Tuesday, December 31, 2013

Snow White and The Seven Dwarfs (The Musical) at Sunway Lagoon

Assalamualaikum,

As promised, here is the post regarding the musical of Snow White and The Seven Dwarfs.. We're so lucky that we had a chance to watched the musical FOR FREE! - (REFER HERE). It was FANTASTIC!  Thank you Sunway Lagoon! Here are some of the pics.. enjoy!!


Source: Sunway Lagoon


Queuing for our turn

Night at Sunway Lagoon

View inside the amphitheatre


Waiting for the show to start

Moments that we'll never forget..




The cute seven dwarfs!






Snow white singing







End of the show
Another pic of the night in Sunway Lagoon.. Thank you, again for the wonderful night!



till then,
love love..

Monday, December 30, 2013

Hadiah daripada Sunway Pyramid

Assalamualaikum,

Sebelum nak cerita hadiah yang kami dapat daripada Sunway Pyramid kerana 'berbelanja sakan' semalam (syukur Alhamdulillah kerana diberi kesempatan untuk merasai rezeki ini), saya nak ucapkan terima kasih kepada papa dan suami saya kerana telah sudi menaja laptop baru saya.. (sila tengok gambar).. harap laptop ni dapat membantu usaha saya untuk melalui pengajian yang baru bermula ini dan seterusnya tamat dengan jayanya.. (semoga ilmu yang diperoleh dapat memberi manfaat.. aamin..).. Terima kasih, papa dan En Salleh.. :-) 

Kami pilih Toshiba..

Bercakap tentang tajuk post ni.. hehe.. Alhamdulillah kami nampak beberapa poster di Sunway Pyramid yang mengatakan kami boleh menuntut beberapa hadiah jika berbelanja dalam jumlah tertentu.. Dah gayanya beli laptop, jadi bolehlah menuntut hadiah yang dijanjikan...

Jadi, hadiah pertama ialah..jeng..jeng..jeng..

Sunway Pyramid Preferred Parking Touch n Go Card + RM10 inside

Hadiah kedua yang kami dapat ialah...

Calligraphy set

Rasa macam Harry Potter pula bila guna pen ni..

Yang ketiga, dan yang paling best...

Tiket ke Snow White and the Seven Dwarfs Musical!
Nak tengok gambar-gambar di Amphitheatre Sunway Lagoon? Tunggu ye.. (tapi gambar-gambarnya taklah jelas sangat sebab gelap dan kamera kami bukanlah kamera yang canggih, tapi nanti saya post juga ye, nak berkongsi..)

till then,
love love..

Mari membantu dan menderma

Assalamualaikum,

Mari kita sama-sama membantu dan menyokong usaha dan misi seorang hamba Allah ini untuk mengumpul sumbangan bagi Rumah Permata Kasih.. Semoga usahanya diberkati Allah... Aamin...
Sila KLIK SINI.

till then,
love love


Friday, December 27, 2013

Cuti-Cuti Umum dan Cuti Sekolah Malaysia Tahun 2014

Assalamualaikum,

Nampak sangat tak ada idea nak taip apa kan? Haha.. Harap-harap dapat membantu sedikit sebanyak untuk anda semua berfikir dan merancang selangkah ke hadapan.. hihi..manalah tahu, ada yang nak pergi bercuti ke, nak nikah ke, buat kenduri akikah ke, kenduri doa selamat ke, nak pindah rumah baru ke.. dan segala 'ke'.. rancanglah dengan baik..

JANUARI
1. Tahun Baru - 1 Januari : Rabu
2. Maulidur Rasul, Hari Keputeraan YDB Negeri Sembilan - 14 Januari : Selasa
3. Thaipusam - 17 Januari : Jumaat
4. Hari Keputeraan Sultan Kedah - 19 Januari : Ahad
5. Tahun Baru Cina - 31 Januari : Jumaat 

FEBRUARI
1. Tahun Baru Cina, Hari Wilayah - 1 Februari : Sabtu
2. Hari Lahir Saya (hahahaha...) - 22 Februari : Sabtu ( yang ni memang CONFIRM cuti... hehe)

MAC
1. Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu - 4 Mac : Selasa
2. Cuti Sekolah - 22 Mac-30 Mac

APRIL
1. Hari Pengisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah - 15 April : Selasa
2. Hari Keputeraan Sultan Perak - 19 April : Sabtu
3. Hari Keputeraan Sultan Terengganu - 26 April : Sabtu

MEI
1. Hari Buruh - 1 Mei : Khamis
2. Hari Hol Negeri Pahang - 7 Mei : Rabu
3. Hari Wesak - 13 Mei : Selasa
4. Hari Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis - 17 Mei : Sabtu
5. Isra' Mikraj - 27 Mei : Selasa
6. Cuti Sekolah - 28 Mei-15 Jun
7. Pesta Kaamatan (Sabah) -  30-31 Mei : Jumaat, Sabtu

JUN
1. Hari Gawai Dayak (Sarawak) - 1-2 Jun : Ahad, Isnin
2. Hari Keputeraan YDP Agong - 7 Jun : Sabtu
3. Awal Ramadhan - 29 Jun : Ahad

JULAI
1. Hari Jadi YDP P. Pinang - 12 Julai : Sabtu
2. Hari Nuzul Al-Quran - 15 Julai : Selasa
3. Hari Raya Puasa - 28-29 Julai : Isnin, Selasa

OGOS
1. Hari Kebangsaan - 31 Ogos : Ahad

SEPTEMBER
1. Cuti Sekolah - 13 September-21 September
2. Hari Jadi YDP Negeri Sarawak - 13 September : Sabtu
3. Hari Malaysia - 16 September : Selasa

OKTOBER
1. Hari Jadi YDP Sabah - 4 Oktober : Sabtu
2. Hari Raya Haji - 5 Oktober : Ahad
3. Hari Jadi YDP Negeri Melaka -10 Oktober : Jumaat
4. Deepavali -23 Oktober : Khamis
5. Hari Keputeraan Sultan Pahang - 24 Oktober : Jumaat
6. Awal Muharam - 25 Oktober : Sabtu

NOVEMBER
1. Hari Keputeraan Sultan Kelantan - 11 November : Selasa
2. Hari Keputeraan Sultan Johor - 22 November : Sabtu
3. Cuti Sekolah - 22 November- 1 Januari (2015)

DISEMBER
1. Hari Keputeraan Sultan Selangor - 11 Disember : Khamis
2. Hari Krismas - 25 Disember : Khamis

Sumber: Kalendar kuda yang diberi oleh supplier.. haha...
(kalau ada tarikh yang tersilap atau tertinggal, minta tolong komen.. hee..)

till then,
love love..




Buku Warkah Buat Isteri

Assalamualaikum,

Salam Jumaat untuk semua.. Rasa gembira tak terkata bila buku Warkah Buat Isteri selamat tiba semalam..
Karya 'Prof.' Abil kesayangan ramai ni (Duda Idaman Malaya) merupakan himpunan nukilan beliau di blog.. Kalau nak tahu lebih lanjut sila LAWAT BLOG BELIAU, ok? 
Nak beli buku ni sila ke SINI.. Harganya RM25.



Kepada En. Abil yang saya personally panggil Prof., hehe.. terima kasih atas segala perkongsian dan semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik..teruskan berkarya.. dan di kesempatan ini, mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah isteri beliau.. semoga rohnya dicucuri rahmat.. Aamin...

till then,
love love..

Thursday, December 26, 2013

Makan tengah hari di O-Shima Cafe Shah Alam

Assalamualaikum,

Rindu tak? Hahaha.. Dah lama saya tak update kan.. Bukan apa, sibuk sikit je..taklah banyak.. huhu.. Hari ni baru ada perasaan nak taip.. itu pun lepas En Salleh tanya, 'dah lama awak tak update blog kan?'. Jadi untuk tidak menghampakan 'peminat no. 1' saya tu, maka tercetuslah post ni untuk hari ini.. hehehe..

Minggu lepas, kami pergi Shah Alam.. (tempat wajib pergi setiap minggu). Destinasi kami ialah Plaza Alam Sentral atau lebih popular dengan panggilan  PAS. Perut dah lapar, sebelum shopping baik makan dulu.. Saya pilih untuk makan di O-Shima Cafe yang terletak di hadapan pintu masuk utama PAS. Kecewa rasa bila En Salleh kata dia tak nak makan, jadi saya sahajalah yang pesan makanan. Cafe ni hidangkan makanan Jepun (halal ye, orang Melayu punya).. 


Belek-belek menu (lama jugalah sebab tak tahu nak pesan apa)..














Akhirnya..

Saya minum sirap selasih dan En Salleh minum teh ais

Saya pesan chicken katsuni don..

Telur dadar (plus ayam dan isi ketam) dan nasi rupanya.. huhu.. (macam lain dari gambar di menu)

Nasi ni saiznya gemuk2 sikit, kata En Salleh , saya rasa biasa je..hehe

Ada sup (sedap juga) dan serbuk cili (rasanya)..

Nasib baik, En Salleh tak pesan makanan sebab nasi saya banyak.. boleh share dua orang.. Lain kali nak cuba menu lain pula..
Anda semua bolehlah jenguk-jenguk O-Shima Facebook ye untuk info lebih lanjut..

till then,
love love..

Monday, December 16, 2013

Vivo Pizza

Assalamualaikum,

Minggu lepas kami jalan-jalan di Subang.. tak pernah masuk Empire Shopping jadi kami pun pergilah.. hehe.. Dah sampai sana, tak tahu nak makan apa.. lepas pusing-pusing kami ambil keputusan untuk cuba Vivo Pizza..


Restorannya sangat cantik dan bersih.. servis pun ok tapi yang tak tahannya mahal sikitlah.. hehe..


Jom tengok apa yang kami pesan..

Air mineral je yang mampu, kalau tak habis boleh bawa balik..haha..

Sup cendawan ni sedap tapi agak cair..yang best sebab cendawannya segar..

Suami saya makan nasi dan chicken chop ni

Pizza ni sangat sedap..yang ni saiz personal ye.. namanya Around the World..
Masa untuk bagi komen..


Lepas makan, kena bayarlah..


till then,
love love..