Friday, April 18, 2014

Restoran/Medan Ikan Bakar Pantai Jeram, Kuala Selangor...

Assalamualaikum,

2 minggu lepas.. teringin sangat nak makan kerang bakar dan sotong goreng tepung. Tempat yang paling sesuai mestilah Pantai Jeram.. hehe.. sangat sedap. Maka saya pun mengheret suami dan beberapa orang rakan untuk makan kat sana.. makan berdua je tak meriah sangat.. Makan kat Medan Ikan Bakar Pantai Jeram memang best! Walaupun yang famous di Pantai Jeram adalah Aroma Ikan Bakar (jiran Medan Ikan Bakar Pantai Jeram) tapi kami lebih suka makan di medan ni.. kami rasa harganya lebih murah dan yang paling penting lebih sedap..

Jadi, malam tu kami makan kerang bakar, sotong goreng tepung, siakap masak stim limau, ikan cencaru bakar, pari bakar, sayur kailan ikan masin, nasi putih dan jus oren.. Alhamdulillah.. kenyang.. hehe.. (mestilah kenyang kan....)..

Kerang bakar

Kerang bakar, sotong goreng tepung, kailan ikan masin

Siakap stim limau, cencaru bakar, kailan ikan masin, sotong goreng tepung

Pari bakar

Cencaru bakar (4 ekor) berserta lauk-lauk tadi

Ni lah harga yang kami bayar (oh ya.. kangkong pula yg masuk dalam bil.. hehe)..

Alhamdulillah.. kami berlima kenyang malam tu.. kalau nak pergi restoran ni masa hujung minggu, wajib buat tempahan dulu ye.. sebab selalunya penuh.. hehe.. No. telefon ada di resit kat atas ni.. (punyalah malas nak taip semula.. haha..)..ok lah.. ni pun dah cukup baik saya nak taip post ni hari ni.. kalau tak, memang tak sempat..

till then,
love love..


3 comments:

QasehnyaRania said...

wah bestnya.lama dh x gi jenjalan ke sana. hihi
puas hati kan :)

Myra Jay said...

Fuhhh!! Best kan bila mkn ramai2. Especially kalau kena 'rebut2'..hheeee

~MommyAqilMedina~ said...

Eh..takdelah mahal sangat kan..oklah jugak sebab ada order ikan sekali..ikan bakar pulak tu..memang terliur dah ni..hehee