Tuesday, September 8, 2015

Gaya Tudung Terkini Ala Selebriti

Assalamualaikum,

Alhamdulillah.. kita sudah semakin menghampiri bulan terakhir dalam kalendar hijrah.. tak lama lagi kita akan menyambut Aidiladha..(bulan Zulhijah adalah bulan kelahiran Aisyah Raniya.. hee..). dan kita wanita ni, bila hari raya mesti nak berpakaian cantik kan.. pergi solat sunat hari raya, mestilah kena pakai cantik-cantik.. hehe.. dan yang wajib pakai ialah tudung (baju, kain wajib juga tau!.. haha..) atau orang sekarang ni suka sebut hijab.. hehe.. saya masih lagi guna perkataan tudung.. hehe..

Ekoran fesyen Muslimah yang semakin berkembang pesat dari hari ke hari, anda pasti perasan akan perubahan gaya tudung terkini yang juga turut berubah dan berinovasi. Ini menunjukkan bahawa, semakin ramai wanita bertudung yang kini sedar akan kepentingan berfesyen. Sememangnya bertudung merupakan salah satu tuntutan yang wajib diikuti oleh semua wanita Islam, namun tidak salah jika masih ingin berfesyen asalkan tidak keterlaluan.

Seiringan dengan perkembangan fesyen Muslimah itu juga, semakin ramai selebriti-selebriti terkenal tanah air yang kini tampil manis dengan berhijab. Salah seorang selebriti wanita yang sudah berhijab dan amat popular dengan rekaan tudung keluaran jenama beliau sendiri adalah Neelofa.



Selebriti yang kini sedang sibuk mengusahakan perniagaan tudung jenama Naelofar Hijab ini amat sinonim dengan fesyen tudung instant shawl yang sedang menjadi kegilaan ramai hijabista. Bukan sahaja cara pemakaian yang amat mudah, koleksi tudung yang ditawarkan juga adalah amat berkualiti.




Selebriti wanita kedua yang bukan sahaja popular Malaysia, malah sedang mencipta nama di persada seni antarabangsa iaitu Yuna pula amat terkenal dengan gaya turban yang cukup unik.



Tidak dinafikan bahawa fesyen turban Yuna sentiasa menarik perhatian ramai dan kini menjadi ikutan para hijabista.


Selebriti ketiga yang sering menjadi sebutan pula adalah Emma Maembong. Beliau yang juga baru sahaja mengenakan hijab ini juga sedang mengusahakan jenama tudung yang tersendiri iaitu Hijab by Emma Maembong.




Untuk koleksi tudung Hijab by Emma Maembong, Emma banyak menawarkan koleksi shawl dengan pelbagai rekaan yang unik dan trendi kepada para penggemar.




Di pasaran sekarang, banyak rekaan menarik.. Alhamdulillah, dah semakin ramai yang bertudung dan berhijab..  kita juga boleh menjana pendapatan lumayan dengan jualan tudung-tudung ni.. oklah..


Till then,

Love love!

No comments: