Showing posts with label RAMADAN. Show all posts
Showing posts with label RAMADAN. Show all posts

Friday, August 1, 2014

Makan malam di Wadihana Islamic Steakhouse, Bangi

Assalamualaikum,

Sebelum balik kampung untuk beraya minggu lepas, kami pergi Bangi untuk cari baju raya. Alang-alang dah sampai situ, makanlah sekali.. hehe..



Minum air kosong je pun.. hehe..

En Salleh makan lamb shoulder and mushroom sauce..

Pizza capriciossa.. 

Boleh tahan jugalah rasa makanannya.. mungkin sebab lapar.. hehe.. harga tak berapa ingatlah.. resit pun entah ke mana.. lamb shoulder tu lebih kurang RM20 la.. pizza pula rasanya RM16.. tapi nak tunggu pizza tu sampai.. bukan main lama.. sampai En Salleh dah nak habis makan lamb dia barulah pizza tu tiba... huhu.. 


oklah..till then, 
love love..

Friday, July 18, 2014

Makan di Bawal Power

Assalamualaikum,

2 hari lepas, En Salleh teringin nak makan di Bawal Power.. dah lama juga kami tak ke situ.. jadi, gagahkan diri juga untuk pergi walaupun penat.. hehe.. tapi, medan selera Tanjung Village Damansara ni dah sunyi.. tak macam dulu.. nasib baik Bawal Power ni wujud lagi.. taklah En Salleh kempunan.. hehe.. Menunya biasa je tapi ikan bawal goreng dan karinya tu yang sangat sedap..



ni lah kari yang sedap tu...




ikan bawal goreng yang rangup..

oklah..sekian.. hehe..

till then,
love love..

Wednesday, July 9, 2014

Agar-agar air tangan En Salleh..

Assalamualaikum,

Dengan bangganya mempersembahkan agar-agar sirap dan oren buatan En Salleh.. hehe.. nasib baik tak buat agar-agar pandan.. kalau tak boleh bagi nama agar-agar lampu isyarat.... haha... sedap tau tapi kurang gula.. hihi...


till then,
love love...

Monday, July 7, 2014

7 tambah 7 jadi 14..

Assalamualaikum..

Cantik tarikh hari.. 7/7/14.. Hehehe.. Selamat hari Isnin semua dan selamat menjalani ibadah puasa.. semoga kesihatan kita dipelihara oleh Allah dan diberi kekuatan untuk menunaikan ibadah..amin..

till then,
love love..

Thursday, July 3, 2014

Bayaran Zakat Fitrah Negeri Selangor 1435H

Assalamualaikum,

Alhamdulillah.. kami dah tunaikan zakat fitrah untuk tahun ni..

RM7 seorang

Kemudahan pembayaran zakat

Jangan lupa bayar zakat ye...

till then,
love love...

Wednesday, July 2, 2014

Gas habis waktu sahur... huhu..

Assalamualaikum,

Sedih rasa pagi tadi.. dah panaskan minyak untuk goreng telur..tiba-tiba api padam...oh no! gas habis.. huarghhh... mana ada orang nak hantar gas pukul 4.45 pagi!! (kalau ada, tolong bagitau ye... haha).. kenapalah tak bagi warning malam tadi.. semalam masak macam ok je...tak ada pun tanda-tanda nak habis.. (ke saya yang tak perasan..entahlah...)..

Kempunan pulak rasa nak makan telur mata dengan kicap pagi tadi.. sudahnya makan roti je..

Nak makan apa untuk berbuka ni pun masih dalam dilema sebab tak beli gas lagi.. terfikir juga, ada ke orang nak hantar gas dekat-dekat waktu berbuka ni... huhu...

Oklah..sekian..

till then,
love love..