Wednesday, May 6, 2020

Buku

Assalamualaikum,

Saya memang sangat suka buku.
Pergi ke kedai buku, lagilah saya suka.
Bau buku dan kedai buku,ibarat satu terapi.

Tapi sebab sekarang ni masih lagi dalam tempoh PKP, tak dapatlah ke kedai buku.
Buat belian secara online sahaja.
Sebenarnya, banyak koleksi tak habis baca lagi.
Tapi, keinginan nak tambah buku baharu tu sentiasa ada.

I guess, it is a good hobby or is it a habit?
Whatever it is, book makes me happy.

Dapat kurangkan 'sakit' ini pun dah memadai.

Friday, April 17, 2020

Norma baharu

Assalamualaikum,

Hari ini Jumaat, 17 April.
Norma baharu yang paling ketara selepas munculnya coronavirus baharu ini, adalah tiadanya Solat Jumaat. Harapnya tidak berpanjangan. Harapnya ini adalah sementara.

Namun begitu, beberapa perkara yang perlu menjadi rutin baharu adalah

1. Basuh tangan dengan sabun
Kekerapan basuh tangan perlu dipertingkatkan. Bukan hanya sekadar basuh, tapi cuci dengan sabun selama 20 saat (minimum). Hanya dengan sabun, virus ini dapat ditumpaskan sekiranya ia terdapat di permukaan tangan. Dan juga cecair pembasmi kuman, perlu ada di dalam beg jika kita keluar ke mana-mana.

2. Jarak sosial
Jika berada di tempat awam, jarakkan diri dengan orang lain sekurang-kurangnya 1 meter. Ini kita dapat lihat sekarang. Contohnya semasa ingin masuk ke pasaraya, kita beratur jauh sedikit berbanding orang di depan atau belakang.

3. Tidak bersalaman dengan sesiapa
Ini sangat sukar untuk dilakukan, mungkin. Sudah menjadi kebiasaan dan adat orang Malaysia, berjabat tangan dengan sesiapa yang kita jumpa. Tetapi, kini kita sudah tidak boleh melakukannya. Mungkin untuk satu tempoh yang agak lama.

4. Perhimpunan
Tidak kiralah perhimpunan besar, atau perhimpunan keluarga, semua ini sudah tidak dapat dilakukan.

5. Membeli-belah
Rakyat Malaysia memang suka membeli-belah. Selalunya kompleks membeli-belah akan penuh setiap hujung minggu. Kini tidak lagi. Mungkin selepas berakhirnya wabak ini sekalipun, masih ramai yang takut untuk 'window shopping'. Pada waktu ini, perkhidmatan dalam talian dan penghantaran barang ke pintu rumah, telah menjadi norma baharu. Para peniaga secara tidak langsung perlu beralih ke platform dalam talian. Perlu belajar cara urusniaga yang lebih canggih dan cepat.

6. Bekerja dan belajar dari rumah
Saya tidak bekerja secara rasmi. Sekadar bisnes dalam talian. Menjual pasta Eatalian Express, makanan bayi Groomy, ayam organik Delima Emas dan Tupperware. Saya jual apa saya suka. Memang semuanya dari rumah. Ini bukan norma baharu saya. Tapi mungkin baharu untuk kebanyakan rakyat Malaysia (suami saya, contohnya). Penerokaan cara baharu untuk bekerja dan belajar dari rumah, penggunaan aplikasi Zoom, Google Classroom dan lain-lain memungkinkan Malaysia untuk maju setapak lagi. Kini, ia mampu untuk dilakukan. Jadi tiada sebab untuk menyangkal sekiranya ada keperluan dari beberapa pihak yang perlu bekerja dari rumah jika keadaan mendesak.

7. Selamat di rumah sendiri
Buat masa ini, tempat yang paling selamat adalah rumah kita sendiri. Jika sebelum ini kita kerap melancong di dalam dan luar negara, merasakan yang keluar ke tempat-tempat tertentu akan memberikan ketenangan, kini tidak lagi. Rumah kita perlu diberi perhatian, ini adalah masa untuk menghargai apa yang kita ada. Kita bukan terperangkap di dalam rumah, kita sebenarnya selamat di rumah. 

Selamat menjalani norma baharu. 




Wednesday, April 15, 2020

Aktiviti semasa PKP

Assalamualaikum,

Hari ini 15 April 2020.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dah masuk ke fasa ketiga.
Semoga wabak Covid-19 ini dapat kita bendung, in shaa Allah.

Sejak PKP fasa yang pertama, ramai yang berkongsi aktiviti mereka.
Yang paling utama, tentulah masakan.
Ramai tunjuk bakat, ada juga yang baru nak mencuba.
Buat roti canai, kek, dan yang tular, Dalgona coffee.
Sekarang ni, mesin Thermomix pula.
Harga lebih RM7000!
Tapi kalau mampu beli, apa salahnya.
Asalkan memenuhi keperluan, silakan.
Katanya boleh buat berpuluh ribu resipi.
Hebat!

Saya pula?
Antara aktiviti yang saya sudah buat dan merancang untuk buat:

1. Dekorasi rumah

Tak semestinya tukar barang baharu, ubah susun atur perabot pun sudah memadai. Kita nak sambut Ramadan tak lama lagi, elok kita buat persiapan untuk 'tetamu istimewa' kita ini.
Saya dah merancang nak mendobi langsir, tukar cadar, susun atur perabot, sediakan ruang khas solat. Nak cat bilik pun ada, tapi fikir sebab ada bayi, mungkin akan ditangguhkan.

2. Membaca

Sebelum ini mungkin boleh habiskan sebuah buku dalam masa sebulan, kali ini mungkin seminggu satu buku.
Saya ada banyak lagi buku yang belum dibaca, sebab sebelum ini selalu ke kedai buku, beli buku dan ada yang belum sempat baca, buku baharu dah bertambah. Ini masanya untuk habiskan.

3. Tulis jurnal

Ya, menulis di blog ini juga, lebih kurang seperti menulis jurnal tetapi kita juga perlu ada jurnal peribadi. Boleh luahkan semua yang kita rasa.

4. Belajar perkara baharu

Sejak libatkan diri dalam perniagaan, banyak perkara saya belajar. Kali ini saya nak belajar berniaga di Shopee. Rasa dah banyak ketinggalan.

5. Baca Al-Quran

Bukan setakat membaca. Saya ada beli beberapa buku, yang berkaitan dengan terjemahan. Ingin mendalami sebanyak mungkin. Dan sudah tentu, baca Al-Quran itu sendiri setiap hari.


In shaa Allah, semoga dipermudahkan segala urusan kita semua.

Apa pula yang anda rancangkan?





Monday, April 13, 2020

Karangan pertama di tahun 2020

Assalamualaikum,

Secara rasminya, ini merupakan karangan pertama di tahun 2020.
Lama sungguh tak kemaskini blog ni.
Sebenarnya, nak sangat menulis, tapi masa amat mencemburui.
Dengan masalah peribadi, anak-anak, bisnes dan lain-lain lagi.
Tapi, syukur Alhamdulillah. Hari ini 13 April, diberi kesempatan.

Ya, semua sedia maklum Malaysia sekarang berada di dalam fasa sukar.
Kini, semuanya dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Bermula 18 Mac yang lepas dan bakal bersambung sehingga 28 April dan mungkin juga akan disambung lagi.
Semua ini kerana wabak penyakit Covid-19.
Semoga Allah s.w.t melindungi kita semua.
Saya percaya dan yakin yang semua ini ada hikmahnya.
Ini adalah masa untuk kita refleksi diri.
Buat apa yang dulu kita tak sempat buat, kerana ada masa terluang pada waktu ini.

Dan bulan Ramadan juga semakin hampir.
Perbanyakkan muhasabah diri selain dari amal ibadat.
Sedekah perlu setiap hari dan doa juga dipanjatkan sentiasa.
Eratkan hubungan sesama keluarga, walaupun terbatas dengan PKP, manfaatkanlah teknologi.
Kita sentiasa dekat di hati.

Terima kasih kepada semua yang pernah singgah di blog saya.
Saya akan terus menulis.
Setiap hari, in shaa Allah.

Sunday, December 30, 2018

Seafood Spread at Ombak Kitchen Shah Alam

Assalamualaikum,

Memandangkan sedang mengandung anak ketiga, maka banyaklah makanan teringin nak makan. Setakat ni semua boleh telan kecuali nasi arab. Hari tu duk tengok seafood kat Ombak Kitchen ni,. lama-lama jadi teringin la kan.. so masa cuti Deepavali tu, pujuk jugala husband pegi.
Hihi....sedap memangla sedap tapi susah nak fokus makan bila si double Aisyah tu buat hal.. haha. Dengan nasi berterabur, dengan nyanyi2.. nasib tak ramai sgt orang masa tu.. segan mama papa tau.
Ok, Ombak Kitchen ni best sangat tau sebab very cosy, bersih dan yang penting servis bagus.
Sebenarnya, niat utama nak pergi sebab nak survey restoran ni, In shaa Allah nanti nak bawa satu family makan kat sini. SEDAP KE? Mestilah!!
Jom tengok menu.












Kenyang tau! Hihi..mana taknya sebab kena habiskan nasi anak-anak sekali..diorang kalau dah dapat aiskrim..memang lupa makanan lain.. lagi pulak si kakak tu tak makan seafood.
Maka, marilah kita tubuhkan satu tabung utk repeat makan kat sini lagi. Hehe.

Korang try la pulak

5.G.01, D'Vida Business Centre, Jalan Bazar U8/101, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

Till then,
love love!

Mudzaffar Hotel Melaka

Assalamualaikum,

Lamanya tak menaip kat sini.. kekok pulak rasa. Lama sangat tinggal bidang penulisan ( penulisan la sangat..haha), nak menaip pun mcm ayam patuk beras. Sejak jadi mak anak dua ni, hubungan dengan laptop makin renggang. Buka bila perlu je, lagi-lagi handphone sentiasa di sisi.
Ok baiklah.. kite cerita pasal Mudzaffar Hotel pula la ye,. Enough about me. 
Seriuosly, saya ikut perkembangan hotel ni sejak dalam pembinaan sebab saya memang tunggu sangat hotel yang mengangkat ciri-ciri senibina Melayu Melaka dan Islam. Memang saya tunggu sangat nak menginap di hotel ni. It is so MAJESTIC!
Sebab tak pernah tidur dalam istana kan, so hotel ni buat kita feeling2 duduk dalam istana la.
Servis hotel sangat bagus, oh ya kami book hotel guna Agoda. Dapat deal yang bagus so on saja.
Masa ni saya pergi dengan my parents dan anak2 je. Husband tak ikut sebab hari bekerja.
Bilik hotel sangat cantik dan luas. Bilik air sangat superb dan luas, lengkap dengan bathtub dan shower. Bila masuk bilik air, rasa macam masuk bilik sebab besar dan luas. Suka sangat. Sarapan pagi pun sangatlah sedap dengan pilihan menu pelbagai. Haih.. bila la boleh repeat ni.. jom layan gambar.

Lobi







Bilik












Kolam renang




My favourite part..breakfast!











Memang kena repeat ni.. boleh tak guna alasan mengidam? Haha..mentang2 la tgh pregnant kan.. 
Korang yang nak pegi ni alamatnya. Hotel ni dekat MITC Melaka, jadi jauhla sikit dari Bandar Hilir. Tapi tak kisahla kan.. asalkan best dan selesa. Harga pun not bad.

Lot 5509, Jalan Wisma Persekutuan, Melaka International Trade Centre, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Ok.
Till then,
love love

Thursday, January 4, 2018

Semua rakyat Malaysia mesti cuba Eatalian Express



Assalamualaikum,

Cerita Eatalian Express lagi.
Ya, saya akan terus cerita sampailah setiap isi rumah kat Malaysia ni makan Eatalian Express. muahaha!

Copied from my own FB.


Tak perlu lagi bergantung pada produk luar
~~~~~~~
Mungkin ramai yang tahu pasta dan sos pasta yang dijual di pasaran adalah produk import dari pelbagai negara. 
Saya akui harga lebih murah dan lebih tahan lama.
Kenapa lebih murah itu saya kurang pasti tapi kita semua sedia maklum kalau tahan lama mesti ada tambahan pengawet.
Sejak ada Eatalian Express yang dah hampir setahun mengeluarkan pasta, sos pasta dan meatballs, rasa syukur sgt2 sebab dah tak perlu beli di pasaraya. Kualiti memang jauh lebih baik, dan yang penting takde pengawet.
Hebat kan orang kita?
~~~~~~~
Kenapa produk Eatalian Express 'mahal'?

~~~~~~~
Tadi kan saya cakap saya tak tahu kenapa pasta yang diimport harganya murah.
Memang saya tak tahu sebabnya tapi saya nak beritahu kenapa pasta dan produk EE 'mahal'.
Mixed Vege Pasta Eatalian Express menggunakan puree sayuran. Puree sayuran dari 10 jenis sayur. Antaranya purple carrot dan beetroot. Anda tahu harga sayur ni di pasaran berapa? Saya pun tak tahu tapi saya pasti sayur ni harganya mahal sebab rare.
EE guna puree sayur ye. Bukan serbuk sayur timbang kilo. Mak-mak semua mesti tahu apa tu puree kan? Takyah la cerita kat sini. Gi google kalau tak tahu.
Sos pasta EE pulak tak ada pengawet. Tahan 3 hari je lps defrost. Resipinya memang original dari Italy. Mahal sebab resipi ni naik kapal terbang. Nak buat pun bukan mudah sebab guna bahan fresh je.Meatballs EE pun guna bahan fresh and lean meats only! Nak kirakan cost? Sila.
Value yang ada pada produk ni yang menjadikannya 'mahal'. Tapi kan.. kalau ikutkan kita bukannya makan pasta ni hari-hari. Makan bila feeling2 Italiano je. Maklumlah, nak pergi sana tak mampu.
😆😆
Akhir kata, jadilah penilai yang baik.





Till then,
love love