Friday, November 15, 2013

3 tahun yang lalu...

Assalamualaikum,

Waktu dan hari yang sama, 3 tahun yang lalu, saya sedang bersiap sedia untuk majlis pernikahan kami.. :-).
Rasa gembira yang tak dapat digambarkan... Walaupun ada kekurangan di sana sini tapi Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar.. Pada jam 10 pagi 11 Muharam 1432H kami selamat diijab kabulkan. Syukur Alhamdulillah.. Semoga hidup kami diberkati Allah dan kekal hingga ke syurga.. aamin..

Thank you, Mohd Salleh Rofiee for this lovely 3 years of marriage..

Happy 3rd anniversary to us..

till then,
love love.

Thursday, November 14, 2013

UPSR 2013 catat keputusan terbaik

Sumber: Sinar Harian

PUTRAJAYA - Pencapaian keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun, kata Ketua Pengarah Pendidikan Tan Sri Abd Ghafar Mahmud hari ini.

Beliau berkata seramai 466,167 calon menduduki UPSR pada tahun ini dan pencapaian keseluruhan telah meningkat sebanyak 0.04 mata Gred Purata Nasional (GPN).

"Ini merupakan keputusan UPSR terbaik dalam tempoh empat tahun iaitu sejak tahun 2010 di mana GNP telah meningkat dari 2.31 mata pada tahun 2010 kepada 2.30 mata (2011), 2.31 mata (2012) dan 2.27 mata pada tahun ini. (Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian lebih baik).

"Ini satu pencapaian yang membanggakan. Saya mengucapkan tahniah kepada semua guru dan pelajar yang telah menunjukkan prestasi yang baik pada tahun ini," katanya ketika mengumumkan analisis keputusan UPSR di sini hari ini.

Abd Ghafar berkata seramai 42,646 calon UPSR tahun ini  berjaya memperoleh semua A dalam semua mata pelajaran, peningkatan sebanyak 0.21 peratus berbanding tahun lalu.

Abd Ghafar berkata prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu (BM) di Sekolah Kebangsaan (SK) meningkat iaitu sebanyak 0.17 mata Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) bagi BM Pemahaman dan 0.03 mata GPMP bagi BM Penulisan berbanding tahun lepas.

Selain itu, beliau berkata mata pelajaran BM di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) turut menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 0.14 mata GPMP (BM Pemahaman) dan 0.19 mata GPMP (BM Penulisan) berbanding tahun lepas.

"Prestasi yang baik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu telah menyumbang kepada pencapaian keseluruhan UPSR yang baik pada tahun ini," katanya.

Bagi Bahasa Inggeris (BI) di SK, Abd Ghafar berkata prestasi keseluruhan menurun sebanyak 0.06 mata GPMP berbanding tahun lepas, dengan peratusan calon mendapat Gred A menurun sebanyak 0.2 peratus, Gred ABC menurun sebanyak 2.9 peratus manakala Gred D dan Gred E pula meningkat sebanyak 3.0 peratus berbanding tahun lepas.

Di SJK, katanya prestasi keseluruhan BI meningkat sebanyak 0.12 mata GPMP dan peratusan calon mendapat Gred A dan Gred A,B dan C turut meningkat sebanyak 4.2 peratus dan 2.1 peratus,  Gred D meningkat 1.0 peratus dan peratusan calon memperoleh Gred E menurun sebanyak 3.0 peratus berbanding tahun lepas.

p/s: Tahniah kepada semua.. bukan keputusan cemerlang yang menjadi kayu ukur keseluruhan pencapaian akademik, tapi yang penting ilmu yang diperoleh dan dimanfaatkan.. (dulu pernah sedih sebab tak dapat 5A dalam UPSR, tapi Alhamdulillah kini dapat belajar hingga ke peringkat pascasiswazah).. 

till then,
love love..

Positive

Assalamualaikum,

POSITIVE. 

A simple word but yet so hard to implement. I admit myself that I'm not a positive person (and also very sensitive), and I'm trying so hard to be one. I always remind myself not to think negatively about something that's bothering me. Maybe it's because I've trained myself to prepare for the worse in every situations I've encountered. But I know that it makes me so called a paranoid person. 

That's why I always read motivational books especially Islamic books to make myself a better person. Even though it is hard to follow, but I will try. I just need some encouragements and supports from the people that I loved so much.

Right now, I have some big things to accomplish and  I'm also dealing with pressure from the people around me at the same time.  I don't know whether I could meet all the expectations. I feel so stressed and exhausted and my body is aching too. I'm also fighting with the negative-thinking me. Please pray for me, dear friends..

till then,
love love..


Wednesday, November 13, 2013

Terima kasih Myra Jay!

Assalamualaikum,

Alhamdulillah.. akhirnya yang ditunggu telah tiba.. Terima kasih MJ (http://normj1001.blogspot.com/) atas hadiah ini.. Harap lain kali saya dapat menang hadiah yang lagi best.. hehe.. Semoga MJ akan selalu dimurahkan rezeki, sihat dan bahagia dunia akhirat.. Aamin..


till then,
love love..

Tuesday, November 12, 2013

Restoran Tupai-Tupai Shah Alam

Assalamualaikum,

Secara tak sengaja, kami terjumpa restoran Tupai-Tupai ni semasa sedang ronda-ronda cari tempat makan di Seksyen 13 Shah Alam.. 
Antara menu yang ditawarkan adalah buffet steamboat, western food, masakan cina dan melayu. Restoran ni berkonsep terbuka dan santai.. Jom tengok gambar..





Pilihan untuk steamboat..



Menu-menu lain...




Apa yang kami makan?

Nasi goreng ikan masin (tak ingat harga)

Grilled chicken RM16.80


Harga makanan agak mahal tapi sedap.. Oklah kan.. oh ya, harga steamboat tu dewasa, RM29 dan kanak-kanak RM15.. In sha Allah kalau ada rezeki, nak cuba steamboat pula..

Kalau nak cuba makanan di Tupai-Tupai ni, datanglah ke

Restoran Tupai-Tupai
Seksyen 13 Shah Alam
(berhampiran dengan Acapella Residency dan pejabat NAZA TTDI )

till then,
love love

Monday, November 11, 2013

Tanam pokok getah

Assalamualaikum,

Sabtu lepas, kami sekeluarga ke ladang/kebun getah.. Niat di hati untuk melakukan penanaman semula anak pokok getah yang diberi oleh RISDA.. 700 anak pokok.. diulang.. 700 ye!.. Haha.. akhirnya hanya 22 pokok berjaya ditanam pada hari itu..haha.. Maklumlah, penanaman secara manual.. lambatlah kan.. Lagipun, kami ni bukanlah pekebun atau peladang profesional.. Kerja setiap hari dalam hawa dingin.. mana tahan sangat nak membanting tulang empat kerat ni di bawah terik matahari.. menghayun cangkul yang berat tu pun dah termengah-mengah.. hehe.. Layankan gambar-gambar di bawah ye..


Sebahagian ladang getah ayah saya

Gigih suamiku mengorek lubang hehe..

Majlis perasmian.. anak pokok pertama ditanam oleh nenek saya

Papa dan nenek

dah tanam

banyak lagi yang perlu ditanam

Anak pokok pertama yang ditanam oleh suami saya.. hehe..

Biji getah (bagi yang tak tahu.. haha)


Usaha akan diteruskan, in sha Allah.. Harap anak pokok getah yang kami tanam hari tu membesar dengan baik.. amin... (Lepas ni kena kuatkan mental dan fizikal untuk terus tanam baki anak pokok yang tinggal.. hehe)..

till then,
love love..

Friday, November 8, 2013

Taufan Haiyan yang terkuat di dunia landa Filipina

SUMBER: Berita Harian

IMEJ diambil oleh Agensi Meteorologi Jepun (MTSAT) menunjukkan Taufan Haiyan yang turut membawa puting beliung terkuat di dunia tahun ini, mula membadai Filipina, awal pagi ini dengan kelajuan angin sehingga 275 kilometer sejam. Pihak berkuasa mengarahkan pengangkutan udara dan laut menangguhkan semua operasi hari ini. - Foto AFP

KEADAAN jalan raya di bandar Tacloban, daerah Leyte, Filipina dipenuhi serpihan kayu dan sampah terapung berikutan banjir berpunca Taufan Haiyan yang mula membadai negara itu hari ini. - Foto REUTERS


MANILA: Taufan Haiyan yang turut membawa puting beliung terkuat di dunia tahun ini, mula membadai Filipina awal pagi ini dengan kelajuan angin sehingga 275 kilometer sejam, demikian menurut agensi perkhidmatan kaji cuaca.

Haiyan yang bermula di Pulau Samar, kira-kira 600 kilometer di barat daya Manila, membadai di pesisir pantai Guiuan jam 4.40 pagi tadi waktu tempatan, demikian menurut pegawai kaji cuaca Romeo Cajulis.
Presiden Benigno Aquino semalam memberi amaran kepada penduduk agar membuat segala persiapan untuk menghadapi Taufan Haiyan yang kelajuan anginnya boleh mencecah sehingga 380 kilometer sejam apabila membadai Filipina.


“Kepada pegawai tempatan, wilayah anda akan berdepan bencana yang serius. Sama-samalah kita menghadapinya dan memberi bantuan sedaya upaya sementara Haiyan belum membadai," katamya dalam pengumuman di stesen televisyen.

“Kita cuba mengharungi kesan taufan ini sekecil mungkin dengan sikap tolong menolong. Marilah kita bertenang terutama dalam kita berpindah dan membawa keperluan kita ke tempat selamat," katanya.

Aquino juga memberi amaran jangkaan rebut berkenaan turut membawa banjir besar dan memusnahkan harta benda terutama di sebelah pantai dengan ombak boleh menjangkau setinggi enam meter atau 20 kaki.

Lebih 125,000 penduduk di kawasan berisiko sudah dipindahkan sebelum Haiyan melanda, demikian menurut pegawai pertahanan awam Filipina.
Pihak berkuasa berkata sekolah di kawasan yang bakal dilanda taufan sudah diarah tutup, manakala perkhidmatan feri dan nelayan diarah menyelamatkan bot mereka atau balik ke pantai.

Di ibu negara Manila, yang dijangka tidak mendapat kesan langsung dari taufan berkenaan bagaimanapun menyaksikan banyak sekolah ditutup hari ini.

Syarikat penerbangan seperti Philippine Airlines, Cebu Pacific dan beberapa syarikat penerbangan lain mengumumkan penggantungan ratusan penerbangan yang kebanyakannya domestic dan beberapa penerbangan antarabangsa. - AFP 
 
Ya Allah, jauhkanlah kami dari bencana ini..