Sumber: Sinar Harian/Bernama
KUALA LUMPUR - Perkhidmatan perbankan CIMB akan terganggu sementara dari
11.45 malam 31 Januari hingga 6 pagi 3 Feb, berikutan usaha naik taraf
sistem berjadual.
Menurut laman web CIMB Click hari ini gangguan itu melibatkan
cawangan-cawangan dan pusat perkhidmatan CIMB Bank dan CIMB Islamic,
serta mesin teller automated (ATM), mesin deposit tunai, mesin deposit
cek dan dispenser mata wang asing.
Gangguan itu turut menjejas transaksi kad debit CIMB, perbankan online, perbankan mobile dan perbankan fon layan diri.
Pelanggan CIMB dinasihatkan supaya membuat perubahan perlu pada tarikh
transaksi berjadual jika mereka memerlukan bayaran atau pemindahan
diproses lebih awal.
"Jika anda mempunyai transaksi berjadual untuk pemindahan dana,
pemindahan segera, bayaran bil, kad kredit CIMB dan penetapan bayaran
pinjaman dalam tempoh gangguan, sila ambil perhatian bahawa transaksi
anda akan hanya diproses paling lewat menjelang 3 Feb," katanya.
CIMB mohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh layari www.cimbbank.com.my. - Bernama
1 comment:
kita ada cimb.. hihi..
Post a Comment