Thursday, January 30, 2014

Bonus Tabung Haji 2013

Assalamualaikum,

Alhamdulillah.. Baru saja diumumkan bonus Tabung Haji bagi tahun 2013.. Alhamdulillah.. :-)

Contoh pengiraan (saya salin dari  FB Lembaga Tabung Haji) :

Pengiraan Bonus TH 2013:

a) BONUS TAHUNAN TH (6.0%)
Baki purata minima bulanan akaun TH (Jan-Dis 2013)/12 bulan ) x 6.0%

b) BONUS HAJI (2.0% - Terhad kepada akaun pendeposit yang belum menunaikan haji)

- Akaun simpanan yang baki purata minima bulanan kurang dari bayaran Haji (RM9,980)

Kiraan : Baki purata minima bulanan (Jan-Dis 2013) / 12 bulan) x 2.0%

- Akaun simpanan yang baki purata minima bulanan melebihi bayaran haji (RM9,980)

Kiraan: RM9,980 x 2.0%



Wednesday, January 29, 2014

Hari Hijab Sedunia Sabtu ini (1 Februari)

Sumber: Sinar Harian


PEMAKAIAN hijab atau tudung mula mendapat perhatian seluruh dunia tanpa mengira agama dan bangsa apabila satu kempen memakai hijab dianjurkan di seluruh dunia buat kali kedua.

Kempen ini memberi ruang kepada wanita bukan Islam untuk mencuba memakai tudung seperti wanita Islam selain mencipta kesedaran terhadap masyarakat seluruh dunia.

Ilmuan Islam dari Zimbabwe, Mufti Ismail Menk melihat kempen itu mampu memberikan kesedaran yang diperlukan dalam masyarakat demokratik tentang asas hak dan mendidik masyarakat tentang asal serta sebab berhijab ekoran beberapa negara telah mengharamkan pemakaian hijab.

Menurut laporan BBC, seorang pelajar dari Norwich di United Kingdom, Jess Rhodes, 21 akui telah berhasrat untuk mencuba tudung tetapi masyarakat bukan Islam tidak melihat itu sebagai satu pilihan.

Lalu, apabila dia ditawarkan untuk memakainya oleh seorang kawan, Jess tidak melepaskan peluang.

“Dia jamin bahawa saya tak perlu menjadi Muslim dan ia hanya satu penghormatan. Walaupun jelas tudung dikaitkan dengan Islam, tapi saya fikir kenapa tidak (mencuba)?,” katanya.

Ibu bapa Jess ragu-ragu dengan keputusan anaknya itu kerana bimbang diserang di jalanan.

Jess adalah salah seorang daripada ratusan wanita bukan Islam yang bakal memakai tudung sebagai sebahagian daripada ulang tahun Hari Hijab Sedunia yang pertama, Sabtu ini.

Melalui satu artikel yang dikongsi Chelsea Dusenbury, melalui Hari Hijab Sedunia pertama, tahun lalu, dia menyedari soal diskriminasi yang dirasai oleh wanita Muslim di negaranya.

“1 Februari 2013, saya menyertai Hari Hijab Sedunia yang pertama, ketika itu hari Jumaat. Saya menaiki pengangkutan awam untuk ke kelas. Sementara menanti, saya memasuki sebuah restoran makanan segera yang popular kerana cuaca terlalu sejuk.

“Tak sampai dua minit saya duduk, pekerjanya mendekati saya dan tidak mengucapkan helo sebaliknya, ‘maaf puan, tapi anda tidak boleh duduk di sini melainkan anda merancang untuk membeli,” ceritanya.

Sedangkan menurut Chelsea, setiap pagi dirinya akan memasuki restoran itu sementara menanti ketibaan pengangkutan awam untuk ke universiti dan tidak pernah diminta keluar.

Chelsea sempat berpesan kepada wanita bukan Islam yang mahu menyertai kempen itu agar menjaga tatasusila ketika memakai tudung kerana ketika bertudung, mereka menggambarkan wanita Muslim.

“Anda mungkin akan kelihatan sebagai Muslim, jadi pastikan anda tidak melakukan apa-apa yang menggambarkan Muslim atau Islam secara negatif.

“Bawa diri anda dengan kemuliaan dan maruah anda serta kakak atau adik anda. Pada penghujung hari, anda rasakan pengalaman anda. Biarkan pengalaman itu menjadi kesan kepada pemikiran dan perspektif anda,” katanya.

Melalui sebuah akaun Facebook ‘World Hijab Day’ juga, wanita-wanita dari seluruh dunia berkongsi pengalaman mereka ketika pertama kali memakai tudung.

Pelbagai kisah menarik hasil perkongsian itu termasuk sebahagian besar mereka merasakan dihormati dan tenang selepas mengenakan hijab.

Mrs Universe 2013, Carol Lee turut menyokong kempen itu dengan memakai hijab dengan berharap wanita tidak akan didiskriminasi ketika memakai tudung.

“Wanita tak sepatutnya dikritik atau dianggap berbeza hanya kerana mereka memilih untuk memakai hijab. Orang dari kepercayaan lain patut belajar untuk menghormati itu,” katanya yang dipetik dari laman Facebook Hari Hijab Sedunia.

Setakat hari ini, akaun Facebook itu sudah mendapat 68,453 ‘likes’ dan hampir 1,000 pemilik akaun Facebook bersetuju untuk menyertai kempen tersebut.

Kempen itu hasil ilham wanita New York bernama Nazma Khan yang berhijrah dari Bangladesh ke New York sejak berusia 11 tahun.

“Membesar di kota New York, saya berdepan pengalaman yang sukar ekoran memakai hijab.

“Di sekolah menengah, saya (digelar) Batman atau ninja,” katanya.

Bercerita tentang pengalamannya selepas kejadian 11 September, Nazma akui pernah dipanggil Osama bin Laden atau pengganas.

“Apabila saya masuk kolej selepas kejadian 11 September, mereka panggil saya Osama bin Laden atau pengganas. Ia menyakitkan.

“Akhirnya, saya berpendapat satu-satunya jalan untuk mengakhiri diskriminasi ini adalah dengan mengajak wanita lain untuk merasai pengalaman berhijab.

Tidak menyangka ideanya itu mendapat sokongan dari seluruh dunia, Nazma dihubungi oleh rakyat dari pelbagai negara termasuk UK, Australia, Perancis dan Jerman.

Gangguan sementara khidmat CIMB 31 Jan-3 Feb 2014

Sumber: Sinar Harian/Bernama

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan perbankan CIMB akan terganggu sementara dari 11.45 malam 31 Januari hingga 6 pagi 3 Feb, berikutan usaha naik taraf sistem berjadual.
  
Menurut laman web CIMB Click hari ini gangguan itu melibatkan cawangan-cawangan dan pusat perkhidmatan CIMB Bank dan CIMB Islamic, serta mesin teller automated (ATM), mesin deposit tunai, mesin deposit cek dan dispenser mata wang asing.
  
Gangguan itu turut menjejas transaksi kad debit CIMB, perbankan online, perbankan mobile dan perbankan fon layan diri.
  
Pelanggan CIMB dinasihatkan supaya membuat perubahan perlu pada tarikh transaksi berjadual jika mereka memerlukan bayaran atau pemindahan diproses lebih awal. 
  
"Jika anda mempunyai transaksi berjadual untuk pemindahan dana, pemindahan segera, bayaran bil, kad kredit CIMB dan penetapan bayaran pinjaman dalam tempoh gangguan, sila ambil perhatian bahawa transaksi anda akan hanya diproses paling lewat menjelang 3 Feb," katanya.
  
CIMB mohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh layari www.cimbbank.com.my. - Bernama

Thursday, January 23, 2014

Steamboat and Grill at Casa Crystal, Sri Rampai

Assalamualaikum,

Minggu lepas, (cuti Maulidur Rasul) kami ke Casa Crystal, Taman Sri Rampai.. Kami bukan pergi berdua saja.. pergi dengan kawan-kawan semakmal.. hehe.. adalah dalam 20 orang.. riuh tempat tu kami buat.. sebelum sampai situ, macam-macam drama terjadi.. ada yang tersampai awal, ada yang tertinggal konvoi, sesat dan lain-lain.. hehehe.. apa-apa pun, we had a great time!

Yang menarik di Casa Crystal ni.. kita dapat grill daging, seafood, dll atas crystal plate.. memang sangat unik.. dan tak perlukan minyak atau mentega untuk grill.. sedap pula tu.. 
Restoran pun sangat cantik dan selesa, surau pun ada... hehe.. Layankan gambar-gambar di bawah ye..


Inilah rupa crystal plate yang unik tu..

Antara pilihan yang ada di Casa Crystal..







Jom tengok gambar kami makan pula..








Muka-muka kenyang.. (thank you, Rose for this pic)

Harga pun berpatutan.... RM 29.90 untuk dewasa..
Memandangkan kami ni pelajar.. dapatlah harga pelajar RM 24.90 (tapi kena tunjuk kad pelajarlah ye)

Terima kasih kepada Puan Meera sebab layan kami dengan baik sekali.. in sha Allah kami datang lagi..
Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh ke Facebook Casa Crystal.

Alamat: No. 13-1. 1st Floor, Jalan Rampai Maju, Taman Sri Rampai, KL..

Landmark untuk ke Casa Crystal : Bersebelahan Tasik Sri Rampai, berhadapan jalan utama, KK Mart, atas Wahab Cendol.. (copy dari FB Casa Crystal)

Boleh hubungi Puan Meera untuk tempahan atau pertanyaan.. 010-906 8849

till then,
love love!


Monday, January 20, 2014

Cendol Wahab Taman Sri Rampai

Assalamualaikum,

Minggu lepas punya cerita..
Kami nak cari Casa Crystal di Sri Rampai.. habis satu Wangsa Maju kami tawaf.. Akhirnya jumpa juga.. Tujuan cari Casa Crystal sebab nak makan steamboat dengan labmates.. Wajiblah cari dulu tempatnya kalau tak memang hari yang nak pergi tu kami yang seramai 20 orang ni sesatlah di hutan batu tu.. hehe.. (tak tahu kenapa tak ada tempat ni dalam waze, sebab tu lah kami sesat)..

Akhirnya bila dah jumpa Casa Crytal, ternampak pula Cendol Wahab di tingkat bawah.. Singgahlah sekejap.. Selain cendol, ada juga rojak, ABC dll..






Kalau nak cuba, bolehlah ke
Cendol Wahab
Jalan Rampai Maju
Taman Sri Rampai

till then,
love love..

Coklat Beryl's..

Assalamualaikum,

Lama dah tak bersiaran..jadi momentum pun kurang.. tayang gambar je lah ye.. hehe..
(Jualan murah sempena CNY di kilang Beryl's Sri Kembangan)..







till then,
love love..

Thursday, January 9, 2014

Kaw' D Ampang Waterfront

Assalamualaikum,

Sebenarnya, dah lama kami pergi Kaw' D ni (10 Disember 2013).. hehe.. tapi asyik lupa nak post.. makanya, banyaklah benda yang terlupa... (contohnya, nama-nama burger yang dipesan.. haha).. Layankan sajalah gambar-gambar di bawah ye.. Apa-apa pun Burger Bakar Kaw Kaw memang sedap! Suka sangat cheesy sauce dia.. Nanti nak pergi lagi! Kaw' D sangat selesa dan boleh lepak sampai pukul 1-2 pagi.. hari tu kami lepak dari pukul 9.15pm sampai 12.45am.. tak sedar masa berlalu sebab borak-borak dan makan burger yang sangat enak.. (pantun 2 kerat ke ni?) huhu...























Kalau nak cuba bolehlah ke:

Kaw' D (Burger Bakar Kaw Kaw)
No. 46, Jalan AWF3, Ampang Waterfront, 68000 Ampang Selangor

p/s: sebelum ni kami makan Burger Bakar Kaw Kaw Subang. sangat best!!!!

till then,
love love..

Tuesday, January 7, 2014

Benefits of Oats

Assalamualaikum,

Oats again! Hehe.. So, this is what it looks like when oats were cooked with rice.. Click here for more info on oats for rice.



Below are some of the benefits of oats.. thanks to oatsbenefits.com..

Source: http://oatsbenefits.com/oats-benefits/

1) Lowers Cholesterol – There is a soluble fiber which is present in oats and this is called as the Beta-glucans which has proved to lower the blood cholesterol which ultimately reduces the risk of cardiovascular diseases. Studies has shown us that a bowl of oats a day reduces your cardiovascular risk by at least 10 percent.

2) Reduces high blood sugar – Oats falls under the category of low glycemic index food and since it is high in fiber content it helps to normalize blood sugar spikes and diabetes patients can certainly benefit from a breakfast of oatmeal everyday.

3) Revving up the Immune system – Oats also contains selenium and vitamin E which certainly enhances the body’s immune system response to bacterial infections and thus this makes it a perfect food for the flu season and the zinc present in oats not only aids in metabolism but also helps in healing wounds and in cell regeneration.

4) Weight Loss – The soluble fiber in oats can delay the emptying of the stomach which ultimately aids in weight loss. Since oats is low in fat content as well, it will certainly not add up to your weight.

5) Protein source – There is a higher concentration of well-balanced protein in oats compared to the other cereals and also the quality of protein found in oats is of a much superior quality to that of the proteins found in wheat. Proteins in oats helps to build, repair, maintain all body tissues and also provides necessary body energy.

Don't forget to try Quaker Oats for Rice!


till then,
love love..

Monday, January 6, 2014

Weekend at MPH

Assalamualaikum,

It's so not me if I did not spend a day on the weekend at a bookstore.. so, with a strong determination I managed to persuaded my dear husband and we went to MPH at One Utama.. hehe..

Since it was Saturday, no plastic bag was given so they wrapped the books like this (see the pics)..


These are free..


50% off! Huhu..



Aaaa.. this is the book that I've been looking  for...





Comes with free mug too..




till then,
love love..