Monday, August 19, 2013

Suami saya penderma darah.. :-)

Assalamualaikum,

Suami saya adalah penderma darah yang tegar... Hehe.. Pemilik darah jenis B ini sudah 9 kali mendermakan darahnya..dan yang terbaru, semalam di AEON Rawang, Selangor...




Contohilah beliau.. hehehe.. lepas derma darah, PDN bagi roti, 100plus, milo, folic acid.. sebelum ni masa derma darah di Masjid Negara, dapat tuala, beg dan macam-macam lagi.. :-) bestnya jadi penderma.. (moga saya juga diberi kekuatan untuk menderma juga satu hari nanti, sekarang masih tak berani).. hehe..

Sila ke Pusat Darah Negara untuk keterangan lanjut..

p/s: En Mohd Salleh sendiri minta saya buat entry ni..nak galakkan orang ramai menderma darah.. hehe..

till then,
love love!


Wednesday, August 14, 2013

Mr Steak House, Laman Seri Shah Alam

Assalamualaikum,

Kerana ketiadaan bahan mentah untuk dimasak (bawang pun tak ada..), maka makan malam terpaksa diadakan di luar rumah..hehehe.. En mohd salleh teringin nak makan 'steak' katanya, jadi Shah Alam adalah tempat untuk dituju.. Mr Steak House adalah pilihan kami memandangkan beberapa restoran 'western food' lain masih tutup...


Mr Steak House

Ramai orang..


Ribs steak yang dipesan oleh En Mohd Salleh

Saya makan grill chicken je.. tak mahu makan daging lembu, tangan dah gatal

Harga yang perlu dibayar..

Oh, malam ni dah kena masak semula.. takkan nak tunggu minggu depan baru nak masak.. hehe.. Nasi goreng pun jadilah kan.. Kepada anda yang mahu ke Mr Steak House..ni alamatnya..

Mr Steak House
Laman Seri Business Park,
Seksyen 13 Shah Alam
Selangor

till then,
love love


Tuesday, August 13, 2013

Berhari raya dengan buku...

Assalamualaikum,

Masih lagi bersedih dengan berlalunya Ramadhan.. Moga, insyaAllah akan dipertemukan lagi dengan bulan mulia itu tahun hadapan...amin...
Ok, buku minggu ini adalah..


Karya Jerry D. Gray sekali lagi..dan bertajuk Deadly Mist. Buku ini merungkai konspirasi Amerika Syarikat untuk melenyapkan manusia-manusia yang 'tidak diingini' dengan mencipta penyakit-penyakit baru dan melancarkan senjata biologi. Mereka juga mencipta ubat-ubatan yang kononnya boleh menyembuhkan penyakit namun itu semua adalah helah untuk mengaut keuntungan.

Buku ini sangat 'best'! Please do get it.. RM25 only..

till then,
Love love..

P/s: kami tak ada gambar raya langsung, sebab tu tak ada entry pasal raya.. (dah 3 tahun tak ada gambar raya :-(   .... )

Wednesday, August 7, 2013

Menu 27 Ramadan..

Assalamualaikum,

Secara rasminya, inilah menu berbuka terakhir untuk Ramadan tahun ni hasil air tangan saya.. Hehe...


Jika anda bijak bestari, sila senaraikan nama masakan saya ini...

till then,
Love love!

Monday, August 5, 2013

Restoran char koay teow Serina Redzuawan

Assalamualaikum,

Last night, me and my husband went to Kota Damansara for a late dinner. We decided to had char koay teow. So we went to the newly opened, char koay teow's restaurant. The big boss of this restaurant is Serina Redzuawan, a well-known celebrity.  Simply Delicious!

You really CAN SEE this bright pink restaurant from a far

I had this large size char koay teow! Nice!

My husband decided to had nasi goreng udang instead. Delicious too!

If you want to have the best char koay teow, just go to:

Restoran Char Koay Teow Simply Delicious Penang Mai!
No. 13-G Encorp Strand Jalan PJU 5/20A
Dataran Sunway, Kota Damansara
(the restaurant is in the same street with Subway and Ariani, and you can see Tune Hotel in front of it)

who knows, you might get lucky to meet Serina (or Chef Wan) there.. hehehe...

till then,
love love!

Sunday, August 4, 2013

UiTM di hatiku.. :-)

Assalamualaikum,

Yang ditunggu telah tiba.. TERIMA KASIH UiTM Varsity Jacket !


till then,
love love!

Bersyukur..

Assalamualaikum,

Orang lain sibuk buat entry pasal raya, saya masih lagi dengan BUKU. Ok, kali ni nak kongsi satu buku yang sangat hebat karya Prof Kamil. Saya baru baca suku dari buku ni dan air mata bergenang je.. baca pula masa pukul 2 pagi.. sayu dan insaf rasanya..banyak pengajaran dan motivasi. Kagum dengan Prof Kamil, yang kini telah menetap di Madinah. 


Taip panjang-panjang pun tak guna. Apa kata anda semua dapatkan buku ni.. Memang sangat bagus!

p/s: saya cuma ingin berkongsi info tentang karya-karya yang bermutu yang terdapat di pasaran, percayalah anda pasti setuju dengan saya jika anda juga membaca buku-buku yang telah saya cadangkan.. :-)

till then,
love love!