Tuesday, December 22, 2015

Saja nak tanya... APA KHABAR,SEMUA??

Assalamualaikum,

Rindunya kat semua orang!! (macam ramai sangat followers tu..haha)..
Dah lama tak mengarang dalam blog ni..
Nak sangat update tapi..biasalah.. masa tu mahal sangat..tak mampu nak beli walau 1gram seminggu untuk kongsi apa-apa cerita dengan anda semua..
(hari ni dapat update sebab balik lambat.. huhu)..
In shaa Allah... akan update juga nanti!
Azam 2016? haha.. tak pernah ada azam tapi tahun 2016 ni nak cuba buat satu..

till then,
love love..

Thursday, November 26, 2015

Raniya suka BeBJ (Babyeatsbyjustlixa)

Assalamualaikum,

Kekangan masa menyebabkan saya tak sempat nak masak yang sedap-sedap untuk Raniya (boleh masak special masa hujung minggu je).Alhamdulillah ada insan yang buat bisnes 'baby frozen food' yang sangat 'awesome' ni (thank you, Mama Lix).. saya mula beli BeBJ sejak Raniya 8 bulan.. menu BeBJ ni sangat best dan alhamdulillah Raniya suka sangat..




Antara menu yang saya selalu beli:
Set B (8 Months): RM70 utk 12 bekas
Sweetcorn Delights
Baby's Shepard Pie
Sweet Chicken
Butternut Chicken
Sweet Potato Spinach
Chicken n Veggie Casserole


Bila Raniya dah setahun lebih ni..saya try yang ni pula..
Set C (10 Months): RM67 utk 6 bekas
3 Cheese Pasta
Creamy Spinach Pasta
Mac n Cheese
Bolognese Pasta

Boleh lawat IG Mama Lix di 'babyeatsbyjustlixa' kalau nak tahu lebih lanjut..

Terima kasih, Mama Lix sebab memudahkan mommy yang sibuk ni.. hehe..

till then,
love love..

Tuesday, November 17, 2015

Makan di Nando's AEON Mall, Rawang

Assalamualaikum,

Hujung minggu lepas, sempat curi masa pergi makan di Nando's. Lama dah tak makan sejak si kecil molek tu lahir.. hehe..
Kami suka makan kat Nando's ni sebab sos-sosnya yang sedap.. walaupun kami tak makan pedas tapi perapan lemon herb tu memang kami suka. hehe..
Dan lagi satu, Nando's ni ada apps yang membolehkan kita kumpul 'cili'.. macam kumpul point tu.. kalau dapat cukupkan cili-cili yang dikehendaki..dapatlah redeem ayam.. hehe..
Boleh cari kat Play Store ye..




till then,
love love

Makan di Me'nate Steak Hub Wangsa Maju

Assalamualaikum,

Haa... nak belanja gambar-gambar sempena makan malam kami di Me'nate Steak Hub Wangsa Maju..
Wajib repeat ni!!
Kami makan mushroom soup, mashed potato, bolognese dan lamb..















till then,
love love!

Thursday, October 29, 2015

Dapat hadiah dari Yakult!

Assalamualaikum,

Dah banyak peraduan Yakult yang saya masuk.. tapi gambar hadiah ni je yg sempat ambil..hehe..



Terima kasih, Yakult. Saya memang peminat tegar Yakult.. sebab saya ni senang kena sembelit. Dan Yakult sangat membantu. Mesti ambil 2 botol sehari, in shaa Allah. Kalau Yakult tak ada dalam peti ais, memang gelabah sangat...hehe..
Raniya pun suka Yakult.. saya dah cuba bagi dia minum sikit..hehe.. dia suka sangat.

Lets drink yakult!

till then,
love love

Seminar Mudahnya Menyusu Pump On The Go

Assalamualaikum,

4 Oktober lepas, saya berkesempatan menghadiri seminar penyusuan susu ibu. Hehe.. Raniya dah setahun baru nak pergi kelas.. takpe2.. untuk tambahakan ilmu.. banyak yang saya belajar.. menyesal tak pergi masa tengah mengandung dulu. Banyak sangat info.. rasa sedih pula bila ada perkara-perkara yang saya terlepas pandang..
Kepada bakal-bakal ibu, eloklah sertai seminar ni.. tak lama pun..dari jam 9am-2pm je.. seronok sangat.. oh, bayarannya RM90..dapat free gift lagi..
Boleh ke website http://mudahnyamenyusu.gr8.com/ untuk maklumat lanjut..







till then,
love love!

Blog dah bersawang..

Assalamualaikum,

Penuhnya sawang kat blog ni.. tak larat nak buang.. hehe..
Sibuk benar sampai tak larat nak manjakan blog ni..
Oh ya, Aisyah Raniya selamat menginjak ke usia 1 tahun 18 Oktober lepas.. Alhamdulillah..
moga jadi anak solehah..aamiin..
Sekarang dah ada 6 batang gigi.. 4 atas, dua bawah.. masih belum boleh berjalan, baru cuba-cuba nak berdiri sendiri tanpa pegang apa-apa.. yg gigi atas tu, taring yang keluar dulu..hehe..lepas tu baru yang tengah.. semalam, pertama kali dia demam.. alhamdulillah, hari ni dah ok.. risau juga sebab ni pertama kali dia demam.. tak tau nak jangka apa-apa..
Macam-macam dah akal dia..selalu terhibur dengan gelagat dia..paling tak tahan..suka main air.. setiap kali lepas mandi, jenuhlah nak memujuk supaya keluar..
Banyak sebenarnya nak kongsi tapi rasa penat dan tak larat ni mengatasi..
Gambar dah beratus dalam telefon tak sempat nak dipindahkan ke laptop ni.. 
Tengoklah.. kalau kejap lagi datang sifat rajin tu..
Hehe..
Till then,
love love!

Sunday, September 13, 2015

Shopping at ZALORA again!

Assalamualaikum,

ZALORA is the best online shopping website for me! The service is good, the web is user-friendly and you can chat with their customer service representative whenever you have problem. If you are not satisfied with the item that you bought.. you can always return it to them and you may claim your money back.. (make sure you keep the receipt and it must be done within 30 days from the date of purchase).

Last week, I bought a bag.(again!). It had arrived on Thursday last week.. ( i ordered on Wednesday.. see, how fast it is.. ).

I'll definitely shop with Zalora again..

Hihi..

Till then,
Love love!

Friday, September 11, 2015

The Malaysian Women's Weekly


Assalamualaikum, 
Good morning everyone!
I would like to share with you one of my favourite magazine..
It'sThe Malaysian Women's Weekly!
It contains a lot of information and GREAT CONTESTS!!
Hihi.. previously I've won a prize from the contest but I didn't claim the prize because I cannot leave the lab to go and collect the prize ( still feel sad about it.. it happened a year ago)
Anyway, if you haven't read the magazine, please get a copy..
And the picture below is the latest issue.
I bought during Sunshine September at KLCC last week. 
Go grab your copy , ok?
Till then,
Love love!

Tuesday, September 8, 2015

Gaya Tudung Terkini Ala Selebriti

Assalamualaikum,

Alhamdulillah.. kita sudah semakin menghampiri bulan terakhir dalam kalendar hijrah.. tak lama lagi kita akan menyambut Aidiladha..(bulan Zulhijah adalah bulan kelahiran Aisyah Raniya.. hee..). dan kita wanita ni, bila hari raya mesti nak berpakaian cantik kan.. pergi solat sunat hari raya, mestilah kena pakai cantik-cantik.. hehe.. dan yang wajib pakai ialah tudung (baju, kain wajib juga tau!.. haha..) atau orang sekarang ni suka sebut hijab.. hehe.. saya masih lagi guna perkataan tudung.. hehe..

Ekoran fesyen Muslimah yang semakin berkembang pesat dari hari ke hari, anda pasti perasan akan perubahan gaya tudung terkini yang juga turut berubah dan berinovasi. Ini menunjukkan bahawa, semakin ramai wanita bertudung yang kini sedar akan kepentingan berfesyen. Sememangnya bertudung merupakan salah satu tuntutan yang wajib diikuti oleh semua wanita Islam, namun tidak salah jika masih ingin berfesyen asalkan tidak keterlaluan.

Seiringan dengan perkembangan fesyen Muslimah itu juga, semakin ramai selebriti-selebriti terkenal tanah air yang kini tampil manis dengan berhijab. Salah seorang selebriti wanita yang sudah berhijab dan amat popular dengan rekaan tudung keluaran jenama beliau sendiri adalah Neelofa.



Selebriti yang kini sedang sibuk mengusahakan perniagaan tudung jenama Naelofar Hijab ini amat sinonim dengan fesyen tudung instant shawl yang sedang menjadi kegilaan ramai hijabista. Bukan sahaja cara pemakaian yang amat mudah, koleksi tudung yang ditawarkan juga adalah amat berkualiti.




Selebriti wanita kedua yang bukan sahaja popular Malaysia, malah sedang mencipta nama di persada seni antarabangsa iaitu Yuna pula amat terkenal dengan gaya turban yang cukup unik.



Tidak dinafikan bahawa fesyen turban Yuna sentiasa menarik perhatian ramai dan kini menjadi ikutan para hijabista.


Selebriti ketiga yang sering menjadi sebutan pula adalah Emma Maembong. Beliau yang juga baru sahaja mengenakan hijab ini juga sedang mengusahakan jenama tudung yang tersendiri iaitu Hijab by Emma Maembong.




Untuk koleksi tudung Hijab by Emma Maembong, Emma banyak menawarkan koleksi shawl dengan pelbagai rekaan yang unik dan trendi kepada para penggemar.




Di pasaran sekarang, banyak rekaan menarik.. Alhamdulillah, dah semakin ramai yang bertudung dan berhijab..  kita juga boleh menjana pendapatan lumayan dengan jualan tudung-tudung ni.. oklah..


Till then,

Love love!

Monday, September 7, 2015

Samsung Galaxy J5! Love it!

Assalamualaikum, 

Thank you, dear husband for this lovely gift..
Samsung Galaxy J5.. hee.. (this is my very first post using mobile phone)

http://image.yenisafak.com/resim/upload/2015/06/15/1b00gala.jpg 
 
And also, today.. Aisyah Raniya turns 11 months ( 23 Zulkaedah)..
Love you both to the moon and back!

Till then,
Love love!

Wednesday, August 19, 2015

Softbook Merdeka Sale!

Assalamualaikum,

Bermula 18/8/15-28/8/15 ni, saya dengan baik hati (hehe..) ingin mengumumkan Merdeka Sale!
Kepada ibu-ibu dan ayah-ayah yang nak belikan softbook/buku bantal/buku kain untuk anak-anak, silalah rebut promosi ni ye.. hehe

1 softbook = RM30 (n.p RM35)




-----
-----

----
----

DAN..

Beli 4 softbook =RM 100 + FREE Flashcard!!


Pilih salah satu dari flashcard di bawah ni ye..













Boleh email saya untuk tahu senarai softbook yang ada dalam stok dan order di
ezlinda222@gmail.com


Boleh juga jengah FB saya.. Elly Ezlinda dan PM saya untuk order..


till then,
love love..

Friday, July 24, 2015

Happy Birthday Papa Raniya!

Assalamualaikum,

This post is dedicated to Mr Salleh..
Happy 33rd Birthday!!
Love you forever and thank you for everything (especially in changing Raniya's diapers.. hahaha!)



till then,
love love

Wednesday, July 8, 2015

Dah lama tak bersiaran..

Assalamualaikum,

Huhu.. Salam Ramadhan.. bersawang, berhabuk dan berdebu dah blog ni..
Tersangatlah tak sempat nak update apa-apa.. walaupun banyak benda nak cerita.. namun.. haih.
Masa AMATLAH tak mengizinkan..
Oh ya.. sekarang saya ada jual softbook a.k.a buku bantal.. sesuai untuk bayi dan kanak-kanak.. boleh order ye kalau berminat.. hehe..
Kat bawah ni ialah beberapa softbook yang ada.. ada banyak lagi tapi tak sempat nak upload.. hehe..




till then,
love love!

Friday, May 15, 2015

Softbook a.k.a buku bantal

Assalamualaikum,

Saya jual softbook/buku bantal untuk bayi, untuk kanak-kanak pun sesuai juga sebab buku ni tak boleh nak dikoyak.. hehe.... Ada yang berminat nak beli tak? :-)

BELI 1=RM37, BELI 4=RM100 (termasuk kos penghantaran)




till then,
love love

Friday, May 8, 2015

Flashcards!!

Assalamualaikum,

Berminat untuk dapatkan flashcards untuk anak anda?
Tawaran menarik ada di bawah!

RM20 (termasuk pos)

RM20 (termasuk pos)

RM20 (termasuk pos)

RM50 (termasuk pos)

RM40 (termasuk pos)

email saya di ezlinda222@gmail.com untuk order.. (takut nak bagi no telefon kat sini.. hehe)..

till then,
love love..

Thursday, April 30, 2015

Mee Tarik Warisan Asli Shah Alam

Assalamualaikum,

Emm.. tak kena sangat dengan tekak kami.. tak tahulah kenapa.. mee tarik ni macam susah sikit nak dikunyah.. terasa kenyal sangat.. hehe.. tapi.. bolehlah kalau anda nak cuba...lain orang, lain selera kan.. hehe.. layankan gambar di bawah ye..












till then,
love love..