Wednesday, April 15, 2020

Aktiviti semasa PKP

Assalamualaikum,

Hari ini 15 April 2020.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dah masuk ke fasa ketiga.
Semoga wabak Covid-19 ini dapat kita bendung, in shaa Allah.

Sejak PKP fasa yang pertama, ramai yang berkongsi aktiviti mereka.
Yang paling utama, tentulah masakan.
Ramai tunjuk bakat, ada juga yang baru nak mencuba.
Buat roti canai, kek, dan yang tular, Dalgona coffee.
Sekarang ni, mesin Thermomix pula.
Harga lebih RM7000!
Tapi kalau mampu beli, apa salahnya.
Asalkan memenuhi keperluan, silakan.
Katanya boleh buat berpuluh ribu resipi.
Hebat!

Saya pula?
Antara aktiviti yang saya sudah buat dan merancang untuk buat:

1. Dekorasi rumah

Tak semestinya tukar barang baharu, ubah susun atur perabot pun sudah memadai. Kita nak sambut Ramadan tak lama lagi, elok kita buat persiapan untuk 'tetamu istimewa' kita ini.
Saya dah merancang nak mendobi langsir, tukar cadar, susun atur perabot, sediakan ruang khas solat. Nak cat bilik pun ada, tapi fikir sebab ada bayi, mungkin akan ditangguhkan.

2. Membaca

Sebelum ini mungkin boleh habiskan sebuah buku dalam masa sebulan, kali ini mungkin seminggu satu buku.
Saya ada banyak lagi buku yang belum dibaca, sebab sebelum ini selalu ke kedai buku, beli buku dan ada yang belum sempat baca, buku baharu dah bertambah. Ini masanya untuk habiskan.

3. Tulis jurnal

Ya, menulis di blog ini juga, lebih kurang seperti menulis jurnal tetapi kita juga perlu ada jurnal peribadi. Boleh luahkan semua yang kita rasa.

4. Belajar perkara baharu

Sejak libatkan diri dalam perniagaan, banyak perkara saya belajar. Kali ini saya nak belajar berniaga di Shopee. Rasa dah banyak ketinggalan.

5. Baca Al-Quran

Bukan setakat membaca. Saya ada beli beberapa buku, yang berkaitan dengan terjemahan. Ingin mendalami sebanyak mungkin. Dan sudah tentu, baca Al-Quran itu sendiri setiap hari.


In shaa Allah, semoga dipermudahkan segala urusan kita semua.

Apa pula yang anda rancangkan?





No comments: