Friday, September 13, 2013

Anda suka tomato?

Assalamualaikum,

Sumber: Yahoo health
Gambar: Google



Tomato amat kaya dengan nutrisi, terutama dengan kehadiran 'lycopene' yang merupakan agen antioksida (yang menyebabkan ia berwarna merah) dan mampu mengurangkan risiko penyakit jantung, meningkatkan deria penglihatan, menurunkan paras kolesterol dan juga merendahkan risiko 9 jenis kanser. Dari sudut botani, tomato dikategorikan sebagai buah, juga di dalam kelompok 'nightshade' bersama dengan terung, lada dan kentang. Tomato kaya dengan nutrisi dan rendah kalori (secawan tomato hanya mengandungi 32 kalori). Namun, tomato organik mengandungi kandungan vitamin C dan 'lycopene' yang lebih tinggi berbanding tomato biasa.

Kulit cantik dengan tomato

'Lycopene' juga mampu bertindak sebagai 'pro-collagen', yang boleh membantu dalam mengekalkan keanjalan kulit anda (awet muda). Ia juga mampu mengelakkan 'sunburn'. 

Mampu merendahkan risiko strok (50%)

Kajian menunjukkan  kehadiran lebih banyak 'lycopene' dalam serum darah mampu merendahkan risiko strok. Kajian yang dijalankan ke atas 1000 orang lelaki itu menunjukkan kehadiran antioksida tersebut yang tinggi di dalam darah mengurangkan risiko strok sebanyak 55-59 peratus (Journal of Neurology).

Mengelakkan serangan jantung

Diet a la Mediterranean yang kaya dengan tomato, minyak zaitun dan kekacang mampu mengurangkan risiko serangan jantung sebanyak 30 peratus (New England Journal of Medicine)




Membantu pertumbuhan tulang yang sihat

Menurut  American Journal of Lifestyle Medicine, diet yang mengandungi tomato mampu mengurangkan risiko osteoporosis yang menyebabkan kerapuhan, hilang upaya dan perubahan pada tulang.

Melindungi anda daripada 9 jenis kanser

Kajian yang masih dijalankan menunjukkan penemuan awal yang mendedahkan kehadiran 'lycopene' dalam darah seseorang boleh merendahkan risiko kanser seperti prostat, paru-paru dan perut. Ianya juga mampu mengurangkan risiko kanser mulut, payu dara, pankreas, serviks, kolon dan rektum. Kajian yang lain pula melaporkan kesan perlindungan daripada kanser ini berpunca daripada buah tomato atau makanan berasaskan tomato sahaja dan bukan dari ubatan sampingan/makanan tambahan (supplement) yang mengandungi 'lycopene'. Kajian lanjut masih dijalankan.
 
Tidur yang lebih nyenyak

Kajian juga mendapati bahawa mereka yang mengambil tomato dan vitamin C mendapat tidur yang lebih nyenyak (7-8 jam) dan menjadikan mereka lebih bertenaga dan sihat. Secawan tomato ceri mengandungi kira-kira 20mg vitamin C. Jadi, jika anda mempunyai masalah tidur, makanlah tomato!



Kajian saintifik ini membuktikan makanan juga mampu menjadi ubat. Mari makan untuk jadi sihat!



till then,
love love..

No comments: