Monday, November 25, 2013

Berehat di Cameron Highlands

Assalamualaikum,

Dah lama nak taip post ni tapi asyik tertangguh sebab susah nak upload gambar.. tak tahu kenapa.. Alhamdulillah, selepas beberapa percubaan, akhirnya berjaya juga. 26 dan 27 Oktober lepas saya, suami dan rakan-rakan makmal bercuti di Cameron Highlands. Walaupun bimbang dengan kejadian banjir di Lembah Bertam yang berlaku sebelum itu, tapi tuan punya homestay yang kami sewa meyakinkan kami yang kejadian banjir itu tidak melibatkan kawasan tumpuan pelancong di Tanah Rata, Kea Farm, Brinchang dan lain-lain.. Jadi, kami pun meneruskan perjalanan.. Layankan gambar-gambar di bawah.. (tak banyak pun sebab tak sempat nak ambil, sebab sibuk dengan aktiviti).

Hentian pertama kami di Cameron Highlands ialah Ladang Teh Boh Sungai Palas



Sempat menjamu selera di situ



Kemudian kami ke Taman Agro Al-Mashoor di Kampung Taman Sedia



Inilah homestay yang kami sewa.. RM400 satu malam.. Rumah ni milik Dr Ayob, terletak di Kampung Taman Sedia.. Boleh menampung 10-15 orang dalam satu masa.. Sangat sesuai untuk keluarga besar dan tempat untuk bbq turut disediakan.. Surau pun ada (Nak tahu lebih lanjut sila ke Homestay Dr Ayob).





Rindu pemandangan di bawah... :-) Harap dapat ke sana lagi bila ada rezeki..

till then,
love love..

6 comments:

LydSunshine said...

seronokkan pergi cameron. tenang dan damai je. cuaca pun nyaman sangat.

Myra Jay said...

Jelesnyaaaa... huhuu
Dah lama hati ni meronta nak ke sana :D

Myra Jay said...

Dear, maaf ye tegur..
boleh tak buat Word Verification (WV), sebab MJ rasa macam susah la nk drop komen sbb kekadang salah key in WV
Dan lg 1 akan jadi mesra komen tau :D

Myra Jay said...

MJ baru perasan yg MJ tak follow blog ni lagi..huhuu

QasehnyaRania said...

hye.
thanks share.i mmg nk ke sana pon.hihi

byk mmbantu ni

Unknown said...

salam perkenalan dear...
cameron tempat best untuk relax n tenangkan kepala yang kusut!hahah