Thursday, July 25, 2013

Buku seterusnya..

Assalamualaikum,

Hari ni nak kongsi dengan anda semua buku yang sedang saya baca sekarang. Tajuknya 'Rasulullah is my doctor' karya Jerry D. Gray terbitan PTS Islamika. Buku ini membincangkan tentang thibbun nabawi (perubatan cara nabi). Ilmu perubatan Rasulullah s.a.w ini merupakan satu cara pencegahan dan penyembuhan penyakit secara praktikal sejajar dengan amalan Rasulullah s.a.w. Saya rasa buku ini sangat perlu dimiliki oleh setiap Muslim dan ada antara kisah yang diceritakan dalam buku ini merupakan pengalaman penulis sendiri dan menjadi bukti keberkesanan perubatan cara nabi. Semoga buku ini menjadi manfaat untuk kita semua, InsyaAllah. Dapatkan buku ini ya, sahabat semua.. RM25 sahaja. 


till then,
love love..

No comments: