Thursday, October 29, 2015

Dapat hadiah dari Yakult!

Assalamualaikum,

Dah banyak peraduan Yakult yang saya masuk.. tapi gambar hadiah ni je yg sempat ambil..hehe..



Terima kasih, Yakult. Saya memang peminat tegar Yakult.. sebab saya ni senang kena sembelit. Dan Yakult sangat membantu. Mesti ambil 2 botol sehari, in shaa Allah. Kalau Yakult tak ada dalam peti ais, memang gelabah sangat...hehe..
Raniya pun suka Yakult.. saya dah cuba bagi dia minum sikit..hehe.. dia suka sangat.

Lets drink yakult!

till then,
love love

Seminar Mudahnya Menyusu Pump On The Go

Assalamualaikum,

4 Oktober lepas, saya berkesempatan menghadiri seminar penyusuan susu ibu. Hehe.. Raniya dah setahun baru nak pergi kelas.. takpe2.. untuk tambahakan ilmu.. banyak yang saya belajar.. menyesal tak pergi masa tengah mengandung dulu. Banyak sangat info.. rasa sedih pula bila ada perkara-perkara yang saya terlepas pandang..
Kepada bakal-bakal ibu, eloklah sertai seminar ni.. tak lama pun..dari jam 9am-2pm je.. seronok sangat.. oh, bayarannya RM90..dapat free gift lagi..
Boleh ke website http://mudahnyamenyusu.gr8.com/ untuk maklumat lanjut..







till then,
love love!

Blog dah bersawang..

Assalamualaikum,

Penuhnya sawang kat blog ni.. tak larat nak buang.. hehe..
Sibuk benar sampai tak larat nak manjakan blog ni..
Oh ya, Aisyah Raniya selamat menginjak ke usia 1 tahun 18 Oktober lepas.. Alhamdulillah..
moga jadi anak solehah..aamiin..
Sekarang dah ada 6 batang gigi.. 4 atas, dua bawah.. masih belum boleh berjalan, baru cuba-cuba nak berdiri sendiri tanpa pegang apa-apa.. yg gigi atas tu, taring yang keluar dulu..hehe..lepas tu baru yang tengah.. semalam, pertama kali dia demam.. alhamdulillah, hari ni dah ok.. risau juga sebab ni pertama kali dia demam.. tak tau nak jangka apa-apa..
Macam-macam dah akal dia..selalu terhibur dengan gelagat dia..paling tak tahan..suka main air.. setiap kali lepas mandi, jenuhlah nak memujuk supaya keluar..
Banyak sebenarnya nak kongsi tapi rasa penat dan tak larat ni mengatasi..
Gambar dah beratus dalam telefon tak sempat nak dipindahkan ke laptop ni.. 
Tengoklah.. kalau kejap lagi datang sifat rajin tu..
Hehe..
Till then,
love love!