Showing posts with label BABY LYSA. Show all posts
Showing posts with label BABY LYSA. Show all posts

Wednesday, December 20, 2017

Anak anda ada masalah 'speech delay'?

Assalamualaikum,

Perkembangan anak-anak memang menjadi tumpuan ibu bapa. Terutamanya 'first-time parents'. Sama juga dengan ibu bapa baru yamg lain, saya dan suami memang sangat 'zero-knowledge' pasal kanak-kanak apatah lagi 'parenting skills'.

Menjadi ibu bapa dan dalam masa yang sama sedang belajar, memang sangat mencabar. We hardly had time with our only child at that time, Aisyah Raniya. Keluar rumah pukul 7.30 pagi dan akan sampai di rumah paling awal jam 9 malam. Itupun kadang-kadang terlajak sampai pukul 3 pagi. Luckily I have my parents who take good care of our daughter. Kalau orang lain memang takkan sangguplah.. 

Menghampiri umur dua tahun (tahun lepas), Raniya memang tak lancar bercakap (mama pun dia tak pandai sebut). Mungkin kerana beberapa faktor. 

- Saya dan suami jarang ada dengan dia. Apatah lagi nak bercakap dengan dia.
- Pendedahan kepada gajet (handphone, Youtube)
- Walaupun ibu bapa saya yang jaga Raniya, saya faham mereka juga tak dapat nak beri 100% perhatian kerana ada tanggungjawab lain juga
- Mungkin sebab saya dan suami pendiam (ni ada orang pernah cakap..  'parents pendiam, so anak pun susah la nak bercakap'.. hmm.. sedih tau bila kena 'tuduh' macam tu).
- Mungkin sebab tak ada kawan sebaya (selalunya kalau duduk di taska akan ada kawan-kawan dan budak-budak pun bercakap sesama sendiri)

Rasa bersalah dan berdosa sangat-sangat sebab rasa macam dah abaikan dia. Setelah disahkan hamil lagi pada Oktober tahun lepas, saya mengalami muntah-muntah yang agak teruk, cepat penat dan kerap sakit kepala yang berlarutan sehingga kandungan hampir 5 bulan. Memandangkan saya hanya sedang menulis, saya dapat kebenaran untuk 'stay-at-home'. 

Alhamdulillah. Allah bagi jalan untuk saya tebus balik apa yang saya tak dapat buat sebelum tu. Saya mula berbual dengan Raniya, tanya dia soalan yang simple. Macam 'Niya nak apa?, Niya nak tengok cerita apa?, Niya nak minum apa? Nak baca buku apa?' Things like that. And guess what? She started talking. Alhamdulillah. Lama kelamaan dia dah pandai sebut apa dia nak. Dan sekarang dah boleh bercakap ayat penuh. 

Jadi, kalau anda perasan yang anak anda lewat bercakap, mulakan dengan berbual-bual dengan dia. Tanya dia macam-macam. Just talk. And let him or her reply. Tapi kalau dah usaha macam-macam dan tak berjaya, baik rujuk kepada pakar.

Dan sekarang saya sedang usaha untuk potty-train Raniya. Setakat ni masih belum berjaya.
Any tips?

*throwback gambar Raniya masa baby






till then,
love love.


Hidup seorang 'bibliophile'

Assalamualaikum,

Saya tahu bukan saya seorang sahaja yang gila buku kat luar sana tu. Ada ramai bibliophile kan? Dan saya memang dalam proses 'merekrut' anak-anak saya menjadi bibliophile juga. Well, better than collecting toys, right?

Beberapa minggu sebelum ni, kami ke MPH Distributors Warehouse Sale. Walaupun harga buku tak semurah di Big Bad Wolf, tapi saya tetap suka sebab selalunya buku terbaru pun ada dijual dengan harga sedikit murah berbanding pasaran.

Jom tengok apa saya beli..

MPH Distributors Warehouse Sale

Total damage is about RM279.. actually ada 3-4 buku lagi my mom punya tapi tak sempat nak ambil gambar..

Ok, so last week sempena wedding anniversary kami yang ke-7, saya request nak ke Big Bad Wolf. (senang kan minta hadiah anniversary, minta pergi pesta buku je.. haha)..

Kat situ total damage is RM270. Hehe..

At BBW

Satisfied!
BBW kali ni memang sangat puas hati sebab banyak buku kanak-kanak. Mak yang rambang mata. Harga best pulak tu. Keep it up, BBW! Terubat kecewa dgn BBW Box Sale dulu. Box Sale dulu sangat menghampakan sebab buku kanak-kanak banyak yang reject. Kali ni punya BBW sangat best! Walaupun tak dapat nak belek satu-satu tapi dapatlah apa yang dihajati. Tengoklah, 80% buku anak je. 

Ok. Akhir kata, belilah buku walau sebanyak mana pun.. kalau anda tak sempat baca, wariskan ia kepada sesiapa.. in shaa Allah, pahala akan mengalir.

Sekian.

Till then,
love love.

Thursday, November 26, 2015

Raniya suka BeBJ (Babyeatsbyjustlixa)

Assalamualaikum,

Kekangan masa menyebabkan saya tak sempat nak masak yang sedap-sedap untuk Raniya (boleh masak special masa hujung minggu je).Alhamdulillah ada insan yang buat bisnes 'baby frozen food' yang sangat 'awesome' ni (thank you, Mama Lix).. saya mula beli BeBJ sejak Raniya 8 bulan.. menu BeBJ ni sangat best dan alhamdulillah Raniya suka sangat..




Antara menu yang saya selalu beli:
Set B (8 Months): RM70 utk 12 bekas
Sweetcorn Delights
Baby's Shepard Pie
Sweet Chicken
Butternut Chicken
Sweet Potato Spinach
Chicken n Veggie Casserole


Bila Raniya dah setahun lebih ni..saya try yang ni pula..
Set C (10 Months): RM67 utk 6 bekas
3 Cheese Pasta
Creamy Spinach Pasta
Mac n Cheese
Bolognese Pasta

Boleh lawat IG Mama Lix di 'babyeatsbyjustlixa' kalau nak tahu lebih lanjut..

Terima kasih, Mama Lix sebab memudahkan mommy yang sibuk ni.. hehe..

till then,
love love..

Thursday, October 29, 2015

Seminar Mudahnya Menyusu Pump On The Go

Assalamualaikum,

4 Oktober lepas, saya berkesempatan menghadiri seminar penyusuan susu ibu. Hehe.. Raniya dah setahun baru nak pergi kelas.. takpe2.. untuk tambahakan ilmu.. banyak yang saya belajar.. menyesal tak pergi masa tengah mengandung dulu. Banyak sangat info.. rasa sedih pula bila ada perkara-perkara yang saya terlepas pandang..
Kepada bakal-bakal ibu, eloklah sertai seminar ni.. tak lama pun..dari jam 9am-2pm je.. seronok sangat.. oh, bayarannya RM90..dapat free gift lagi..
Boleh ke website http://mudahnyamenyusu.gr8.com/ untuk maklumat lanjut..







till then,
love love!

Blog dah bersawang..

Assalamualaikum,

Penuhnya sawang kat blog ni.. tak larat nak buang.. hehe..
Sibuk benar sampai tak larat nak manjakan blog ni..
Oh ya, Aisyah Raniya selamat menginjak ke usia 1 tahun 18 Oktober lepas.. Alhamdulillah..
moga jadi anak solehah..aamiin..
Sekarang dah ada 6 batang gigi.. 4 atas, dua bawah.. masih belum boleh berjalan, baru cuba-cuba nak berdiri sendiri tanpa pegang apa-apa.. yg gigi atas tu, taring yang keluar dulu..hehe..lepas tu baru yang tengah.. semalam, pertama kali dia demam.. alhamdulillah, hari ni dah ok.. risau juga sebab ni pertama kali dia demam.. tak tau nak jangka apa-apa..
Macam-macam dah akal dia..selalu terhibur dengan gelagat dia..paling tak tahan..suka main air.. setiap kali lepas mandi, jenuhlah nak memujuk supaya keluar..
Banyak sebenarnya nak kongsi tapi rasa penat dan tak larat ni mengatasi..
Gambar dah beratus dalam telefon tak sempat nak dipindahkan ke laptop ni.. 
Tengoklah.. kalau kejap lagi datang sifat rajin tu..
Hehe..
Till then,
love love!

Monday, September 7, 2015

Samsung Galaxy J5! Love it!

Assalamualaikum, 

Thank you, dear husband for this lovely gift..
Samsung Galaxy J5.. hee.. (this is my very first post using mobile phone)

http://image.yenisafak.com/resim/upload/2015/06/15/1b00gala.jpg 
 
And also, today.. Aisyah Raniya turns 11 months ( 23 Zulkaedah)..
Love you both to the moon and back!

Till then,
Love love!

Friday, March 13, 2015

Aisyah Raniya

Assalamualaikum,

Untuk mudahkan anda semua membaca kisah Aisyah Raniya.. Terima kasih!

1. Episod 1

2. Episod 2

3. Episod 3

4. Episod 4

5. Episod 5

till then,
love love!

Alhamdulillah.. Aisyah Raniya lahir pada 18 Oktober 2014..

Assalamualaikum,

(Tarik nafas dulu....fuh..)..

Ok. Boleh sambung cerita sekarang.. 

Bila nurse cakap dah nampak kepala baby.. saya pun menurut perintahlah.. ikut je apa nurse arahkan.. dia suruh teran macam nak buang air besar tu.. lepas beberapa kali.. akhirnya.. keluarlah si dia yang dinanti-nantikan.. Alhamdulillah.. 

Lepas je baby keluar, saya automatik sebut Allahuakbar beberapa kali.. bila dengar baby nangis.. rasa.. emm.. tak tahu nak cakap..bersyukur sangat-sangat.. Aisyah Raniya lahir pada 18 Oktober 2014, jam 12.03 tengah hari..

Bila nurse bagi baby kat saya dan letak atas badan.. rasa gembira sangat... lebih-lebih lagi bila tengok mata dia yang besar merenung saya.. terus terdetik kat hati saya nama Raniya yang bermaksud pandangan yang mendalam.. lama juga dia merenung saya.. rasa bersyukur tak terkata..

Lepas tu nurse ambil dia.. saya dengar dia menangis.. huhu.. kesian dia.. nurse suruh push lagi untuk keluarkan uri.. lepas tu kena jahit pula... yang ni paling tak best.. haha.. sakit bila dah sampai lapisan yang last tu.. fobia pulak rasa.. lepas habis semua prosedur tu, saya sempat whatssapp suami.. dia tak sangka saya dah bersalin.. haha..

Dah habis semua prosedur tu, ada nurse datang bawa makanan.. dan suami saya muncul dan nurse bagi baby kat dia untuk azan.. en Salleh agak bengang sikit sebab dia tak dipanggil masa saya nak bersalin.. lepas tu dapat masuk untuk azankan baby 10 minit je..

Saya pula dah lapar.. bila nak makan je, nurse cakap kena keluar dari bilik bersalin tu.. makan kat wad nanti...hmm.. ikut je lah..

Bila dalam perjalanan nak naik ke wad tu, saya rasa contraction lagi.. biar betul?? sakit makin kerap.. saya beritahu nurse, nurse tu cakap biasa lah tu.. heh.. tapi ni sakit sangat.. takkan la..

Bila nak naik ke katil ( katil tu katil sementara, kat tepi tingkap je..sebab tak ada katil proper yang kosong) darah banyak mengalir keluar dan saya rasa tak ada tenaga sangat.. nasib baik ada seorang kakak kat wad tu bagi saya air milo.. sempatlah minum sikit.. lepas tu memang saya rasa lesu sangat dan darah makin banyak keluar.. mak saya pun panggil nurse dan saya dibawa ke sebuah bilik..

Doktor check dan rupanya masih ada darah dalam rahim tak habis keluar.. doktor tu siap cakap darah keluar laju macam air terjun.. (grrr... ngeri rasa).. memang lepas tu perut saya ditekan-tekan.. kena seluk lagi untuk keluarkan darah.. memang seksa..haih..

Lepas dah habis semua proses keluarkan tu..barulah saya dibawa ke katil..betul-betul depan kaunter nurse.. lemah sangat badan masa tu.. tak sempat lagi susukan baby. nasib baik dia tidur je..

Dalam kepala saya masa tu fikir baby je.. takut dia lapar. Alhamdulillah dia ok je masa doktor periksa-periksa saya.. petang tu doktor datang lagi.. ada lagi rupanya darah yang tak keluar.. takut darah beku.. nasib baik jahitan semua ok.. (kalau tak ok.. huh..ngeri rasa, tak nak bayangkan..huhu)..

Bila baby dah terjaga, saya pun susukan baby.. dah lewat petang tu, saya tanya nurse boleh ke ahli keluarga tunggu, nurse cakap tak boleh.. peraturan di hospital tu, waris tak boleh tunggu.. sedih rasa.. dahlah keadaan saya agak teruk masa tu.. lemah sangat.. tapi apakan daya.. ikutkan je lah..

Bila semua family dah balik, saya pun nak pergi tandas.. minta nurse temankan.. saya pun buang air kecil.. bila nak bangun, saya rasa pening.. rasa macam nak pitam.. saya jerit panggil nurse kat luar tapi tak tahulah dia dengar ke tak.. saya sempat capai pintu bilik air.. dan..

Dunia gelap! 

Sedar-sedar je, ada dua orang nurse tengah cuba nak angkat saya yang masa tu dah terduduk di atas lantai..

Ya Allah.. ujian lagi.. terus saya dipapah ke katil dan baring.. nurse dan doktor periksa saya dan disuruh rehat.. saya tak dibenarkan bergerak ke mana-mana..

Keesokan harinya, ada 1 lagi berita yang tak best datang.. anak saya disahkan ada kekurangan enzim G6PD (nanti saya cerita lebih lanjut tentang G6PD ni).. secara ringkasnya, dia tak boleh makan kacang parang, blueberry, tak boleh dekat dengan ubat gegat, camphor, dan ada ubat-ubat yang dia tak boleh makan.. hmm.. nak nangis saya dengar..   tapi ini bukan penyakit.. cuma kalau termakan atau terkena benda-benda tu akan ada kesan pada sel darah dia...nantilah saya cerita ye.. entri khas G6PD..

Dan disebabkan G6PD ni jugalah kami berdua kena duduk di hospital untuk 5 hari berikutnya.. doktor pun tak bagi balik lagi sebab keadaan tekanan darah saya yang rendah dan HB makin turun.. ok.. tabahkan hati..

Duduk 5 hari kerana G6PD tu sebab bayi yang kekurangan G6PD ni mudah kena jaundis.. jadi perlu lebih pengawasan.. dan Aisyah Raniya kena duduk bawah lampu biru tu pada hari Isnin sebab ada kuning sikit.. jadi 1 malamlah dia duduk bawah lampu tu.. al-kisahnya, dia tak nak tidur sendiri.. nak saya peluk..hmm..dengan saya sekali duduk bawah lampu biru tu.. sedih sangat.. sampai saya menangis..dahlah badan lemah..datang pula macam-macam dugaan..

Alhamdulillah, lepas tu tak ada apa-apa yang berlaku lagi.. cuma setiap hari saya nak masa melawat tu cepat sampai supaya ada mak dan en salleh dengan saya.. rasa lemah sangat bila kena buat semua benda sendiri dalam keadaan saya yang tak kuat sangat masa tu.. jalan sikit rasa macam nak pitam.. dahlah hari-hari kena cucuk untuk ambil darah.. ada pula 1 hari tu doktor kata tiub darah saya hilang.. esoknya kena ambil darah lagi.. haih.. dua-dua tangan saya ni penuh dengan jarum.. susah sangat nak susukan baby dengan benda-benda tu dicucuk kat tangan kiri dan kanan..(ada lagi kesan sampai sekarang)..

Masa saya 'berkampung' kat hospital tu.. ramai juga keluarga dan kawan-kawan yang datang melawat.. syukur Alhamdulillah.. terubat sikit rasa sakit.. yang paling terharu, nenek saya pun datang (nenek saya meninggal dunia 21 Januari lepas..).. terharu sangat walaupun nenek tak berapa sihat, dia nak juga datang tengok cicit dia yang terbaru ni.. dan Aisyah Raniya adalah cicit terakhir yang dia sempat tengok.. siap buatkan kenduri dan marhaban lagi masa hari ke-44.. terima kasih, nenek.. setiap hari, in shaa Allah akan saya kirimkan Al-Fatihah untuk nenek.. (harap anda semua sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah nenek saya ye.. terima kasih..)..

Tiba hari Khamis, 23 Oktober 2014.. adalah hari yang paling bahagia sebab DAH BOLEH BALIK RUMAH! Saya cakap kat Raniya..'hari ni kita balik rumah atuk'.. lepas tu dia senyum.. hehe.. bijak budak ni.. macam tahu je nak balik dah.. hehe..

Hari ke-15, kami buat kenduri aqiqah.. syukur sangat.. saya dan en Salleh rasa sebak masa bawa Raniya pusing untuk gunting rambut masa majlis tu.. Alhamdulillah.. kami juga buat aqiqah dengan EZQurban pada hari ketujuh..

Dan dalam tempoh 2 bulan masa dalam pantang tu, Raniya kerap menangis...susah nak tidur, masa menyusu dia senyaplah.. letak je kat katil.. menangis..huwaaa... memang mencabar sungguh.. dari kat hospital lagi memang dia kerap menangis.. cukup 2 bulan.. kurang sikit dah.. Alhamdulillah.. hehe.. malam memang kami berjaga sebab dia berjaga .. kena dukung sambil baca ayat Al-Quran..baru dia tenang..

Ok. Rasa dah habis kot cerita pengalaman pertama kali melahirkan anak ni.. hehe..esok, in shaa Allah Raniya akan berusia 5 bulan jika ikut kalendar hijrah ( Raniya lahir 23 Zulhijah).. Alhamdulillah.. moga jadi anak solehah ye, sayang.. Papa, Mama love you Aisyah Raniya!

En Salleh dan Raniya (nampak tak kaunter/stesen nurse kat belakang tu..hehe.. semua yang nurse borak saya dengar!)

till then,
love love..



Monday, March 9, 2015

Dan hari itu pun tiba..

Assalamualaikum,

Pagi Sabtu, 18 Oktober 2014.. Saya dah pasrah.. tawakal je lah..tak kisahlah bila baby nak keluar asalkan kami selamat..hehe..

Macam biasa pagi tu saya gi lobi.. sarapan dengan suami.. lepak-lepak sekejap.. rasa macam dah lama lepak..masuklah dalam PAC semula..takut kena panggil untuk check-up..

Sampai je dekat kaunter jururawat.. ada nurse tegur saya pergi mana..saya cakaplah pergi sarapan dengan suami..lepas tu dia cakap doktor nak check bukaan.. jadi saya turutkan je lah.

Bila doktor check, dia kata dah buka 4cm.. huhu.. dan dia kata dah boleh bersalin ni.. erk.. macam mana..tak rasa sakit pun.. huhu.. doktor bagi ubat untuk buang air besar.. saya amat tak suka ubat tu sebab kena masukkan kat punggung.dah la cecair..macam mana nak masuk..(dapat juga masuk tapi tak habis..haha..)..

Oh ya, sebelum pergi bilik air untuk masukkan ubat buang air besar tu, saya sempat lari kejap pergi lobi dan bagitahu en salleh apa yang doktor nak buat .. lepas tu saya terus berlalu pergi..haha (terpinga-pinga en salleh..).. masuk je PAC, terus pergi bilik air.. (seksa betul nak masukkan ubat tu.. lepas tu kena membuang pula..)..

Keluar bilik air je nurse dah bising-bising tanya kenapa lambat sangat (haih... sabar je lah).. terus ditolak ke bilik bersalin...

Saya masuk bilik bersalin jam 9am dengan tanpa perasaan.. haha.. macam pasrah je .. (pasrah lagi..)... doktor check bukaan lagi..check itu ini..semualah.. dan akhirnya doktor dan nurse pecahkan air ketuban.. lepas tu dah mulalah rasa sakit.. mula-mula setiap 20 minit.. 15 minit.. lepas tu setiap 10 minit.. lepas tu makin kerap.. zikir, selawat, ayat-ayat Al-Quran semua saya baca.. saya tanya nurse boleh tak panggil suami, tapi dia cakap dah buka 10cm baru boleh panggil.. duh.. kecewa rasa..

Jadi, terbaringlah saya seorang diri kat dalam bilik bersalin tu seorang diri menahan kesakitan.. nurse tu entah pergi mana..doktor pun entah ke mana.. ada sekali je masa saya tengah menahan sakit tu, nurse datang dan bagitahu kalau sakit sangat sedut gas ni.. tapi saya masa tu dah sakit sangat tak boleh nak bagi perhatian masa nurse tu ajar sedut gas.. lepas tu dia keluar semula.. hmm.. lantaklah..sedut la macam mana pun.. bukan berkurang pun sakit.. jadi saya hanya pegang dua-dua sisi katil kiri dan kanan untuk menahan sakit contraction tu..

Saya tengok jam yang ada kat depan saya.. dah pukul 11am.. sakit makin kuat.. tiba-tiba nurse datang dan check..dia kata dah nampak rambut baby.. saya pun.. HEH! biar betul.. ! lepas tu ada nurse seorang lagi cakap tak dapat panggil suami saya sebab tak ada orang kat kaunter lobi yang boleh panggil... saya pun 'WHY LA'!!... Jadi saya pun...PASRAH JE LAH...

ok.. tunggu sambungannya nanti ye..

till then,
love love..






Wednesday, March 4, 2015

2 minggu sebelum bersalin....

Assalamualaikum,

Aisyah Raniya dijangka lahir pada 19 Oktober 2014. Jadi, saya dah mula cuti 2 minggu sebelum tarikh tu.. kenapa cuti awal? Hehe.. anak sulung kan.. tak tahu apa nak dijangka..lepas je raya haji, terus cuti.. lagipun, nak rehat dari kerja-kerja makmal.. dah tak larat..
Hari Rabu, 15 Oktober 2014.. pukul 4am.. badan rasa semacam.. rasa macam nak buang air besar tapi bukan.. saya pun kejutlah En Salleh.. apa lagi.. teruslah ke hospital..

Sampai je hospital, rasa berdebar-debar.. haha.. lepas 'check-in' (check-in kat PAC (Patient Assesment Center) je, bukan wad) terus disuruh tukar seluar ke kain batik, check tekanan darah, jantung baby, etc.. beberapa jam tunggu, check 'jalan'/ bukaan pula.. yang ni paling tak suka.. sakitnya..hmm.. doktor yang pertama kata tak buka lagi tapi dia tak pasti. Dia kata dia akan panggil doktor yang lebih senior.. huh.. tunggu lagi.. lepas beberapa minit, doktor lain datang, dia kata dah buka 2cm tapi selalunya lambat lagi..dia bagi kebenaran untuk balik..

Lega!. Oh, masa check-in tu, En Salleh kena tunggu kat luar.. tak boleh masuk. Sedihnya. Ye la, kat PAC tu ramai ibu-ibu yang tengah tunggu masa nak bersalin..memanglah tak boleh masuk..

Jadi, kami pun baliklah.. sampai rumah, kami pun berehatlah.. tidur sekejap. Dah tengah hari, saya pun mulalah nak buat kerja rumah..kemas itu ini, nak basuh baju.. tiba-tiba ada nampak darah kat seluar yang saya pakai.. huhu.. tanda ke ni? tapi tak rasa sakit.. kami pun tertanya-tanya nak pergi hospital semula ke tak..

Saya buat keputusan nak pergi hospital semula.. jadi kami pun pergilah.. bermulalah proses pemeriksaan yang macam saya cerita kat atas tu semula.. dan akhirnya doktor suruh saya buat keputusan nak balik atau tunggu di hospital sebab tanda dah ada cuma bukaan masih 2cm.. doktor kata boleh tinggal tapi katil tak ada.. kalau balik, takut ada kecemasan nanti menyusahkan saya dan suami pula atau tak sempat sampai hospital..

Jadi, duduklah saya di PAC. Punyalah ramai, dan yang ada hanya kerusi.. seksanya. Tapi yang seronok sebab jumpa ramai orang, borak-borak. Yang tak seronok, tidur atas kerusi. Nak tahu selama berapa hari?? haha... 4 hari .. dari hari Rabu (15 Oktober 2014)-Sabtu pagi (18 Oktober 2014). Suami saya pula tidur kat lobi pelawat.. kesian dia.. punyalah banyak dugaan kami nak tunggu kelahiran anak bertuah ni.. 

Sepanjang hari Rabu-Sabtu tu, hari-hari ada check-up, check 'jalan'..dah buka berapa cm..tiba hari Khamis, bukaan dah 3cm.. tiba hari Jumaat malam tu saya dah gelisah sebab dah tak tahan tidur atas kerusi je.. saya pun jumpa doktor yang bertugas dan doktor kata tak boleh balik sebab bukaan dah 3cm dan saya dalam pemantauan doktor, bila-bila boleh bersalin.. kecewa rasa.. jadi saya dan suami pun tabahlah menunggu..

Nak tahu apa yang berlaku pada Sabtu pagi 18 Oktober 2014.. tunggu.. hehe..

till then,
love love..






Tuesday, February 17, 2015

Baru boleh sambung cerita..

Assalamualaikum,

Lamanya tak bersiaran.. faham-faham sajalah, sibuk sangat.. nak log in ke blog ni pun kadang-kadang je..
Oklah.. nak pendekkan ceritalah ye..
Sepanjang mengandung, alhamdulillah tak ada apa-apa masalah yang serius.. cuma adalah perubahan selera makan dan perangai (ni tak adalah teruk sangat).. ringkaskan guna point form je lah ye... haha.. punyalah nak cepat..
1. Dua bulan pertama memang tak boleh masuk dapur.. tak boleh masak sebab tak tahan bau minyak.. loya sangat..
2. Suka makan tomyam, oren, limau.. minum air yang masam..(nasib baik tak mengidam makan asam.. memang tak suka)
3. Tak boleh sangat makan western food (padahal sebelum pregnant memang sangat suka western food)
4. Tengok burger ayam atau daging memang rasa nak muntah
5. Burger ikan je yang boleh makan
6. Cepat mengantuk
7. Suka makan nasi kerabu

Sepanjang mengandung, saya check-up di Klinik Desa Puncak Alam dan Alhamdulillah, saya tak pernah disuruh minum air gula.. hehe.. (selamat!).. tekanan darah pun ok cuma ada 1 masa tu tekanan darah turun sampai saya nak hampir pitam.. tapi alhamdulillah..lepas beberapa hari ok semula..

Masa scan di klinik desa, doktor cakap tak nampak jantina dan dia agak mungkin bayi perempuan.. masa buat 3D/4D di Hospital Umra Shah Alam 1 Ramadhan lepas.. sonographer sahkan perempuan.. 
Lepas dapat tahu perempuan, beberapa minggu lepas tu kami shopping la barang baby.. orang lain shopping baju raya, kami shopping barang baby.. hehe.. dan alhamdulillah masa bulan puasa tu juga duit biasiswa masuk..memang rezeki bayi bertuah ni..



Dalam bulan Ogos tahun lepas, kami pindah ke Serendah.. dekat dengan mak saya.. satu taman je.. hehe.. oklah.. nanti sambung ye..

till then,
love love..


Friday, December 26, 2014

Hadiah hari lahir paling bermakna...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah..

In sha Allah hari ni saya akan bercerita sedikit tentang kehamilan saya.. Saya rasa ramai yang tahu bahawa kami telah lama menanti zuriat.. Maklumlah, dah hampir 3 tahun berkahwin (sekarang dah 4 tahun, Alhamdulillah..).. 

Saya mula merasa perubahan pada diri sekitar awal Februari 2014. Masa tu ada rasa sakit sedikit di bahagian bawah perut setiap kali menjelang petang.. dan minggu itu juga saya tolong kawan semakmal bedah tikus.. nasib baik saya hanya ditugaskan untuk menimbang organ dalaman tikus bukan membedah (kalau tak memang banyak la saya sedut diethyl ether..).. dan saya juga sedar yang period telah lewat beberapa hari..namun saya tak kisah sebab period saya memang kadang-kadang agak lewat.. (sebelum ni pernah juga buat pregnancy test bila period lewat tapi keputusannya negatif)..

Minggu berikutnya saya mula rasa loya selepas makan dan mula tidur awal (saya jenis yang tidur lewat).. pukul 9 malam dah mengantuk.. selalunya saya tidur pukul 12 atau 1.. mula datang rasa pelik tapi dibiarkan saja sebab saya fikir mungkin saya penat.. tanggal 22 Februari 2014 adalah hari lahir saya yang ke 28 dan hari itu juga kami ke Temerloh untuk menghadiri kenduri kahwin.. mulalah rasa loya dalam kereta ketika dalam perjalanan ke sana.. keesokan harinya kami ke Setia City Mall.. mula bincang dengan En Salleh pasal pregnancy test.. kami pun beli di farmasi.(dalam perjalanan pulang, saya muntah di tepi jalan, sebelah UiTM Puncak Perdana)... malam tu kami test..

Tapi malangnya, urine saya tak kena pada pregnancy test tu dan result tak keluar.. jadi, kami biar saja benda tu atas mesin basuh.. bila tiba Subuh, tiba-tiba ada 2 garisan!!.. eh, biar betul!! rupanya mungkin ada sedikit urine saya yang terkena pada pregnancy test strip tu..

En Salleh dah gembira masa tu.. tapi saya pula macam tak ada perasaan sebab terlalu pening dan loya pagi tu.. lagi satu sebab urine tak kena betul dekat pregnancy test jadi saya tak mengharap sangat.. saya minta En Salleh beli lagi pregnancy test.. dan hari tu juga saya tak pergi makmal sebab 'mabuk'... huhu..

Tengah hari tu, En Salleh balik dan kami buat ujian lagi.. dan ternyata positif! Alhamdulillah.. dan malam tu kami ke klinik dan doktor pun kata positif.. tapi belum boleh scan sebab masih awal.. (2-3 minggu).. alhamdulillah.. kami terus telefon ibu bapa kami.. dan mereka juga gembira.. (mestilah kan..).. 

Oklah, nanti sambung lagi ye..

till then,
love love..

Wednesday, December 24, 2014

Memperkenalkan... Aisyah Raniya binti Mohd Salleh..

Assalamualaikum,

Sebagai tirai pembukaan.. (haha!).. inilah wajah puteri kecil kami yang diberi nama Aisyah Raniya binti Mohd Salleh.. sekarang sudah berusia 2 bulan.. Alhamdulillah..



till then,
love love

Sunday, November 30, 2014

Terima kasih Nuffnang..

Assalamualaikum..

Huh.. lama betul tak bersiaran.. ni pun dapat curi masa sekejap sebab si kecil tu dah tidur..huhu..
Alhamdulillah..

Terima kasih Nuffnang sebab sudi bagi CPUV walaupun dah lama tak tulis cerita baru di blog ni.. maklumlah..baru lepas bersalin. oh ya.. hari ni genap 44 hari.. Alhamdulillah.. dan kami pun dah balik rumah sendiri.. kalut juga ni.. doakan kami dapat mengharungi cabaran sebagai ibu bapa baru dan pelajar PhD.. huhu.. (berat rasa.. doakan kami tabah dan berjaya akhirnya..in shaa Allah..amin)..



till then,
love love..

p/s: nanti saya tulis pengalaman pertama kali mengandung.. tunggu ye.. banyak yang saya nak kongsi.. doakan saya agar diberi kesempatan untuk abadikan semuanya di blog ni.. in shaa Allah..

Thursday, November 6, 2014

Aisyah Raniya.. permata hati kami..

Assalamualaikum,

Ke mana saya menghilang...jawapannya ke hospital dan sekarang sedang berpantang.. hari ini genap 20 hari lahirnya puteri sulung kami.. ya, saya telah melahirkan bayi perempuan seberat 3.01kg pada 18 Oktober 2014 jam 12.04 tengah hari.. Alhamdulillah..


In sha Allah .. tak lama lagi saya akan ceritakan semuanya.. dari awal hingga kini..

till then,
love love