Tuesday, May 6, 2014

Alhamdulillah.. dapat juga apa yang dihajatkan..

Assalamualaikum,

Lama dah entry ni tertangguh.. biasalah..keadaan sedang tak menentu dengan kerja bertimbun sampai tak tahu nak buat yang mana dulu.. 

Hujung bulan lepas dapat juga beli susu kambing Nubian, nasib baik ada kat Tesco Shah Alam.. Alhamdulillah.. dan dapat juga kasut baru... yay! Terima kasih En Salleh...

aaa..sedapnya susu kambing...

yay! 

till then,
love love

Thursday, April 24, 2014

Tuesday, April 22, 2014

Taste of Italy by Pizza Hut

Assalamualaikum,

Hujung minggu lepas sebelum balik Serendah, kami singgah Rawang. Hajatnya nak beli susu kambing Nubian tapi tak ada stok pula.. kecewa sangat.. memandangkan kami belum makan tengah hari, singgahlah ke Pizza Hut.. nak cuba pizza baru..


Jadi, kami pesan Signature Course.. ada pizza, brushetta, pasta dan air..




Kami makan Romano Chicken.. sedap juga.. pizzanya tak bulat macam biasa.. segi empat  bentuknya.. En Salleh makan pasta garlic cream.. mulanya En Salleh nak makan pasta yang ada pesto sauce tapi waiter tu cakap ramai customer tak habis makan kalau order menu tu.. herba dalam sos tu kuat sangat.. pizza yang jenis florentine tu pun sama..






till then,
love love..

Saturday, April 19, 2014

Lasagna yang sedap!

Assalamualaikum,

Khamis lepas, saya berpeluang merasa lasagna yang sangat sedap dari Grand Delicious Lasagna...
Memang cukup rasa.. hehe.. kenalah dengan tekak yang sangat memilih sekarang ni..
Oh ya, saya order lasagna di Facebook je.. dapat tahu pun di Facebook Bandar Puncak Alam..
Emm.. tak tahu nak taip apa lagi.. tengoklah gambar ye..





Oh ya, jangan lupa lawat Grand Delicious Lasagna..
Harga: RM14

till then,
love love

Friday, April 18, 2014

Restoran/Medan Ikan Bakar Pantai Jeram, Kuala Selangor...

Assalamualaikum,

2 minggu lepas.. teringin sangat nak makan kerang bakar dan sotong goreng tepung. Tempat yang paling sesuai mestilah Pantai Jeram.. hehe.. sangat sedap. Maka saya pun mengheret suami dan beberapa orang rakan untuk makan kat sana.. makan berdua je tak meriah sangat.. Makan kat Medan Ikan Bakar Pantai Jeram memang best! Walaupun yang famous di Pantai Jeram adalah Aroma Ikan Bakar (jiran Medan Ikan Bakar Pantai Jeram) tapi kami lebih suka makan di medan ni.. kami rasa harganya lebih murah dan yang paling penting lebih sedap..

Jadi, malam tu kami makan kerang bakar, sotong goreng tepung, siakap masak stim limau, ikan cencaru bakar, pari bakar, sayur kailan ikan masin, nasi putih dan jus oren.. Alhamdulillah.. kenyang.. hehe.. (mestilah kenyang kan....)..

Kerang bakar

Kerang bakar, sotong goreng tepung, kailan ikan masin

Siakap stim limau, cencaru bakar, kailan ikan masin, sotong goreng tepung

Pari bakar

Cencaru bakar (4 ekor) berserta lauk-lauk tadi

Ni lah harga yang kami bayar (oh ya.. kangkong pula yg masuk dalam bil.. hehe)..

Alhamdulillah.. kami berlima kenyang malam tu.. kalau nak pergi restoran ni masa hujung minggu, wajib buat tempahan dulu ye.. sebab selalunya penuh.. hehe.. No. telefon ada di resit kat atas ni.. (punyalah malas nak taip semula.. haha..)..ok lah.. ni pun dah cukup baik saya nak taip post ni hari ni.. kalau tak, memang tak sempat..

till then,
love love..


Thursday, April 10, 2014

Tuesday, April 8, 2014