Thursday, November 7, 2013

Kemaman-Cherating-Kuantan Part 2

Assalamualaikum,

Bagi memenuhi keperluan makan malam kami di Kuantan, kami membawa diri ke Tanjung Lumpur, Kuantan dengan harapan dapatlah menikmati makanan laut yang segar.. hehe..
Bila sampai, kami terkesima dengan jumlah manusia yang memenuhi setiap restoran makanan laut di Tanjung Lumpur.. (amboi ayat.. macam novel..huhu)..

Kami mula berpandangan sesama sendiri kerana tak tahu nak makan di mana kerana jumlah manusia yang terlalu ramai.. lalu kami pun singgah di Petronas untuk ke ATM. Lepas tu kami buat keputusan untuk makan di Ana Ikan Bakar Petai.. Alhamdulillah, dapat meja.. Jadi kami pun buat pesanan..


Siakap tiga rasa..sedap..

Udang butter.. rasa sedap, tapi rupa macam kurang je kan..

suasana dalam restoran

Alhamdulillah.. bayaran yang dikenakan adalah lebih kurang RM55... dah makan malam, balik hotel.. tidur.. Keesokan hari, sarapan di hotel sajalah sebab dah masuk sekali dalam harga bilik..
Makanan yang dihidangkan macam biasalah.. nasi lemak, puding, bubur, roti..

Saya makan nasi lemak, ayam goreng, tomato, sambal

ni en salleh punya..nasi lemak juga

Pastries ni sangat sedap! diulang SANGAT SEDAP. jarang hotel hidangkan pastries yg sedap

Bila ada omelette, bagi saya sarapan di hotel ni sgt best!

nasib baik cereals ni tak lemau (dah pernah terkena dulu kat hotel lain)

Kalau datang bandar Kuantan, dan nak duduk di hotel yang harganya berpatutan, Rocana Hotel ni memang sesuai.. Nak pergi ke Berjaya Megamall Kuantan pun dekat, boleh jalan kaki saja..

www.rocanahotel.com



Alhamdulillah..moga lepas ni ada rezeki untuk bercuti ke tempat lain pula.. In sha Allah..

till then,
love love..















3 comments:

LydSunshine said...

betul, jarang pastries sedap. Omelet pon nampak sedap. Tak gi jalan2 kat megamall ke?

ezlinda hisam said...

omelette tu memang sedap sgt.. hehe..lupa pulak nk mention.. tak sempat nak jalan kat megamall.. lagipun tak terasa nak pergi mall sebab kalau nak pergi mall, kat KL pun byk..hehe

Myra Jay said...

Siakap tu memang nampak sedap..
Udang tu walau rupa tak menarik tapi kalau rasanya sedap ok je kan :D