Assalamualaikum,
Minggu lepas kami pergi tengok wayang.. cerita apa? Penanggal.. hehe.. Saja nak tengok sebab rasanya sebelum ni tak ada filem yang fokus kat hantu penanggal ni.. Saya bukanlah penggemar cerita seram, cuma nak tahu jalan cerita saja.. (bila tiba bahagian yang tunjuk penanggal je saya tutup mata..hehe..bukan apa, takut teringat-ingat atau terbayang-bayang.. haha).
Daripada 5 bintang saya bagi 3 bintang saja sebab jalan cerita yang agak mengelirukan.. mungkin banyak babak kena potong dengan LPF.. dan saya rasa ada beberapa watak yang kalau tak ada pun tak apa kot.. mcm watak Sharifah Zaharah tu.. sampai sekarang saya masih fikir apa signifikan watak dia dalam cerita tu..
Kalau nak ada juga pun, rasanya tak perlu babak yang meleret-leret atau terlalu panjang.. untuk fikir positif, saya simpulkan yang watak Sharifah tu adalah perbandingan dengan watak Murni yang 'terpaksa' jadi Penanggal dan tak punya saudara mara, miskin, tak cantik dan hidup dalam buangan berbanding dengan Sharifah yang cantik, kaya dan menjadi pujaan lelaki..Watak-watak lain, oklah.. boleh diterima akal.. hehe...
Lagi satu, antara babak akhir yang mengelirukan (atau saya yang terlepas pandang), tiba-tiba ada keris di belakang badan Murni.. nanti kalau ada tayang di tv, kena tengok semulalah sebab tak tahu dari mana datang keris tu.. hehehe..
Dari segi teknikal dan sinematografi, filem ni boleh dapat 4 bintanglah.. Secara keseluruhan, oklah cerita ni..
Hehe..
till then,
love love..