Thursday, December 22, 2011

Konserto Terakhir

Assalamualaikum..
(Petikan berita dari Berita Harian)



KUALA LUMPUR: Novel Konserto Terakhir karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain akan menggantikan novel Interlok sebagai teks Komponen Sastera (KOMSAS) bagi pelajar Tingkatan Lima mulai tahun depan.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud, berkata penggantian teks KOMSAS bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia itu membabitkan pelajar bagi Zon Dua meliputi Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Selangor.
“Novel Konserto Terakhir telah melalui proses penyaringan dan pemilihan ditetapkan serta sesuai digunakan sebagai teks KOMSAS berdasarkan nilai dan mutu karya dihasilkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Pada 14 Disember lalu, Kabinet memutuskan bahawa penggunaan novel Interlok, yang juga karya Abdullah, sebagai teks KOMSAS Tingkatan Lima tidak akan diteruskan mulai tahun depan.
Keputusan itu dibuat berikutan timbulnya rasa kurang senang sesetengah masyarakat selain bagi mengelak mana-mana pihak daripada terus mempolemikkannya.
Novel Konserto Terakhir, yang pernah dijadikan teks KOMSAS Tingkatan Lima di Zon Dua dari tahun 2000 hingga 2010, berkisar mengenai perjuangan hidup dan kegigihan seorang anak muda dari kampung yang berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan dan akhirnya berjaya menjadi seorang seniman besar negara. – BERNAMA

p/s: teringat waktu 'struggle' masa Tingkatan 5 dulu.. novel ni la yang dihadap selama setahun.. dari kulit depan sampai kulit belakang.. nasib baik suka baca novel, tak jadi masalah untuk 'explore' elemen-elemen sastera ni.. :-)  rasa bertuah sebab dapat belajar sastera walaupun dalam aliran sains.. thanx to Malaysia's education system.. (my husband always asked what I learned from 'sastera'.. hehe.. dia tak sempat belajar sebab masa dia Form 5, komponen sastera ni belum ada/belum wajib untuk aliran sains) rasa bertuah pun ada.. hehe..

No comments: