Thursday, October 10, 2013

Hershey bina kilang baru di Malaysia

Sumber: Sinar Harian
THE HERSHEY Company (Hershey) akan membina sebuah kilang baru membuat konfeksi di Johor, untuk memenuhi peningkatan permintaan pengguna terhadap produknya di rantau ini.

Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Rantaian Bekalan Hershey Terence O’Day berkata, kilang baru  itu menggunakan teknologi pembuatan konfeksi terkini.

"Ia  akan memperkukuh kedudukan kami untuk memenuhi peningkatan permintaan terhadap rangkaian produk kami di seluruh rantau ini.

"Pengguna di seluruh Asia kini mula menggemari pelbagai produk konfeksi Hershey dan China khususnya, sedang berkembang lebih pesat daripada mana-mana pasaran lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Kilang Hershey dengan pelaburan bernilai US$250 juta (RM816 juta) itu adalah pelaburan tunggal terbesar di Asia sepanjang 18 tahun sejarah syarikat itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia Datuk Noharuddin Nordin berkata, pemilihan Malaysia sebagai tapak kilang Hershey adalah bukti  negara ini tetap mempunyai daya tarikan untuk syarikat multinasional datang membuat pelaburan besar di rantau ini.

"Projek ini akan membawa manfaat ekonomi yang positif  kepada  Malaysia dari segi pekerjaan dan perniagaan bagi pembekal tempatan," katanya.

p/s: suka sangat coklat Hershey ni.. ;-)

6 comments:

wahida said...

wow!! i love hershey!!

LydSunshine said...

makin gemuk la aku.

Myra Jay said...

Yeay bestnye....
Hrp2 hrga murah la kan :D

ezlinda hisam said...

me too!!

ezlinda hisam said...

hehehe.. kalau tak makan, tak gemukla.. :-)

ezlinda hisam said...

tu lah.. harap harga akan lebih murah.. err.. boleh jadi ke? cam kurang yakin je.. hehehe