Friday, October 4, 2013

Impian yang telah lama terpendam...

Assalamualaikum,

Salam Jumaat semua..

Seperti biasa, hari Jumaat ni mulalah rasa gembira sebab hujung minggu boleh pergi jalan-jalan. Hehe.. Tapi rasa macam masa terlalu lambat berlalu.. (Oh, malam ni ada Kampung Girl di TV3.. Hehe!)

Ok, nak cerita tentang impian saya yang dah lama terpendam.. Sejak pandai menulis dan membaca, saya suka karang cerpen dan bila mula masuk sekolah menengah, dah ada cita-cita untuk mengarang novel sendiri. Malah, saya ada menulis dan beri kepada kawan-kawan untuk dibaca.. tapi tak sempat nak habiskan tulisan tersebut kerana masa tak mengizinkan sebab sibuk dengan pelajaran..

Bila masuk kolej dan universiti, lagilah tak sempat.. yang sempat hanya baca novel yang ditulis oleh orang lain.. Saya suka baca novel bahasa Inggeris dan Melayu.. (memang banyak koleksi.. kalau dicampur yang ada di rumah sendiri dan rumah mama papa, boleh buat perpustakaan dah)..

Dulu pernah juga nak ambil kursus penulisan atau bahasa tapi..hmm..mungkin tak ada rezeki di situ.. boleh pula terjebak dalam dunia sains.. sejujurnya saya taklah pandai sangat dalam sains tapi dah rezeki di sini.. Masih lagi terfikir dan tertanya-tanya.. 'macam mana aku boleh ada dalam dunia saintis ni?' hahaha.. Rasanya dalam diri ni, tebal sungguh jiwa sastera.. Subjek yang paling disukai di sekolah ialah Sejarah, BM dan BI. Lebih-lebih lagi komponen sastera BM dan BI tu..  sangat suka! Sejarah tu jangan cakaplah, boleh hafal satu buku.. hehehe.. (tapi sekarang dah lupalah sebab dah lama tak ulangkaji dan baca semula)..

Sekarang ni saya rasa macam nak menulis novel.. apa pendapat anda? Perlukah saya teruskan niat ini seiring dengan perjalanan saya untuk mendapatkan ijazah PhD dalam sains?


 DAN...



till then,
love love..

gambar: kredit kepada En. Google..

5 comments:

LydSunshine said...

Apa salahnya. Sama2 biar berjalan seiring. Saya pun ada impian nak menulis buku at least sekali sepanjang hidup ni. Genrenya belum decide. Boleh gitu. Heheh.

Myra Jay said...

Klau dah minat apa salahnya diteruskan, sebab jika usaha dibuat brdasarkan minat insyaAllah berjaya

ezlinda hisam said...

InsyaAllah.. terima kasih kerana memberi dorongan.. :-)

Anonymous said...

all the best, support u !

ezlinda hisam said...

thank u!