Sumber: Sinar Harian
PUTRAJAYA - Pencapaian keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR) pada tahun ini adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun,
kata Ketua Pengarah Pendidikan Tan Sri Abd Ghafar Mahmud hari ini.
Beliau berkata seramai 466,167 calon menduduki UPSR pada tahun ini dan
pencapaian keseluruhan telah meningkat sebanyak 0.04 mata Gred Purata
Nasional (GPN).
"Ini merupakan keputusan UPSR terbaik dalam tempoh empat tahun iaitu
sejak tahun 2010 di mana GNP telah meningkat dari 2.31 mata pada tahun
2010 kepada 2.30 mata (2011), 2.31 mata (2012) dan 2.27 mata pada tahun
ini. (Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian lebih baik).
"Ini satu pencapaian yang membanggakan. Saya mengucapkan tahniah kepada
semua guru dan pelajar yang telah menunjukkan prestasi yang baik pada
tahun ini," katanya ketika mengumumkan analisis keputusan UPSR di sini
hari ini.
Abd Ghafar berkata seramai 42,646 calon UPSR tahun ini berjaya
memperoleh semua A dalam semua mata pelajaran, peningkatan sebanyak 0.21
peratus berbanding tahun lalu.
Abd Ghafar berkata prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu (BM) di
Sekolah Kebangsaan (SK) meningkat iaitu sebanyak 0.17 mata Gred Purata
Mata Pelajaran (GPMP) bagi BM Pemahaman dan 0.03 mata GPMP bagi BM
Penulisan berbanding tahun lepas.
Selain itu, beliau berkata mata pelajaran BM di Sekolah Jenis
Kebangsaan (SJK) turut menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 0.14 mata
GPMP (BM Pemahaman) dan 0.19 mata GPMP (BM Penulisan) berbanding tahun
lepas.
"Prestasi yang baik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu telah menyumbang
kepada pencapaian keseluruhan UPSR yang baik pada tahun ini," katanya.
Bagi Bahasa Inggeris (BI) di SK, Abd Ghafar berkata prestasi
keseluruhan menurun sebanyak 0.06 mata GPMP berbanding tahun lepas,
dengan peratusan calon mendapat Gred A menurun sebanyak 0.2 peratus,
Gred ABC menurun sebanyak 2.9 peratus manakala Gred D dan Gred E pula
meningkat sebanyak 3.0 peratus berbanding tahun lepas.
Di SJK, katanya prestasi keseluruhan BI meningkat sebanyak 0.12 mata
GPMP dan peratusan calon mendapat Gred A dan Gred A,B dan C turut
meningkat sebanyak 4.2 peratus dan 2.1 peratus, Gred D meningkat 1.0
peratus dan peratusan calon memperoleh Gred E menurun sebanyak 3.0
peratus berbanding tahun lepas.
p/s: Tahniah kepada semua.. bukan keputusan cemerlang yang menjadi kayu ukur keseluruhan pencapaian akademik, tapi yang penting ilmu yang diperoleh dan dimanfaatkan.. (dulu pernah sedih sebab tak dapat 5A dalam UPSR, tapi Alhamdulillah kini dapat belajar hingga ke peringkat pascasiswazah)..
till then,
love love..
1 comment:
tiap tahun pun terbaikkk
Post a Comment