ke Puncak Alam..tengok lab baru dan meninjau keadaan di sana. Tikus-tikus kesayangan pun dah selamat bermastautin di tempat baru..sejuk betul animal house tu. Makin malas la mereka agaknya..hehe..

Selepas ini, perjalanan harianku adalah dari Serendah-Puncak Alam. Sebelum ni, Serendah-Shah Alam. Harap-harap lebih baik dari yang sebelum ni.

Oh ya, sekarang aku dah di Semester 3. Semester kritikal ni..kalau tak habiskan labwork, memang susah.. Target aku, Semester 4 thesis mesti dah siap..pastu bleh goyang kaki..hehe..nak sambung PhD pulak...belajar lagi..setinggi yang boleh..(menuju puncak..hihi).

Oklah..setakat ni dulu.. Wasalam. Sudi-sudilah klik link di bawah.

Monday, December 28, 2009

2010

Assalamualaikum sahabat...

Lama sungguh rasanya blog ni tak di'update'. Minggu lepas adalah minggu yang paling sibuk.. sibuk kemas lab untuk pindah ke kampus baru di Puncak Alam dan hujung minggu lepas juga aku berkampung di Bandar Sg Buaya kerana membantu ibu saudaraku mengadakan kenduri kahwin anaknya..penat dan letih..sampai sakit kepala.

Sejak akhir-akhir ini juga tidurku terganggu,entah kenapa.. Risau tentang sesuatu barangkali.. Tapi tidak mengapa, aku serahkan saja kepada yang Maha Berkuasa. Hidup dan matiku adalah milikNYA.

Tinggal beberapa hari saja lagi sebelum menjelangnya tahun 2010.. Semoga tahun 2010 akan membawa lebih banyak pengalaman berguna dan aku juga berharap agar impianku untuk mendirikan rumah tangga pada pertengahan tahun 2010 akan menjadi kenyataan, insyaAllah. Dan aku juga berharap agar dapat menyelesaikan penyelidikanku tepat pada masanya..insyaALLAH..amin..

See you next time..wasalam.



Sunday, December 20, 2009

Fadilat Surah Yasin

Rasulullah s.a.w bersabda, 'aku perintahkan kepada Ali supaya selalu membacanya (surah Yasin) kerana di dalamnya terdapat sepuluh keberkatan:

1) Barangsiapa yang membacanya dalam keadaan lapar, maka dia akan dikenyangkan

2) Barangsiapa yang membacanya dalam keadaan haus, maka dia akan dipuaskan dahaganya

3) Barangsiapa yang membacanya dalam keadaan tidak memiliki pakaian, maka dia akan diberi pakaian

4) Barangsiapa yang membacanya dalam keadaan bujang (belum berkahwin), maka dia akan (segera) kahwin

5) Barangsiapa yang membacanya dalam keadaan takut, maka dia akan diamankan (memperolehi keamanan)

6) Barangsiapa yang membacanya dalam keadaan sakit, maka dia akan memperolehi kesembuhan

7) Barangsiapa yang membacanya dalam keadaan dipenjara, maka dia akan segera bebas

8) Barangsiapa yang membacanya dalam keadaan musafir, maka dia akan kembali dengan selamat

9) Barangsiapa yang membacanya di sisi mayat, maka Allah s.w.t akan hapuskan keburukannya

10) Barangsiapa yang membacanya dalam keadaan tersesat, maka dia akan ditunjukkan jalan


Sumber : Zikir Asmaul Husna disertakan Fadilat Surah Yasin (disediakan oleh Juhan Che Yaman; Al-Hidayah Publication)

Saturday, December 19, 2009

New novel..


Assalamualaikum...

Salam bertemu kembali. Aku baru saja habis membaca novel terbaru hasil karya novelis kegemaranku..Ramlee Awang Murshid..tajuknya '9 Nyawa'. Ceritanya sangat menarik dan banyak memberi pengajaran. Sesungguhnya aku memang menggemari hasil karya beliau. Setiap kali ke kedai buku, aku mesti mencari novel-novel terbaru yang dihasilkan oleh beliau. Baru semalam aku membeli novel tersebut, hari ni dah tamat..hehe..(sebab tu blog ni lewat sikit 'diupdate'..hehe..)

Rasanya lepas ni, aku akan buat review untuk buku-buku menarik yang telah aku baca. Harap dapat membantu rakan-rakan untuk memilih bahan bacaan yang baik.

Sekian buat masa ini. Wasalam.



Friday, December 18, 2009

Diri Ini...

Assalamualaikum...

Nak cerita sikit la kat sesiapa yang belum kenal siapa aku.. Nama dalam surat beranak dan i/c; Elly Ezlinda Abdul Hisam.. dilahirkan pada 22 Februari 1986 di Kuala Lumpur.. Dulu pernah berpra-sekolah di Early Learning Center, Keramat.. bersekolah rendah di SK Taman Seri Gombak..sambung pula pendidikan menengah di SMK Hillcrest, Taman Seri Gombak..pernah sekolah kat Sekolah Menengah Sains Muar (tahan 2 minggu je..hehe)masa tingkatan 4..balik semula ke Hillcrest..sampai dapat result SPM 2003...

Tahun 2004, belajar kat Kolej Matrikulasi Changlun, Kedah.. pengalaman yang sangat menarik dan paling mengujakan, tapi tak tahu kenapa tak perform sangat dalam study.. jiwa kacau kot..hehe.. Kemudian, dapat tawaran ke KUSTEM (skrg UMT), tapi aku reject sebab tak minat dengan course yang ditawarkan... Lepas tu, aku ambil keputusan (dengan penuh tawakal) untuk belajar bidang Bioteknologi di UNISEL.. 3 tahun di UNISEL, lebih banyak mengajar erti persahabatan, dapat kenal siapa kawan, siapa sahabat..and i performed well during my study..i managed to obtained 1st Class Degree..and i'm the only Malay. Kejayaan itu adalah hadiah untuk ibu bapaku.

Setahun yang lalu, aku ambil keputusan untuk sambung Masters. Entah macam mana boleh terfikir nak sambung belajar lagi sedangkan ramai kawan-kawan yang bekerja. Maybe i just want to be different, walaupun aku tahu buat Masters bukan perkara yang mudah. Sesiapa yang buat Masters saja yang tahu betapa keadaan boleh jadi amat kritikal kalau ada rintangan/masalah yang tiba-tiba datang. So, be prepare to expect the unexpected. Aku teruskan juga, of course dengan bantuan tunang tersayang dan rakan-rakan di Organic Chemistry Lab yang dah aku anggap seperti adik-beradik.

That's all for now.. Wasalam..


Rahsia Mudah Akad Nikah

Assalamualaikum...

Emm...hari ni aku nak kongsi sesuatu dengan semua.... Maklumlah, sekarang musim orang kahwin dan insyaALLAH tahun depan pun maybe ada yang merancang nak kahwin... Kat sini aku nak kongsi e-book yang amat berguna utk semua bakal pengantin.. mudah-mudahan dapat membantu terutamanya untuk bakal-bakal suami... Akad nikah bukan satu proses yang mudah (tengok je senang).. hanya mereka yang dah berpengalaman saja yang tahu keadaannya... E-book ni juga menjadi rujukan aku dan tunang (untuk persediaan..hehe).. Jadi, kesimpulannya, e-book ni berbaloi jika dibeli dan dirujuk dengan semangat dan azam yang kuat...hehe... Klik pada link ye rakan-rakan...

Thursday, December 17, 2009

Hari Ini Dalam Sejarah


Assalamualaikum..

Pertama kali menulis blog; dan aku ingin berkongsi detik indah yang berlaku setahun yang lalu. Tanggal 30 Zulhijah 1429H bersamaan 28 Disember 2008, aku telah bertunang dengan Mohd Salleh bin Rofiee. Kini, genap setahun kami bertunang. Pelbagai cabaran dan dugaan yang kami tempuh bersama. Semoga ikatan ini berkekalan sehingga ke alam perkahwinan dan aku berharap agar kami sentiasa diberkati oleh Allah s.w.t di dunia dan akhirat.
Sampai di sini sahaja coretan mukadimah dariku.. Salam Maal Hijrah 1431H.