Monday, July 22, 2013

Meriah sungguh air berkarbonat dari UneQuein!

Assalamualaikum,

Sabtu lepas, saya dan suami ke Bangi.. nak balik rumah mak di Kajang sebenarnya, tapi singgah dulu ke UneQuein Bangi semata-mata nak beli air berkarbonat ni.. Hehe.. Cuba tengok, meriah tak warna-warna air ni? Rasa pun sedap. Kurang gula dan kurang gas.. Sesuai untuk orang yang tak berapa suka 'carbonated/soft drinks' macam saya ni.. Apa lagi, jom borong untuk raya.. InsyaAllah nak beli lagi untuk raya nanti (buat stok untuk tetamu yang nak datang rumah nanti, tak lupa juga untuk kampung halaman tercinta..haha). Terima kasih Mawi, Ekin dan staf Unequein yang melayan kami. InsyaAllah nanti kami datang lagi. :-)

Perasa sarsi, oren dan fruity

Perasa oren, ice cream soda dan cola

Perasa strawberi dan anggur

till then,
love love!

Sunday, July 21, 2013

Hidangan hari ini..

Assalamualaikum,

Alhamdulillah.. hari ni masih gagah lagi untuk memasak.. hehe.. setelah ditimpa 'kejadian yang tak diingini' semalam. Nak tahu cerita? Pertama kali ke pasar Ramadan, kononnya nak beli buah tangan untuk dibawa ke rumah mak. Hmm.. rupanya makanan yang dibeli telah basi.. kecewa! Nak buat macam mana, bukan rezeki barangkali.Sebab itulah, saya memang tak teringin nak ke 'param' ni. Cukuplah kali ini saja. 

Jadi, untuk hari ini saya masak 'pan-fried salmon' dan 'buttered spinach and mushroom'. Makan dengan nasi putihlah  kan.. hehe..


Teringin nak makan cendawan goreng, jadi masaklah sekali..


Ok.. itu saja..

p/s: masih sedang belajar memasak..

till then,
love love!

Thursday, July 18, 2013

Our humble iftar.. hehe..

Assalamualaikum,

Officially, this is the first pic of our iftar menu since Ramadan started..


Murtabak and karipap made specially by my mom.. oh yes.. my mom made them... (my mom gave these frozen murtabak and karipap when me and my husband went back home last weekend).. hehe.. for dinner, we had yesterday's bolognese.. (please don't waste your food during Ramadan).. This is enough for the two of us.. Alhamdulillah.. :-)

till then,
love love!

Kucing kucing!

Assalamualaikum,

Kimmy datang hari ni! Rindu dia sangat.. Dah 2 hari tak datang, tiba-tiba hari ni muncul..  dah mula fikir yang bukan-bukan bila dia tak muncul.. Dah beranak ke? Kena culik ke? Macam-macam...

Lepas makan ikan bilis dan minum susu, terus lena..

Sampai sekarang tak tahu kucing ni ada tuan ke tak.. Kalau ada, saya ni bukan nak ambil kucing ni..cuma kasihan dan bagi makan sebab dia selalu datang rumah saya minta makanan..sekali dia makan...huh..memang banyak..lebih-lebih lagi dia tengah bunting sekarang..lepas makan dia akan berehat dan tidur macam dalam gambar tu.. harap tuan kucing ni (kalau ada) tak marah saya.. hehe..

till then,
love love!

Wednesday, July 17, 2013

Muhasabah Cinta


Assalamualaikum,

I cried when I hear this song for the first time... 
 



Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu
Tuhan... Baru ku sedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Ilahi....
Muhasabah cintaku...
Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika kuharus mati
Pertemukan aku denganMu



till then,
love love!

Monday, July 15, 2013

Lets read..

Assalamualaikum,

Minggu ni saya akan baca buku ini pula, insyaAllah..


Buku yang bertajuk 'Art of Deception' ini merupakan edisi Bahasa Melayu karya Jerry D. Gray dan diterbitkan oleh PTS. Buku ini merungkai rancangan dan penipuan yang dilakukan oleh Amerika, Freemason dan Zionis terutamanya berkenaan dengan peristiwa 9/11. 
Jerry D. Gray merupakan bekas Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) dan telah memeluk agama Islam serta aktif dalam aktiviti dakwah. 
Semoga buku ini dapat membuka minda seluruh umat Islam dan masyarakat lain.
Jangan lupa dapatkan.. RM20 je.. 

till then,
love love!

Saturday, July 13, 2013

Giliran buku ini pula...

Assalamualaikum,

Minggu ini tibalah giliran buku ini untuk dibaca.. Semoga memberi manfaat.. Amin..



Buku ini ditulis oleh salah seorang idola saya, Prof. Dr. Muhaya Hj Mohamad dan diterbitkan oleh AsSohwah.. Antara isi kandungan buku ini adalah tentang bagaimana untuk menghadapi cabaran dan dugaan dalam kehidupan..
Harap anda juga akan mendapatkan buku ini.. :-)

Till then
love love!