Tuesday, October 1, 2013

UPENA, Kinokuniya, NASOM dan Vincci..

Assalamualaikum,

Rasa macam dah lama tak kemaskini blog ni dengan cerita baru.. asyik tak sempat dan kadang-kadang tak ada 'mood' nak menaip..
Oklah, Sabtu lepas kami jalan-jalan cari buku di Shah Alam dan KLCC. Lepas En. Mohd Salleh selesaikan kerja di makmal, kami bergerak ke Shah Alam untuk jualan buku Penerbit UiTM di Intekma Resort.



Lepas dapat apa yang dicari (Alhamdulillah, dapat beli semua buku yang diinginkan), kami makan tengah hari di Restoran Hakim.. (saya tumpang makan nasi suami je.. tak ada selera sangat nak makan kat situ)..
Lepas makan kami pergi Seksyen 15 untuk ambil katalog Tupperware yang baru di Tupperware Business Centre Shah Alam..
Dah selesai semua urusan di Shah Alam, kami bergerak ke ibu kota tercinta.. Kuala Lumpur.. Hehehehe..
Sebelum ke KLCC, kami ke Pustaka Kamal dulu sebab manalah tahu buku yang dicari ada kat situ dan harganya pasti lebih murah tapi malangnya, tak ada.. Jadi, kami terpaksalah meredah kesesakan lalu lintas untuk ke KLCC..
Dan tempat pertama yang dituju pastilah Kinokuniya!



Bahagian yang wajib dilawati..


Masa sedang sibuk pilih-pilih buku, terjumpalah buku ni.. sangat menarik... tapi bila tengok harga di belakang...


Tu dia harganya....


Lepas dapat apa yang dicari.. kita jalan-jalanlah di Suria KLCC.. Ada kempen 'Sunshine September for Autism Awareness'.. Kempen ini adalah untuk mengumpul dana bagi NASOM (National Autism Society of Malaysia).


Inilah gerai NASOM.. Ada macam-macam yang dijual.. t-shirt, pendrive, 'cutlery', 'garment bag' dan lain-lain.. Semua hasil jualan disalurkan ke NASOM.. Nak tahu kami beli apa.. tunggu...


Ok.. kita imbas kembali..
Masa di Shah Alam, kami beli buku-buku di UPENA..



Inilah hasil tangkapan kami di UPENA..


Dapat cenderahati juga..


Di Kinokuniya..

Inilah hasil tangkapa kami...


Kemudian, kami beli pendrive di gerai NASOM.. RM25..Comel kan pendrive ni.. bentuk 'puzzle'..


dan ini adalah hasil tangkapan di Vincci.. yay! dapat jam tangan baru..! thank you, sayang..


Terima kasih yang tidak terhingga kepada suami saya yang bawa saya jalan-jalan dan 'shopping' buku Sabtu lepas.. sangat seronok! Sesungguhnya membeli buku merupakan satu kepuasan bagi saya.. hehehe..
Terima kasih sayangku, Mohd Salleh.. :-)

till then,
love love..

4 comments:

LydSunshine said...

BUku enzyme ni utk study atau utk bacaan harian? Beli ke buku yg harga seriban tu? Huhu.

ezlinda hisam said...

hehe.. buku-buku tu untuk study..maklumlah, saya kan 'budak sekolah' lagi.. hee..
haha.. buku yang harga seribu tu kalau beli jawabnya tak makan la kami sampai bulan depan..

hazlina azmi said...

banyak buku2 yg ezlinda beli..kagum2..:)
blogwalking..jemputla ke blog saya dan bertukar2 link
http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

ezlinda hisam said...

beginilah kehidupan student.. memang kena berkepit dgn buku.. thanks sbb sudi singgah ke blog saya.. :-)