Showing posts with label SHOPPING. Show all posts
Showing posts with label SHOPPING. Show all posts

Wednesday, December 20, 2017

Hidup seorang 'bibliophile'

Assalamualaikum,

Saya tahu bukan saya seorang sahaja yang gila buku kat luar sana tu. Ada ramai bibliophile kan? Dan saya memang dalam proses 'merekrut' anak-anak saya menjadi bibliophile juga. Well, better than collecting toys, right?

Beberapa minggu sebelum ni, kami ke MPH Distributors Warehouse Sale. Walaupun harga buku tak semurah di Big Bad Wolf, tapi saya tetap suka sebab selalunya buku terbaru pun ada dijual dengan harga sedikit murah berbanding pasaran.

Jom tengok apa saya beli..

MPH Distributors Warehouse Sale

Total damage is about RM279.. actually ada 3-4 buku lagi my mom punya tapi tak sempat nak ambil gambar..

Ok, so last week sempena wedding anniversary kami yang ke-7, saya request nak ke Big Bad Wolf. (senang kan minta hadiah anniversary, minta pergi pesta buku je.. haha)..

Kat situ total damage is RM270. Hehe..

At BBW

Satisfied!
BBW kali ni memang sangat puas hati sebab banyak buku kanak-kanak. Mak yang rambang mata. Harga best pulak tu. Keep it up, BBW! Terubat kecewa dgn BBW Box Sale dulu. Box Sale dulu sangat menghampakan sebab buku kanak-kanak banyak yang reject. Kali ni punya BBW sangat best! Walaupun tak dapat nak belek satu-satu tapi dapatlah apa yang dihajati. Tengoklah, 80% buku anak je. 

Ok. Akhir kata, belilah buku walau sebanyak mana pun.. kalau anda tak sempat baca, wariskan ia kepada sesiapa.. in shaa Allah, pahala akan mengalir.

Sekian.

Till then,
love love.

Wednesday, November 12, 2014

'Online shopping' lagi..

Assalamualaikum..

Yay! Yang ditempah telah tiba.. disebabkan tak dapat keluar shopping.. kita shopping online je.. ni adalah hasil tangkapan yang terbaru..


Kalau anda nak beli CD/DVD yang best.. bolehlah ke inteam mobile. Banyak CD/DVD nasyid, selawat, bacaan Al-Quran.. semoga bermanfaat untuk semua..

till then,
love love..

Saturday, November 8, 2014

Mudahnya membeli buku di mphonline.com

Assalamualaikum,

Ya, saya sedang dalam pantang..namun tangan tetap gatal nak beli buku.. nasib baik ada http://www.mphonline.com/welcome/welcome.aspx ... hehe..dapat juga beli buku.. mudah dan cepat.. saya baru buat pesanan khamis lepas, dan hari ini (sabtu), buku dah sampai..





Alhamdulillah.. thank you, MPH.

till then,
love love

Friday, August 1, 2014

Baju Melayu Zizan Razak untuk En Salleh..

Assalamualaikum,

Ni cerita sebelum raya lagi.. hehe.. punyalah susah nak masuk Jakel Shah Alam tu.. percubaan kali ketiga baru dapat parking.. Alhamdulillah dapat juga belikan baju Melayu untuk En Salleh.. asyik repeat baju yang sama je sejak 3 tahun lepas.. tahun ni pakai baju baru la pula kan.. hehe.. lagi satu En Salleh asyik sebut baju Zizan je.. jadi kita pun ke Jakel lah.. dapatlah baju Zizan yang berwarna ungu gelap ni dan berharga RM50.. haha.. 


till then,
love love..

Friday, May 23, 2014

I won a book from MPH Distributors for the third time!!

Assalamualaikum,

Every time MPH Distributors organized a warehouse sale, they will post some contest in their Facebook page. And I have to make sure that I will enter the contest..Alhamdulillah.. I won..
Last week, I went to the sale at Bangunan TH, Petaling Jaya..

This is the book that I won

This is the book that I bought.. only RM17

The sale! 

Yes, the books are cheaper..

They organized this event every year..

I will let you know if they organized this event again.. hehe..

till then,
love love..

Friday, April 4, 2014

Beli buku dengan BB1M di MPH

Assalamualaikum,

Minggu ni agak sibuk tapi tak macam yang lepas-lepas.. minggu depan dah sibuk semula, jadi bolehlah berblog sekejap.. hehe.. 
Memandangkan kami suami isteri adalah pelajar, tahun ni kami dapat lagi baucer buku 1 Malaysia (BB1M). RM500 untuk beli buku.. hehe.. yelah seorang dapat RM250. Dan saya yang sememangnya hantu buku ni mengambil kesempatan untuk beli buku yang mahal-mahal dengan BB1M tu...
Setakat ni kami baru guna RM200.. Bakinya nak simpan untuk Pesta Buku Antarabangsa KL yang akan bermula 24 April 2014 nanti.........
Oh ya, minggu lepas kami ke MPH SACC Mall Shah Alam.. saja nak melepaskan tekanan dengan membeli-belah sebab dah 2 minggu berturut-turut kena pergi seminar masa hujung minggu dan tak sempat shopping.. kira balas dendam la juga...



Di MPH, kami guna RM150 dan dapat baucer lagi..macam-macam ada kat dalam baucer MPH tu tapi yang paling best adalah baucer KFC dan Domino's.. Hehe.. Nampak tak booklet merah kat atas tu.. tulah baucernya.. :-)
Lepas tu kami guna lagi RM50 untuk beli hadiah hari lahir adik saya di kedai buku Keliki Tesco Puncak Alam.. jadi, habislah RM200 BB1M kami... harapnya sempat bertahan sampai PBAKL2014 nanti..

till then,
love love..

Wednesday, April 2, 2014

Telekung Siti Khadijah KLASIK

Assalamualaikum,

Hari ini kita bersiaran semula.. Alhamdulillah, Sabtu lepas dapat juga beli satu barang yang diidam-idamkan sangat ni.. dah lama nak beli tapi baru sekarang dapat.. Alhamdulillah..


Tadaaaaaaa!!! Telekung Siti Khadijah.. walaupun dapat beli jenis yang paling murah... hehehe.. tapi puas hatilah juga sebab sangat sedap dipakai.. telekung ni jenis KLASIK dan tanpa kain.. nasib baik ada beli kain sembahyang masa pergi Terengganu hari tu kat Noor Arfa Batik.. jadi tak kisahlah.. hehe.. harga Telekung Siti Khadijah KLASIK ni RM110.. Masa beli hari tu ada diskaun 10%.. dapatlah RM99.. Oh ya... saya beli di cawangan Shah Alam dan dapat Gift Voucher 5% off untuk pembelian seterusnya
(Terima kasih En Salleh sebab belikan.. hehehe...)
Kalau nak beli online pun boleh.. sila lawat http://www.sitikhadijah.com/.

p/s: HUJAN di Puncak Alam... Alhamdulillah...

till then,
love love

Tuesday, February 18, 2014

Membeli-belah di Karnival Karangkraf 2014

Assalamualaikum,

8 Februari lepas, kami sempat ke Karnival Karangkraf.. kami pergi awal pagi sebab takut buku yang nak dibeli habis stok.. terutamanya buku Cerita Cinta Ahmad Ammar yang memang sangat laris (dengarnya memang dah tak ada stok sekarang, sedang buat cetakan semula..).. dan lagi satu tentulah Sunan (Ramlee Awang Murshid).. memang fresh from the oven.. Alhamdulillah dapat beli apa yang dihajati..

buku dan majalah

Al-Quran (set ni harganya RM48)

free gift



till then,
love love..

Monday, February 17, 2014

Noor Arfa Batik, Kuala Terengganu

Assalamualaikum,

Ok. Hari terakhir di Kuala Terengganu.. Lepas je sarapan pagi di hotel, kami pun pergi beli barang yang belum sempat dibeli.. antaranya tudung..hehe.. tudung saya beli di bahagian atas stesen bas KT.. (maaf, tak ada gambar)..
Lepas tu, kemas-kemas barang dan check-out..
Sebelum pulang, kami singgah di Noor Arfa Craft Complex.. Ada sale.. hehe.. belilah beberapa helai kain untuk family..





Sempat juga jadi ahli sebab ada promosi.. dapatlah diskaun lebih sikit..





Ni sajalah yang sempat dicapai.. nak beli lebih..bajet dah lari.. hehe...





Ok, nantikan post terakhir sebentar lagi...

till then,
love love..

Friday, February 14, 2014

Makanan yang dibawa pulang dari Kuala Terengganu..

Assalamualaikum,

Setelah puas berjalan di Taman Tamadun Islam, tibalah masa untuk membeli-belah.. Yang wajib tentunya keropok.. Kami singgah di Losong dan Pasar Besar Kedai Payang untuk shopping! (the best part of the trip.. haha!).

Keropok-keropok..


Total: RM49 (pek kecil RM2 (X5), pek besar RM13 (X3)

RM10 (Beli di Pasar Payang)

Beras dan rempah untuk nasi dagang..

Total : RM21


Serunding dan opak ubi..

Total: RM21


Keropok lekor..



Total RM23 : RM5 per pack (X4) , sos RM3



Yang ni keropok lekor yang sedang digoreng oleh saya.. (goreng masa dah balik ke Puncak Alam, jangan nanti ada yang tanya... 'goreng keropok kat hotel ke?'.. hehehhe)..



Ok, nantikan sambungan cuti-cuti KT dalam masa terdekat...

till then,
love love..

Monday, December 30, 2013

Hadiah daripada Sunway Pyramid

Assalamualaikum,

Sebelum nak cerita hadiah yang kami dapat daripada Sunway Pyramid kerana 'berbelanja sakan' semalam (syukur Alhamdulillah kerana diberi kesempatan untuk merasai rezeki ini), saya nak ucapkan terima kasih kepada papa dan suami saya kerana telah sudi menaja laptop baru saya.. (sila tengok gambar).. harap laptop ni dapat membantu usaha saya untuk melalui pengajian yang baru bermula ini dan seterusnya tamat dengan jayanya.. (semoga ilmu yang diperoleh dapat memberi manfaat.. aamin..).. Terima kasih, papa dan En Salleh.. :-) 

Kami pilih Toshiba..

Bercakap tentang tajuk post ni.. hehe.. Alhamdulillah kami nampak beberapa poster di Sunway Pyramid yang mengatakan kami boleh menuntut beberapa hadiah jika berbelanja dalam jumlah tertentu.. Dah gayanya beli laptop, jadi bolehlah menuntut hadiah yang dijanjikan...

Jadi, hadiah pertama ialah..jeng..jeng..jeng..

Sunway Pyramid Preferred Parking Touch n Go Card + RM10 inside

Hadiah kedua yang kami dapat ialah...

Calligraphy set

Rasa macam Harry Potter pula bila guna pen ni..

Yang ketiga, dan yang paling best...

Tiket ke Snow White and the Seven Dwarfs Musical!
Nak tengok gambar-gambar di Amphitheatre Sunway Lagoon? Tunggu ye.. (tapi gambar-gambarnya taklah jelas sangat sebab gelap dan kamera kami bukanlah kamera yang canggih, tapi nanti saya post juga ye, nak berkongsi..)

till then,
love love..

Monday, November 18, 2013

Happy 3rd anniversary to us! Part 2

Assalamualaikum,

Inilah kerja kami lepas makan malam di Nando's.. Jalan-jalan di IKEA saja.. Tujuan utama nak beli lampu.. hehe.. Layankan gambar-gambar ni, ya.. Tak ada idea nak mengaranglah hari ni....





En Salleh memilih lampu

Rasa nak beli pokok-pokok comel ni..

Dah membeli-belah, kita makan ais krim pula


Hasil tangkapan di IKEA

Keesokan harinya, kami ke Shah Alam.. mana lagi yang best untuk dituju selain daripada Karangkraf Mall.. hehe.. Macam biasalah, kami beli Majalah RASA dan LIBUR..






That's our style in celebrating our wedding anniversary.. :-)

till then,
love love..