Sedang melayari FB tadi, tiba-tiba terpandang 'post' dari Alahai! Mutiara Minda MPH.. Eh, ada novel baru.. ADAM DAN HAWA 2: DEKATNYA CINTA karya Aisya Sofea.. hmm.. macam best.. ini sinopsisnya..
maaf ya..kualiti gambar tak memuaskan..hehe |
Doa Adam Mukhriz dan
Ain Hawani di bawah Multazam di Masjidilharam telah dimakbulkan Allah
S.W.T. Kini, mereka mengutip makna cinta yang tertinggal sebelas tahun
lalu. Untuk kali kedua, mereka saling jatuh cinta kembali. Kata dan
janji diulang-ulang. Ya! Tiada sesiapa lagi antara mereka yang akan
ditinggal pergi.
Namun, kebahagiaan mereka tiba-tiba dipanah petir. Dugaan datang
menyihir dua hati. Sejambak bunga ros di tangan Ain mencetus prasangka
Adam. Siapa yang beri? Cemburunya merasuk apabila terlihat isterinya
bersama lelaki lain. Itukah lelaki yang selalu Ain puji?
Adam kecewa! Kenapa Ain permainkan kepercayaannya? Kenapa Ain tergamak menduakannya? Ain curang! Ain tidak setia! Ain sudah lupa dia adalah suami! Akhirnya, Adam melafazkan talak.
Adam kecewa! Kenapa Ain permainkan kepercayaannya? Kenapa Ain tergamak menduakannya? Ain curang! Ain tidak setia! Ain sudah lupa dia adalah suami! Akhirnya, Adam melafazkan talak.
Sekujur tubuh Ain bagai kaca yang terhempas. Tangannya menggigil
menadah takdir. Sekali lagi hatinya dipalu. Adam salah faham. Adam silap
pandang. Adam lebih ego sebenarnya! Emosi si suami mendahului akal. Dia
cuba menyuarakan semua itu tapi Adam enggan lagi mendengar.
Arissa dirampas pergi! Ain sudah tidak punya apa-apa. Status bekas isteri menjadikan dia hampir mati.
Tapi kawan-kawan..belum boleh beli lagi tau.. hehe.. Nak buat tempahan awal di mphonline.com boleh. Ada diskaun 20%.
till then,
love love