Thursday, December 22, 2011

Duit baru Malaysia!

Assalamualaikum..
Wah..rasanya ramai blogger-blogger lain dah buat 'post' ni.. Saja nak buat juga.. Teruja tengok duit RM20 yang warna kuning-oren tu.. cantik sangat.. tak sabar rasanya nak pegang.. hehe.. apa pun, kena tunggu Julai 2012.. duit syiling baru pula bulan depan dah boleh guna.. mesti akan rasa pelik bila guna duit baru ni.. harap tak adalah rakyat Malaysia yang tak tahu kewujudan duit baru ni.. jangan nanti ada pula peniaga-peniaga yang tak nak ambil duit daripada pelanggan sebab ingat tu duit negara lain (terutama duit syiling tu).. hahaha...


Wang baru Malaysia (gambar kredit kpd Harian Metro)

Menurut Harian Metro (22 Disember 2011), 'Bertemakan ‘Keunikan Malaysia’, siri keempat wang kertas itu memaparkan ekspresi tradisional seni dan kraftangan, keajaiban alam, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi, manakala bahagian depan semua denominasi wang kertas pula mengekalkan potret Yang di-Pertuan Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad, bunga raya dan corak songket kain tenunan tradisional.'

No comments: