Friday, October 11, 2013

Makin ramai Datuk di Malaysia ni..

Assalamualaikum,

Menurut laporan KOSMO hari ini, beberapa orang tokoh dan selebriti akan mendapat gelaran Datuk sempena hari jadi ke-71 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob. Tahniah untuk mereka di atas usaha dan sumbangan kepada negara.

MELAKA – Penyanyi rock, Ramli Sarip; pelakon popular, Rosyam Nor dan jurulatih skuad Harimau Muda A, Ong Kim Swee akan dianugerahkan darjah kebesaran negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk sempena hari jadi ke-71 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Naim Abu Bakar berkata, Rosyam atau nama sebenarnya Mohd. Noor Shamsuddin, 46, dan Kim Swee, 43, dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) manakala Ramli, 61, menerima DMSM Kehormat.
Menurutnya, ketiga-tiga individu berkenaan antara 901 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka yang akan berlangsung di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini pada hari ini, Ahad dan 24 Oktober ini.
Sumber: Kosmo

4 comments:

LydSunshine said...

Pangkat dato mereka tu sama taraf mcm Dato Shah RUkh Khan la kan?

ezlinda hisam said...

hehehe... ye kot..

Time Traveller said...

Bila dah ramai sgt.. so tak de effect pun " Dato' " tu..
BUt sesetengah mereka berkata.. kalau dpt Dato' dari Johor itu paling mahal.. sebab susah nak bgi dato' nie.. ntah la..

ezlinda hisam said...

ye tak ye jugak kan.. Johor jarang bagi pangkat Datuk/Dato' kat artis/ahli sukan/businessman etc.. yang selalu bagi Pahang dan Melaka...