Friday, July 5, 2013

Baca dan baca lagi...

Assalamualaikum,

Salam jumaat semua.. Lambat sikit update blog..kurang sihat sejak 2-3 hari ni.. Oh ya, minggu ni nak kongsi buku yang sedang saya baca ni...



Tajuknya.. 'Biar Tahu Jangan Keliru' karya Mohamad Abdul Kadir, seorang pendakwah bebas. Buku ini diterbitkan oleh Karangkraf. Buku ini merupakan sesi soal jawab tentang masalah dan kemusykilan yang dialami oleh masyarakat Islam berkaitan dengan akhlak, akidah, hadis dan fikah.. 
Antara persoalan yang diajukan adalah..
- Adakah bacaan tertentu ketika bersedih?
-Benarkah bahasa Arab bahasa syurga?
-Hadis palsu tentang adab potong kuku
-Keguguran bawah tiga bulan, nifas atau tidak?
-Hukum membatalkan puasa sunat
-Mandi bagi orang yang berpuasa
-Wanita hamil meninggalkan puasa
-Hukum guna 'inhaler' ketika berpuasa
-Hukum memakai emas putih bagi lelaki
-Hukum mengkasi haiwan
dan banyak lagi....
Jadi, kalau nak tahu jawapannya, dapatkanlah buku ini.. Semoga Ramadhan kali ini lebih membawa keberkatan untuk kita semua, insyaAllah.. 

till then,
love love!

No comments: