Assalamualaikum..
Hari ni aku ke Puncak Alam..tengok lab baru dan meninjau keadaan di sana. Tikus-tikus kesayangan pun dah selamat bermastautin di tempat baru..sejuk betul animal house tu. Makin malas la mereka agaknya..hehe..
Selepas ini, perjalanan harianku adalah dari Serendah-Puncak Alam. Sebelum ni, Serendah-Shah Alam. Harap-harap lebih baik dari yang sebelum ni.
Oh ya, sekarang aku dah di Semester 3. Semester kritikal ni..kalau tak habiskan labwork, memang susah.. Target aku, Semester 4 thesis mesti dah siap..pastu bleh goyang kaki..hehe..nak sambung PhD pulak...belajar lagi..setinggi yang boleh..(menuju puncak..hihi).
Oklah..setakat ni dulu.. Wasalam. Sudi-sudilah klik link di bawah.
No comments:
Post a Comment