Thursday, February 20, 2014

Facebook beli WhatsApp RM52 bilion

Sumber: Sinar Harian

MENLO PARK - CALIFORNIA. Facebook telah membeli aplikasi WhatsApp dengan nilai RM52.71 bilion ($16 bilion).

Ia termasuk RM13 bilion ($4 bilion) tunai dan kira-kira RM39 bilion ($12 bilion) saham Facebook.

Perjanjian dibuat termasuk menyediakan tambahan ($3 bilion) di unit saham terhad sebagai jaminan kepada pengasas dan kakitangan WhatsApp yang akan diberikan tempoh lebih empat tahun untuk penutupan, kata Facebook dalam satu kenyataan medianya.

WhatsApp telah menguasai perkhidmatan pesanan mobil dengan lebih 450 juta penggunaan setiap bulan.

Pengambilalihan ini berkongsi misi untuk membawa lebih sambungan dan utiliti kepada dunia dengan menyampaikan perkhidmatan internet teras dengan cekap dan mampu milik.

"WhatsApp dalam rangka untuk menyambungkan 1 bilion orang. Perkhidmatan yang mencapai kejayaan yang sangat berharga.

"Saya telah mengenali Jan (Jan Koum) sejak dulu dan saya teruja untuk bekerjasama dengan beliau serta pasukannya bagi membuka dunia lebih luas," kata pengasas Facebook, Mark Zuckerberg.

Pengasas WhatsApp, Jan Koum berkata, pihaknya juga berbesar hati dapat bekerjasama dengan Mark dan Facebook.


p/s: saya tak ada WhatsApp..

Tuesday, February 18, 2014

Membeli-belah di Karnival Karangkraf 2014

Assalamualaikum,

8 Februari lepas, kami sempat ke Karnival Karangkraf.. kami pergi awal pagi sebab takut buku yang nak dibeli habis stok.. terutamanya buku Cerita Cinta Ahmad Ammar yang memang sangat laris (dengarnya memang dah tak ada stok sekarang, sedang buat cetakan semula..).. dan lagi satu tentulah Sunan (Ramlee Awang Murshid).. memang fresh from the oven.. Alhamdulillah dapat beli apa yang dihajati..

buku dan majalah

Al-Quran (set ni harganya RM48)

free gift



till then,
love love..

Monday, February 17, 2014

Pizza Hut New Year Big Box

Assalamualaikum,

Pertama kali beli Pizza Hut Big Box.. Puas hatilah juga.. Makan dengan En Salleh, papa dan mama.. Kebetulan En Salleh dapat baucer Pizza Hut RM10 hari tu.. Jadi dapatlah beli Big Box ni dengan harga murah sikit... haha..





Huh.. rasa nak makan pizza lagi..

till then,
love love..

Pantai Kelulut dan Pantai Kemasik, Terengganu..

Assalamualaikum,

Untuk mengakhiri post berantai kembara kami ke Terengganu, saya nak belanja anda semua gambar-gambar Pantai Kelulut dan Pantai Kemasik, Terengganu.. ok? Tak nak taip panjang-panjang dah.. mari kita cuci mata..

Pantai Kelulut





Pantai Kemasik..










Alhamdulillah.. habis juga cerita Terengganu ni.. hehe..

till then,
love love

Noor Arfa Batik, Kuala Terengganu

Assalamualaikum,

Ok. Hari terakhir di Kuala Terengganu.. Lepas je sarapan pagi di hotel, kami pun pergi beli barang yang belum sempat dibeli.. antaranya tudung..hehe.. tudung saya beli di bahagian atas stesen bas KT.. (maaf, tak ada gambar)..
Lepas tu, kemas-kemas barang dan check-out..
Sebelum pulang, kami singgah di Noor Arfa Craft Complex.. Ada sale.. hehe.. belilah beberapa helai kain untuk family..





Sempat juga jadi ahli sebab ada promosi.. dapatlah diskaun lebih sikit..





Ni sajalah yang sempat dicapai.. nak beli lebih..bajet dah lari.. hehe...





Ok, nantikan post terakhir sebentar lagi...

till then,
love love..

Friday, February 14, 2014

Kedai roti Abdullah, Kuala Terengganu

Assalamualaikum,

Mungkin ramai yang tak tahu kewujudan kedai roti ni, terutamanya orang luarlah kan...Namanya Kedai Roti Abdullah. Terletak berhampiran dengan Hotel Permai. Dulu selalu menginap di Hotel Permai dan boleh jalan kaki je pergi beli roti kat sini kalau taknak makan nasi.. paling sedap ialah bun sardin.. masih terasa lagi dalam mulut.. haha.. (over..!)


Kedai roti Abdullah

bun sardin yang sedap (kiri), roti manis dan roti kacang merah (tengah), roti ??? (kanan)

roti manis ni en salleh punya (nak tunjuk alamat kedai roti sebenarnya)..

Disebabkan petang tu dah makan ICT, perut pun masih kenyang, kami hanya makan roti saja untuk makan malam dan berehat di bilik hotel. Esoknya dah nak balik dah.. huhu.. (nangis...!)..rasa tak puas lagi berjalan.. banyak lagi tempat yang tak sempat pergi..

Nantikan sambungan.. hari terakhir kami di KT..

till then,
love love

ICT: Makanan yang perlu dimakan jika ke Kuala Terengganu..

Assalamualaikum,

Selain keropok lekor, ikan celup tepung (ICT) juga merupakan antara makanan yang popular di Kuala Terengganu.. Tepat jam 4 petang kami tiba di Pantai Teluk Ketapang, berhampiran dengan Lapangan Terbang Kuala Terengganu.. Wah, ramainya orang! Dulu taklah ramai macam ni.. Ada banyak gerai yang jual ICT dan En Salleh kata, 'kita makan kat gerai yang paling ramai orang dan meriah'.. hehe.. akibatnya, tak dapat makan ikan kembung celup tepung..yang ada ikan apa entah..ikan kembung sold out.. jadi, kami hanya dapat ikan yang 'tak-tahu-apa-nama', sotong, udang dan cendawan.. konsep layan diri.. kami siap makan dengan nasi putih lagi sebab tengah hari makan sikit je kat TTI. Dari mula makan sampai licin, air pula tak kunjung tiba.. apa lagi, En Salleh pun bangun sendiri pergi ambil air.. betul-betul layan diri ni.. tak boleh nak buat apalah sebab terlalu ramai orang.. hehe.. Alhamdulillah, sedap sangat.. lupa pula berapa harga makanan yang kami makan ni.. lebih kurang RM25 kot...


ICT dan kawan-kawannya..

ramai kan?

Oklah.. nanti sambung lagi...

till then,
love love..

Makanan yang dibawa pulang dari Kuala Terengganu..

Assalamualaikum,

Setelah puas berjalan di Taman Tamadun Islam, tibalah masa untuk membeli-belah.. Yang wajib tentunya keropok.. Kami singgah di Losong dan Pasar Besar Kedai Payang untuk shopping! (the best part of the trip.. haha!).

Keropok-keropok..


Total: RM49 (pek kecil RM2 (X5), pek besar RM13 (X3)

RM10 (Beli di Pasar Payang)

Beras dan rempah untuk nasi dagang..

Total : RM21


Serunding dan opak ubi..

Total: RM21


Keropok lekor..



Total RM23 : RM5 per pack (X4) , sos RM3



Yang ni keropok lekor yang sedang digoreng oleh saya.. (goreng masa dah balik ke Puncak Alam, jangan nanti ada yang tanya... 'goreng keropok kat hotel ke?'.. hehehhe)..



Ok, nantikan sambungan cuti-cuti KT dalam masa terdekat...

till then,
love love..

Menikmati keindahan Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu (Part 2)

Assalamualaikum,

Salam Jumaat untuk semua.. Ok, mari kita sambung episod jalan-jalan di Taman Tamadun Islam. Setelah puas berjalan, tibalah masa untuk keluar..tapi sebelum tu, wajiblah beli cenderahati..hehe.. Yang wajib semestinya magnet peti sejuk.. hehe..





Lepas keluar dari Taman Monumen, perut pun dah lapar.. Kami pun makan di Beteng (ada baucer RM4 untuk makan).. Saya tak rasa nak makan nasi.. makan pie saja.. En Salleh makan nasi dagang.. Tapi harga makanan di sini agak mahal..




Lepas makan, kami jalan-jalan di kawasan sekitar.. Ada TTI River Cruise.. kami tak naik pun sebab ramai sangat orang.. mungkin lain kali kalau ada rezeki.. :-)





Gambar yang wajib diambil di Taman Tamadun Islam sudah semestinya Masjid Kristal..





Alhamdulillah..seronok dapat jalan-jalan kat sini..
Ok, nanti saya sambung lagi..

till then,
love love..