Showing posts with label RESTAURANTS. Show all posts
Showing posts with label RESTAURANTS. Show all posts

Sunday, December 30, 2018

Seafood Spread at Ombak Kitchen Shah Alam

Assalamualaikum,

Memandangkan sedang mengandung anak ketiga, maka banyaklah makanan teringin nak makan. Setakat ni semua boleh telan kecuali nasi arab. Hari tu duk tengok seafood kat Ombak Kitchen ni,. lama-lama jadi teringin la kan.. so masa cuti Deepavali tu, pujuk jugala husband pegi.
Hihi....sedap memangla sedap tapi susah nak fokus makan bila si double Aisyah tu buat hal.. haha. Dengan nasi berterabur, dengan nyanyi2.. nasib tak ramai sgt orang masa tu.. segan mama papa tau.
Ok, Ombak Kitchen ni best sangat tau sebab very cosy, bersih dan yang penting servis bagus.
Sebenarnya, niat utama nak pergi sebab nak survey restoran ni, In shaa Allah nanti nak bawa satu family makan kat sini. SEDAP KE? Mestilah!!
Jom tengok menu.












Kenyang tau! Hihi..mana taknya sebab kena habiskan nasi anak-anak sekali..diorang kalau dah dapat aiskrim..memang lupa makanan lain.. lagi pulak si kakak tu tak makan seafood.
Maka, marilah kita tubuhkan satu tabung utk repeat makan kat sini lagi. Hehe.

Korang try la pulak

5.G.01, D'Vida Business Centre, Jalan Bazar U8/101, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

Till then,
love love!

Tuesday, November 17, 2015

Makan di Nando's AEON Mall, Rawang

Assalamualaikum,

Hujung minggu lepas, sempat curi masa pergi makan di Nando's. Lama dah tak makan sejak si kecil molek tu lahir.. hehe..
Kami suka makan kat Nando's ni sebab sos-sosnya yang sedap.. walaupun kami tak makan pedas tapi perapan lemon herb tu memang kami suka. hehe..
Dan lagi satu, Nando's ni ada apps yang membolehkan kita kumpul 'cili'.. macam kumpul point tu.. kalau dapat cukupkan cili-cili yang dikehendaki..dapatlah redeem ayam.. hehe..
Boleh cari kat Play Store ye..




till then,
love love

Makan di Me'nate Steak Hub Wangsa Maju

Assalamualaikum,

Haa... nak belanja gambar-gambar sempena makan malam kami di Me'nate Steak Hub Wangsa Maju..
Wajib repeat ni!!
Kami makan mushroom soup, mashed potato, bolognese dan lamb..















till then,
love love!

Thursday, April 30, 2015

Mee Tarik Warisan Asli Shah Alam

Assalamualaikum,

Emm.. tak kena sangat dengan tekak kami.. tak tahulah kenapa.. mee tarik ni macam susah sikit nak dikunyah.. terasa kenyal sangat.. hehe.. tapi.. bolehlah kalau anda nak cuba...lain orang, lain selera kan.. hehe.. layankan gambar di bawah ye..












till then,
love love..

Rakshee!!!

Assalamualaikum,

Highly recommended! Hehe.. meatballs yang sangat sedap.. sup bakso (RM1.90 only) best sangat (tak cukup semangkuk..).. kami juga makan baked pasta marinara dan pasta carbonara.. memang tersangatlah sedap.. servis pula layan diri... oklah.. cepat juga makanan siap.. 
Nak cuba? Rakshee is at Jalan PJU 5/20A Kota Damansara.. go go go!


teh botol dan plain water berlatarkan aisyah raniya.. hehe..

saya makan marinara dan en salleh makan carbonara.. dalam mangkuk tu sup bakso..

till then,
love love.

Thursday, September 4, 2014

Nasi Ayam Taugeh Bandar Puncak Alam

Assalamualaikum,

Susah nak cari kedai makan atau restoran yang hidangkan nasi ayam yang sedap.. tapi Nasi Ayam Taugeh ni memang sedap.. kena la juga dengan tekak saya.. (orang lain saya tak tahu.. hehe)..
Restoran ni baru je dibuka di Bandar Puncak Alam, Selangor.. oh ya, tuan punya restoran ni ialah kartunis Taugeh.. Saya suka nasi ayam cendawan.. kat tempat lain susah nak dapat.. en Salleh makan nasi ayam taugeh (nasi ayam biasa).. ada juga menu lain.. tengok gambar ye..












till then,
love love...

Wednesday, September 3, 2014

Makan di Fish n Co. One Utama

Assalamualaikum,

Ni cerita beberapa minggu lepas.. kami pergi makan di Fish n Co. One Utama.. rasa nak makan fish and chip sebab dah beberapa kali makan kat restoran western semuanya menghampakan.. ada yang hanyir, ada yang kurang masak.. hmm.. jadi kami pun pergi dengan 2 orang kawan lagi..


Rambang mata tengok menu.. tapi memang dah niat dalam hati nak makan fish and chip jadi, itulah yang dipesan.. nanti lain kali kita cuba menu lain pula..


Air pun ada macam-macam tapi saya minum air suam je sebab bajet.. hahahaha..




Saya pesan 'the best fish n chips in town'...


Air


 Saya pesan juga mashed potato.. sedap sangat!


Dan fish and chips.. Odd pun makan ni juga..



Ni Farah punya.. Chicken Mushroom Spaghetti..


En Salleh makan ni..Peri-Peri Catch (yang ni lagi sedap dari fish and chips yang saya pesan.. hehe)..



Ok.. tu je untuk hari ni.. hehe..

till then,
love love..