Showing posts with label PEOPLE AND PLACES. Show all posts
Showing posts with label PEOPLE AND PLACES. Show all posts

Tuesday, May 27, 2014

Pameran Herba Malaysia 2014

Assalamualaikum,

Ahad lepas, kami saja jalan-jalan di Pameran Herba Malaysia.. Tapi tak ramai sangat orang, mungkin sebab kurang publisiti.. ada banyak info menarik tentang herba dan produk berasaskan herba di pameran ni.. Harap lain kali lebih banyak pempamer akan ambil bahagian dan ada publisiti lebih meluas..
Layankanlah gambar-gambar di bawah ye..











till then,
love love

Thursday, May 8, 2014

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 (kecewa sikit)...

Assalamualaikum,

26 April lepas.. walaupun tak larat tapi gagahkan diri juga untuk ke pesta buku..awal-awal pagi dah bertolak sebab nak dapat parking yang dekat (kalau boleh nak parking betul-betul depan pintu PWTC tu.. huh).. 
Kami sampai dalam pukul 9 pagi.. orang dah ramai terutamanya murid sekolah.. sarapan dululah sebelum mencari buku (buka pukul 10 pagi).. lepas tu ambil gambar (tak banyak pun..)..




Inilah beberapa hasil tangkapan.. rasa kecewa sikit sebab bila guna baucer buku BB1M untuk bayar, tak dapat diskaun langsung.. nasib baik dah tanya dulu sebelum bayar..lalu dengan berat hati, terpaksa letak semula beberapa buah buku sebab takut terlebih RM250.. (nak beli buku lain juga...takkan nak borong kat situ je...)




ni dapat free

resit... (Tambah RM 3)
 Lepas tu jalan-jalan.. (ambil gambar yang menarik...)


nak beli buku ni.. tapi harganya RM300..





Akhir sekali, kami ke gerai MPWS.. dan beli buku berkaitan thesis..


Dan dapatlah mug percuma sebab beli buku lebih RM100.. (terubat sikit kecewa di hati....huh...)



Tu je lah nak cakap...
(dapat rasa tak kekecewaan tu?? .....)

till then,
love love...

Friday, February 14, 2014

ICT: Makanan yang perlu dimakan jika ke Kuala Terengganu..

Assalamualaikum,

Selain keropok lekor, ikan celup tepung (ICT) juga merupakan antara makanan yang popular di Kuala Terengganu.. Tepat jam 4 petang kami tiba di Pantai Teluk Ketapang, berhampiran dengan Lapangan Terbang Kuala Terengganu.. Wah, ramainya orang! Dulu taklah ramai macam ni.. Ada banyak gerai yang jual ICT dan En Salleh kata, 'kita makan kat gerai yang paling ramai orang dan meriah'.. hehe.. akibatnya, tak dapat makan ikan kembung celup tepung..yang ada ikan apa entah..ikan kembung sold out.. jadi, kami hanya dapat ikan yang 'tak-tahu-apa-nama', sotong, udang dan cendawan.. konsep layan diri.. kami siap makan dengan nasi putih lagi sebab tengah hari makan sikit je kat TTI. Dari mula makan sampai licin, air pula tak kunjung tiba.. apa lagi, En Salleh pun bangun sendiri pergi ambil air.. betul-betul layan diri ni.. tak boleh nak buat apalah sebab terlalu ramai orang.. hehe.. Alhamdulillah, sedap sangat.. lupa pula berapa harga makanan yang kami makan ni.. lebih kurang RM25 kot...


ICT dan kawan-kawannya..

ramai kan?

Oklah.. nanti sambung lagi...

till then,
love love..

Thursday, February 6, 2014

Grand Puteri Hotel, Kuala Terengganu..

Assalamualaikum,

Ke mana kita? Alhamdulillah.. pada pukul 4 petang 31 Januari 2014..kami tiba di Kuala Terengganu.. apa lagi, terus cari hotel lah kan.. Kami dah buat tempahan di Grand Puteri Hotel.. hotel ni sangat best

Sedikit info tentang hotel ni.. Kedudukannya sangat strategik..berhampiran dengan Stesen Bas Kuala Terengganu dan Masjid Abidin.. Kalau larat, nak berjalan kaki dari hotel ke Pasar Besar Kedai Payang pun boleh.. Nak makan KFC pun dekat je.. tak nak KFC? gerai-gerai makan yang lain pun dekat.. 
Hotel ni merupakan hotel wakaf di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji, Jabatan Perdana Menteri..
Jom tengok gambar!

Ok.. ni papan tanda.. hehe.. Sila ke kanan..



Reka bentuk bangunan..





Pintu masuk..



Lobi...






Kolam renang.. emm.. satu kolam untuk lelaki dan satu lagi untuk perempuan.. asing ye..



Yang ni pula restoran/kafe dalam hotel ni.. ada steamboat untuk makan malam.. kalau tak silap RM22 untuk seorang..



Ni kaki lima bilik hotel kami.. tingkat 6..



Ni lah bilik Deluxe kami!.. Harga untuk 1 malam ialah RM158..



Kalau 2 malam.. RM158X2.. kira sendiri ye.. hehe..



Tingkap bilik dan kerusi untuk bersantai...



TV yang comel..



Biasalah ada air mineral, teh, gula, kopi, krim.. oh ya, dalam almari tu ada seterika dan ironing board sekali..



Bilik air pun bersih..





Pemandangan dari bilik..



Macam mana? Cantik kan? Kalau anda ke Kuala Terengganu, cubalah menginap di hotel ni.. Kami sangat puas hati.. oh ya, ni alamat dan no. tel..

Hotel Grand Puteri (JAWHAR-MAIDAM, Kuala Terengganu, Terengganu)
PT 3981 Jalan Masjid Abidin, Bandar Kuala Terengganu, Terengganu
09-6215555

FB Grand Puteri Hotel


Ok, nantikan sambungan ceritera bulan madu kami di KT ye..

till then,
love love..


Tuesday, February 4, 2014

Ke mana kita?

Assalamualaikum,

Kalau anda semua tengok gambar-gambar di bawah, mesti dah boleh agak kami ke mana..
Jadi, sebagai teaser.. tengoklah dulu beberapa gambar ni ye..


Menempuh gugusan kabus di Genting Highlands..


Berehat sebentar..


Bekalan perjalanan..


 Menghampiri sempadan..


Tiba juga akhirnya!



till then,
love love..