Senyum sampai ke telinga sebab semalam dapat makan pizza di Pizza Hut dan membeli-belah di IKEA..
(Hehe.. bukan beli perabot pun.. sukalah sangat kan...). Semalam dapat cuba pizza baru di Pizza Hut.. yang ni memang kena dengan selera saya berbanding Pizza Golden Crunch tu.. Oh ya, nama pizza ni Cheesy Bites Trio..(Gila pizza betul saya ni.. rasa macam sekarang tiap-tiap bulan makan pizza.. hahaha)..
3 jenis cheese |
Sedap ooo.. |
Ini pula adalah hasil 'tangkapan' di IKEA.. My dear husband la yang tiba-tiba nak beli lilin wangi-wangi ni.. Tapi bagus juga, semerbak rumah dengan bau lilin ni.. Bau 'berry' lagi tu.. Asalnya nak beli roller, bateri dan bekas kaca yang comel-comel tu je.. tapi bila dah 'melekat' kat bahagian lilin tu, apa lagi ambil la satu bekas masuk dalam troli.. hehe.. Bekas-bekas kaca tu nak buat untuk letak kulit kayu manis untuk halau nyamuk (petua dari kawan mak, jadi nak cubalah).. Lepas tu nampak pulak beg yang comel bentuk box.. ambillah juga..haha... thank you, sayang.. sebab layan kerenah shopping dan selera orang putih saya ni.. hehe..
till then,
love love..
1 comment:
tak pernah try lagi pizza tu, macam sedap jer...dulu rajinlah beli lilin wangi ni, sekarang.. ermmm...tak dah.. :P
Post a Comment