Thursday, February 6, 2014

Grand Puteri Hotel, Kuala Terengganu..

Assalamualaikum,

Ke mana kita? Alhamdulillah.. pada pukul 4 petang 31 Januari 2014..kami tiba di Kuala Terengganu.. apa lagi, terus cari hotel lah kan.. Kami dah buat tempahan di Grand Puteri Hotel.. hotel ni sangat best

Sedikit info tentang hotel ni.. Kedudukannya sangat strategik..berhampiran dengan Stesen Bas Kuala Terengganu dan Masjid Abidin.. Kalau larat, nak berjalan kaki dari hotel ke Pasar Besar Kedai Payang pun boleh.. Nak makan KFC pun dekat je.. tak nak KFC? gerai-gerai makan yang lain pun dekat.. 
Hotel ni merupakan hotel wakaf di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji, Jabatan Perdana Menteri..
Jom tengok gambar!

Ok.. ni papan tanda.. hehe.. Sila ke kanan..



Reka bentuk bangunan..





Pintu masuk..



Lobi...






Kolam renang.. emm.. satu kolam untuk lelaki dan satu lagi untuk perempuan.. asing ye..



Yang ni pula restoran/kafe dalam hotel ni.. ada steamboat untuk makan malam.. kalau tak silap RM22 untuk seorang..



Ni kaki lima bilik hotel kami.. tingkat 6..



Ni lah bilik Deluxe kami!.. Harga untuk 1 malam ialah RM158..



Kalau 2 malam.. RM158X2.. kira sendiri ye.. hehe..



Tingkap bilik dan kerusi untuk bersantai...



TV yang comel..



Biasalah ada air mineral, teh, gula, kopi, krim.. oh ya, dalam almari tu ada seterika dan ironing board sekali..



Bilik air pun bersih..





Pemandangan dari bilik..



Macam mana? Cantik kan? Kalau anda ke Kuala Terengganu, cubalah menginap di hotel ni.. Kami sangat puas hati.. oh ya, ni alamat dan no. tel..

Hotel Grand Puteri (JAWHAR-MAIDAM, Kuala Terengganu, Terengganu)
PT 3981 Jalan Masjid Abidin, Bandar Kuala Terengganu, Terengganu
09-6215555

FB Grand Puteri Hotel


Ok, nantikan sambungan ceritera bulan madu kami di KT ye..

till then,
love love..


4 comments:

QasehnyaRania said...

assalam. lyn..
menarik . boleh ke sini kalau ke ganu nnti. hrga pon berpatutan..oppsstt. harga tu utk CNY atau rate biasa?

jamian sarif said...

menarik tempat ni..boleh menginap kat sana nnt...sebab selalu menginap kat sumai hotel.

LydSunshine said...

syahdu je signboard letak bawah pokok besar. Kolam renang tu konsep dah bagus, tapi boleh plak org skodeng dari atas. kalo buat lagi tertutup kan best.

zakiah zakaria said...

macam best jer, saya memang tengah usha hotel untuk bulan 10ni.