Friday, June 14, 2013

Ada apa dengan kunyit?

Assalamualaikum,

Kunyit. Anda selalu guna serbuk kunyit dalam masakan? Tahukah anda, kunyit juga boleh mengubati penyakit? Sejak beberapa tahun yang lepas, kunyit telah melalui beberapa kajian yang amat mendalam tentang potensinya sebagai ubat bagi merawat beberapa jenis penyakit terutamanya kanser. Kunyit telah digunakan dalam bidang perubatan Ayurveda sejak sekian lama, begitu juga dalam perubatan tradisional Cina.
Kunyit atau nama saintifiknya 'Curcuma longa', mengandungi sebatian aktif yang amat berkesan bagi menghalang dan menyembuhkan penyakit. Sebatian aktif tersebut dikenali sebagai 'curcumin'. 'Curcumin' kaya dengan antioksida yang boleh menghalang pembentukan radikal bebas yang menjadi punca pelbagai jenis penyakit. Dengan teknologi terkini, 'nanocurcumin' telah dihasilkan bagi meningkatkan potensinya sebagai ubat yang mampu menghalang penyakit. Ingin mengetahui tentang lebih lanjut tentang 'curcumin' sila layari..

http://kunyit.my/about/curcumin


Genus serum (nanocurcumin)



No comments: