Showing posts with label LUNCH. Show all posts
Showing posts with label LUNCH. Show all posts

Sunday, December 30, 2018

Seafood Spread at Ombak Kitchen Shah Alam

Assalamualaikum,

Memandangkan sedang mengandung anak ketiga, maka banyaklah makanan teringin nak makan. Setakat ni semua boleh telan kecuali nasi arab. Hari tu duk tengok seafood kat Ombak Kitchen ni,. lama-lama jadi teringin la kan.. so masa cuti Deepavali tu, pujuk jugala husband pegi.
Hihi....sedap memangla sedap tapi susah nak fokus makan bila si double Aisyah tu buat hal.. haha. Dengan nasi berterabur, dengan nyanyi2.. nasib tak ramai sgt orang masa tu.. segan mama papa tau.
Ok, Ombak Kitchen ni best sangat tau sebab very cosy, bersih dan yang penting servis bagus.
Sebenarnya, niat utama nak pergi sebab nak survey restoran ni, In shaa Allah nanti nak bawa satu family makan kat sini. SEDAP KE? Mestilah!!
Jom tengok menu.












Kenyang tau! Hihi..mana taknya sebab kena habiskan nasi anak-anak sekali..diorang kalau dah dapat aiskrim..memang lupa makanan lain.. lagi pulak si kakak tu tak makan seafood.
Maka, marilah kita tubuhkan satu tabung utk repeat makan kat sini lagi. Hehe.

Korang try la pulak

5.G.01, D'Vida Business Centre, Jalan Bazar U8/101, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

Till then,
love love!

Tuesday, November 17, 2015

Makan di Nando's AEON Mall, Rawang

Assalamualaikum,

Hujung minggu lepas, sempat curi masa pergi makan di Nando's. Lama dah tak makan sejak si kecil molek tu lahir.. hehe..
Kami suka makan kat Nando's ni sebab sos-sosnya yang sedap.. walaupun kami tak makan pedas tapi perapan lemon herb tu memang kami suka. hehe..
Dan lagi satu, Nando's ni ada apps yang membolehkan kita kumpul 'cili'.. macam kumpul point tu.. kalau dapat cukupkan cili-cili yang dikehendaki..dapatlah redeem ayam.. hehe..
Boleh cari kat Play Store ye..




till then,
love love

Thursday, April 30, 2015

Mee Tarik Warisan Asli Shah Alam

Assalamualaikum,

Emm.. tak kena sangat dengan tekak kami.. tak tahulah kenapa.. mee tarik ni macam susah sikit nak dikunyah.. terasa kenyal sangat.. hehe.. tapi.. bolehlah kalau anda nak cuba...lain orang, lain selera kan.. hehe.. layankan gambar di bawah ye..












till then,
love love..

Rakshee!!!

Assalamualaikum,

Highly recommended! Hehe.. meatballs yang sangat sedap.. sup bakso (RM1.90 only) best sangat (tak cukup semangkuk..).. kami juga makan baked pasta marinara dan pasta carbonara.. memang tersangatlah sedap.. servis pula layan diri... oklah.. cepat juga makanan siap.. 
Nak cuba? Rakshee is at Jalan PJU 5/20A Kota Damansara.. go go go!


teh botol dan plain water berlatarkan aisyah raniya.. hehe..

saya makan marinara dan en salleh makan carbonara.. dalam mangkuk tu sup bakso..

till then,
love love.

Thursday, September 4, 2014

Nasi Ayam Taugeh Bandar Puncak Alam

Assalamualaikum,

Susah nak cari kedai makan atau restoran yang hidangkan nasi ayam yang sedap.. tapi Nasi Ayam Taugeh ni memang sedap.. kena la juga dengan tekak saya.. (orang lain saya tak tahu.. hehe)..
Restoran ni baru je dibuka di Bandar Puncak Alam, Selangor.. oh ya, tuan punya restoran ni ialah kartunis Taugeh.. Saya suka nasi ayam cendawan.. kat tempat lain susah nak dapat.. en Salleh makan nasi ayam taugeh (nasi ayam biasa).. ada juga menu lain.. tengok gambar ye..












till then,
love love...

Friday, August 15, 2014

Sedapnya bebola daging Meatball Station, Plaza Shah Alam..

Assalamualaikum,

Minggu lepas, kami makan di Meatball Station Plaza Shah Alam (LG Floor).. dah lama tak makan di situ, jadi saya pun ajak suami pergi sebab teringin sangat-sangat.. (sekarang pun teringin..hehe.. En Salleh, jom pergi lagi esok...)..
Mushroom sauce nya sangatlah sedap..hehe.. bebola daging pun sangat lazat.. jom tengok gambar..



Lima ketul bebola daging dan kentang (RM5)

Garlic bread and mushroom sauce (RM5)

till then,
love love

Thursday, May 29, 2014

Makan di Al-Rawsha lagi!

Assalamualaikum,

Lepas pergi Pameran Herba Malaysia di PWTC, kami ke Al-Rawsha untuk makan tengah hari.. dalam perjalanan ke situ dah terbayang-bayang my favourite kebab sandwich bersama mayonisnya yang sangat sedap itu... En Salleh tiba-tiba nak cuba makan Mansaf..jadi dia pun pesan Jordan Mansaf..





Aaaa.. kebab yang sedap dan mayonisnya yang lazat.. (berebut mayo dgn En Salleh..hmm)

Inilah Jordan Mansaf..

Cak!! Di dalam ada kambing, nasi.. kambing disiram dengan yogurt..

Emm..oklah rasa Mansaf ni tapi muak sikit sebab yogurt tu.. tak ada pula sambal tomato tu.. kalau ada mungkin lagi ok..

tu je nak cakap.. hehe..

till then,
love love..

Tuesday, April 22, 2014

Taste of Italy by Pizza Hut

Assalamualaikum,

Hujung minggu lepas sebelum balik Serendah, kami singgah Rawang. Hajatnya nak beli susu kambing Nubian tapi tak ada stok pula.. kecewa sangat.. memandangkan kami belum makan tengah hari, singgahlah ke Pizza Hut.. nak cuba pizza baru..


Jadi, kami pesan Signature Course.. ada pizza, brushetta, pasta dan air..




Kami makan Romano Chicken.. sedap juga.. pizzanya tak bulat macam biasa.. segi empat  bentuknya.. En Salleh makan pasta garlic cream.. mulanya En Salleh nak makan pasta yang ada pesto sauce tapi waiter tu cakap ramai customer tak habis makan kalau order menu tu.. herba dalam sos tu kuat sangat.. pizza yang jenis florentine tu pun sama..






till then,
love love..