Friday, February 14, 2014

ICT: Makanan yang perlu dimakan jika ke Kuala Terengganu..

Assalamualaikum,

Selain keropok lekor, ikan celup tepung (ICT) juga merupakan antara makanan yang popular di Kuala Terengganu.. Tepat jam 4 petang kami tiba di Pantai Teluk Ketapang, berhampiran dengan Lapangan Terbang Kuala Terengganu.. Wah, ramainya orang! Dulu taklah ramai macam ni.. Ada banyak gerai yang jual ICT dan En Salleh kata, 'kita makan kat gerai yang paling ramai orang dan meriah'.. hehe.. akibatnya, tak dapat makan ikan kembung celup tepung..yang ada ikan apa entah..ikan kembung sold out.. jadi, kami hanya dapat ikan yang 'tak-tahu-apa-nama', sotong, udang dan cendawan.. konsep layan diri.. kami siap makan dengan nasi putih lagi sebab tengah hari makan sikit je kat TTI. Dari mula makan sampai licin, air pula tak kunjung tiba.. apa lagi, En Salleh pun bangun sendiri pergi ambil air.. betul-betul layan diri ni.. tak boleh nak buat apalah sebab terlalu ramai orang.. hehe.. Alhamdulillah, sedap sangat.. lupa pula berapa harga makanan yang kami makan ni.. lebih kurang RM25 kot...


ICT dan kawan-kawannya..

ramai kan?

Oklah.. nanti sambung lagi...

till then,
love love..

2 comments:

Mimi Azirah said...

makanan sedap dengan harga berbaloi memg puas ati

QasehnyaRania said...

ntah bila dpt merasa ikan celup tepung versi ganu ni.hihi