Sunday, June 29, 2014

Thank you, Nuffnang..

Assalamualaikum,

Dear Nuffnang..
Thank you for another CPUV.. I really appreciate it (and hoping for MORE.. hehe)..

till then,
love love..

Jalan sekejap di Ikea

Assalamualaikum,

Sabtu lepas kami ke Ikea sebab dah lama tak jalan-jalan kat situ.. Rupanya ada pengubahsuaian kat dalam, jadi tak berapa menarik untuk mencuci mata.. kami pun sarapan pagi sajalah.. oh ya, ada sale.. kalau nak pergi beli barang untuk raya, silakanlah.. hehe..





till then,
love love..

Thursday, June 26, 2014

Pizza Hut Citarasa Ramadan

Assalamualaikum,

Semalam kami ke Pizza Hut.. teringin nak cuba pizza baru.. sempena Ramadan katanya.. jadi haruslah cuba.. nanti dah masuk bulan Ramadan, rasa macam tak sempat je nak ke Pizza Hut..haha.. yang best untuk set pizza yang baru ni, kalau dine-in selepas 9 malam, dapat diskaun 40%..


Pizza ni berperasa tandoori.. ayamnya sedap tapi sosnya kurang kena dengan tekak saya..
Ada juga Asiana platter yang boleh tahan juga sedapnya..


Yang ni harga set sebelum 9 malam..


Yang ni pula harga set selepas 9 malam..


Beginilah rupanya secara realiti..



Dah makan 2-3 ketul baru teringat nak ambil gambar platter ni.. hehe..


oklah.. tu je 'duta' Pizza Hut ni nak cakap...
sekian..

till then,
love love..

Tuesday, June 24, 2014

Wednesday, June 18, 2014

Antenatal Class Hospital Pantai Ampang

Assalamualaikum,

Dah lama tertangguh post ni.. asyik tak sempat je.. hehe.. Memandangkan kelas antenatal ni free, kami pun pergilah untuk menambah ilmu pengetahuan.. tak rugi apa-apa pun kan.. cuma masa hari ahad tu diluangkan ke kelas ni lah.. penat juga sebab kena dengar ceramah dari pagi sampai petang tapi sebab FREE.. hehe.. layankan je...



Siap dapat goodie bag lagi.. macam-macam ada...


Paling best dapat jumpa Catriona Ross.. hihi.. she's so gorgeous.. cantik sangat! Dia bagi talk pasal penampilan ibu...





Haa.. ni lah barang-barang dalam goodie bag tu... banyak kan?? boleh disimpan untuk kegunaan masa depan.. in sha Allah...


Dapat juga beg daripada Cryocord ni...




Ni paling best.. cabutan bertuah.. dapat beg Similac Mom, sampel susu dan baucer RM5..




oklah.. tu je nak beritahu.. hehe.. boleh lawat FB Hospital Pantai kalau nak tahu event kesihatan yang dianjurkan..

till then,
love love...

Wednesday, June 11, 2014

Friday, June 6, 2014

Makan malam di Satay Station Shah Alam

Assalamualaikum,

Hari tu teringin sangat nak makan satay.. dan tiba-tiba teringat ada kedai satay di Shah Alam.. Satay Station. Maka puaslah saya memujuk En Salleh untuk ke sana.. hehe.. Lokasi Satay Station ni adalah di Plaza Shah Alam (Plaza Masalam) (bahagian belakang).. dengar cerita sataynya besar-besar, jadi teringin la nak tengok besar mana.. hehe...




berani pesan 10 cucuk je..

Memang saiznya agak besar jugalah berbanding satay biasa dan sedap juga.. tapi yang kurangnya.. kuah satay agak berminyak... harap tuan punya kedai dapat kurangkan lah minyak dalam kuah tu ye.. saya tengok kat meja lain pun..orang tak usik pun kuah satay tu... lepas makan, kami bungkus juga 10 cucuk lagi untuk kawan.. En Salleh makan nasi putih dengan set sup.. bila nak bayar..tengok bil..huh.. terkejut juga tengok set sup tu agak mahal...


oklah..tu je..

till then,
love love..