Friday, April 4, 2014

Beli buku dengan BB1M di MPH

Assalamualaikum,

Minggu ni agak sibuk tapi tak macam yang lepas-lepas.. minggu depan dah sibuk semula, jadi bolehlah berblog sekejap.. hehe.. 
Memandangkan kami suami isteri adalah pelajar, tahun ni kami dapat lagi baucer buku 1 Malaysia (BB1M). RM500 untuk beli buku.. hehe.. yelah seorang dapat RM250. Dan saya yang sememangnya hantu buku ni mengambil kesempatan untuk beli buku yang mahal-mahal dengan BB1M tu...
Setakat ni kami baru guna RM200.. Bakinya nak simpan untuk Pesta Buku Antarabangsa KL yang akan bermula 24 April 2014 nanti.........
Oh ya, minggu lepas kami ke MPH SACC Mall Shah Alam.. saja nak melepaskan tekanan dengan membeli-belah sebab dah 2 minggu berturut-turut kena pergi seminar masa hujung minggu dan tak sempat shopping.. kira balas dendam la juga...



Di MPH, kami guna RM150 dan dapat baucer lagi..macam-macam ada kat dalam baucer MPH tu tapi yang paling best adalah baucer KFC dan Domino's.. Hehe.. Nampak tak booklet merah kat atas tu.. tulah baucernya.. :-)
Lepas tu kami guna lagi RM50 untuk beli hadiah hari lahir adik saya di kedai buku Keliki Tesco Puncak Alam.. jadi, habislah RM200 BB1M kami... harapnya sempat bertahan sampai PBAKL2014 nanti..

till then,
love love..

2 comments:

faizah muhammad said...

wahh..untung la byk BB1M..buku bawah skali tu mcm menarik..nnt kongsi la pengisiannya ya :)

LydSunshine said...

buku mende yg awk beli tu. nnt review k. atlas rasulullah tu agak menarik, saya pernah belek2 dulu. ditunjukkan secara geografi dari mana bermula dan ke mana perjuangan rasulullah kan.