Monday, February 28, 2011

Jalan-jalan.. Makan-makan..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah kita dah tiba ke hari terakhir dalam bulan Februari tahun 2011 ni.. Cepat sungguh masa berlalu.. Last weekend dipenuhi dengan aktiviti jalan-jalan dan makan-makan.. hehe
Hari sabtu kami ke Plaza Alam Sentral, Shah Alam... beli ink untuk printer, antivirus etc.. Makan di Ani Sup Utara.. (rasanya ni 1st time makan kat Ani Sup lepas kahwin..hehe). Dapat pulak aiskrim cornetto free 4 biji.. alhamdulillah...rezeki..Pastu ke Sunway Pyramid pula.. Nak beli shower gel ylang-ylang Yves Rocher yang dipesan oleh mama..then ke Jusco pula untuk ambil Birthday Gift Vouchers (yang menarik dalam voucher tu hanya tiket GSC dan Kenny Rogers).. aaa...yang paling best dapat beli buku kat Popular.. beli wedding gift untuk seseorang dan a book for myself.. 'Conversations with Dr M'.. nanti akan buat review pasal buku ni bila dah khatam, ok?

Penat sungguh.. hampir lewat petang, apa lagi..pulanglah ke Puncak Alam.. singgah sekejap kat Ace Hardware Saujana Utama untuk beli kepala paip, lepas bayar dapat air soya free 2 botol..rezeki lagi..alhamdulillah..hehe..
Dapat call pulak dari mama... papa ajak makan nasi arab...wah, rezeki lagi..ALHAMDULILLAH.. My favourite tu... lepas maghrib je..kami gerak ke Gombak... Makan kat restoran Arab Yemen.. sangat sedap.. here are some pictures for you all..

The Menu

Nampak sedap? Rasanya lagi lah sedap.. hehe!

Licin oooo...


Ahad pula, hari duduk di rumah (tapi tak jugak).. Pagi tu pergi Tesco..beli barang dapur.. balik je terus prepare untuk masak.. menunya adalah Udang Masak Lemak ala Nyonya dan ikan tilapia goreng... punya la banyak bahan nak guna untuk masak udang masak lemak ni.... tapi buat jugalah sebab nak cuba.. lepas kisar rempah-rempah...wah..sedap dah bau..hehe..bila tumis, lagi la sedap... akhirnya jadi jugalah... (sorry, lupa nak ambil gambar..next time la ye..). Malam tu pula, pergi Ikea kejap..beli beberapa barang.. hehe.. so, berakhirlah weekend yang sangat best ni.. Alhamdulillah..

next weekend?? mungkin akan lebih menarik..lokasi mungkin di pantai timur... tunggu.... :-)
wasalam...

Friday, February 25, 2011

My belated Birthday treat..

Assalamualaikum..

Bertemu lagi dalam entri yang terbaru ini.. :-)

Nak share dengan semua..semalam my beloved husband bawa pegi makan-makan.. kenyang sangat-sangat.. thank you, Mohd Salleh.. walaupun rasanya agak lewat untuk celebrate birthday tapi kira ok la jugak..

First, kami ke Kota Damansara.. Makan aiskrim yang sangat lembut di ICE ROOM.

Sementara tunggu ice cream tiba....

our table..

panggilan penting dari.... :-)


Here's the ice cream that we'd ordered..  Kiwi flavoured...

yummy!

nice right?

and delicious too...
Lepas je makan ice cream tu, orang kat table sebelah order ice cream strawberry.. abang kata nampak sedap pulak ice cream diorang...hehe.. nanti kita datang lagi ye... 

Rasa macam kurang kenyang.. mana taknya, makan ice cream je.. Then we decided to go for Big Plate at Subang.. (terbalik sudah, makan dessert dulu pastu dinner.. pelik..pelik..)

Order Cheezy Chicken.. lambat sungguh makanan tiba.. order 1 menu je..(takut tak habis).. lepas hampir 45 minit tunggu... hidangan yang dinanti pun tiba..

dah makan separuh baru ingat nak ambil gambar.. ;-)
Huh, kenyang sangat la pulak.. tu pun share makan berdua.. Lepas makan, balik rumah la.. :-)

Sekian!


Tuesday, February 22, 2011

Salahkah Wanita Tak Tahu Memasak? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Salahkah Wanita Tak Tahu Memasak? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.

Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.

Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.

Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.

Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.

Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.

Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.

Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.

Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.

Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!



-dipetik dari iluvislam-

Wahai Lelaki, Hormatilah Isteri Awak! | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Wahai Lelaki, Hormatilah Isteri Awak! | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Dulu lain sekarang lain.. Dulu bujang sekarang dah kawin.. terkenang bait-bait lirik lagu nasihat Tan Sri Dato' SM Salim.

Merujuk kembali kisah pernikahan, perkahwinan zaman sekarang banyak pasangan semasa muda-muda lagi ada yang baru berkahwin dah berpisah, bercerai berai disebabkan oleh kasih sayang antara mereka yang tidak erat. Kenapa?

Jika difikirkan banyak faktor yang menjurus ke arah keruntuhan rumahtangga antaranya kurangnya ilmu serta pengetahuan agama serta keikhlasan dalam menempuh alam perkahwinan itu sendiri.

Begitu juga faktor dalam menjaga hubungan suami dan isteri agar keharmonian rumahtangga terpelihara tidak diambil kisah.

Suami memainkan peranan yang penting sebagai pemimpin dalam memastikan perjalanan dan keperluan kehidupan itu dipenuhi sebaiknya.

Tidak dinafikan ada waktu-waktu suram ketika bersama namun itu tidak patut menjadi halangan kerana ianya membantu mematangkan kehidupan pada masa akan datang.

Buat si suami anda memang raja tetapi berilah penghargaan dan hormatilah isterimu selalu.

Mari kita berkongsi sedikit sebanyak nasihat dari Dato' Dr Fadhilah Kamsah dalam menghargai isterimu.

01.Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

02.Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri.

Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

03.Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

04.Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

05.Kalau pasangan dah ada anak,sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

06.Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya.

Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

07.Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

08.Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritahu isteri dulu,kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik.

Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

09.Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10.Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut? Sudah kahwin makin menjadi-jadi pulak ye..

11.Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12.Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. Cuba perihatin dan buat penilaian sebaiknya.. ingat ada perkara diluar jangkauan dan pemahaman lelaki..

13.Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki.Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14.Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15.Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati.Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain.Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18.Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja.Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19.Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20.Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat.Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai.

Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21.Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga.

Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22.Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka.

Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23.Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk.Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris.

Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri.

Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, "Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"

Suami diberi tanggungjawab yang amat besar sebagai pemimpin keluarga. Kepimpinan seorang suami bukan bermakna dia berkuasa melakukan apa sahaja.

Apa yang dimaksudkan sebagai kepimpinan ialah seorang suami yang mampu memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya.

Melayan isterinya serta keluarganya dengan baik, menjadi pelindung kepada keluarganya dan yang paling penting harus menjadi pendakwah dalam keluarganya.

Isteri juga mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam keluarga. Ketaatan dan kesetiaan seorang isteri menjamin kebahagiaan rumahtangga yang dibina.

Isteri harus menjaga kehormatan dirinya semasa ketiadaan suami selain ikhlas dan sabar menjaga anak-anak dan harta dalam rumah tangga.

Apabila suami atau isteri tahu dan sedar tanggungjawab masing-masing, pembentukan keluarga sakinah akan tercapai.

Sebuah keluarga yang sakinah bukan sahaja boleh dibentuk melalui peranan isteri dan suami malah meliputi anak-anak dan ahli keluarga yang lain.

Oleh itu, keluarga yang dibentuk harus padat dan lengkap secara berterusan dan konsisten mengamalkan nilai-nilai sakinah yang telah diunjurkan dalam al-Quran dan Sunnah.
Petikan Yadim - Sakinah: Bahagia Sebuah Keluarga

-dari iluvislam.com-

it's my birthday!

Assalamualaikum to all..

Alhamdulillah...praise to Allah s.w.t..
Thank you so much to my parents for all their love & supports..
Thank you to my family and friends..
Thank you to my husband as well...

I hope this is the beginning of a new era (of me).. :-)

Happy birthday to me!

Friday, February 18, 2011

muka buku

assalamualaikum.. bertemu lagi!

ok..catatan hari ni bukan nak sambung pasal wedding..tapi hal lain.. hehe.. pasal wedding, kita tangguhkan dulu.

hari ni nak cakap tentang facebook. well, boleh dikatakan hampir 70% rakyat Malaysia ada facebook (statistik sendiri.. haha). banyak kebaikan dan tak kurang juga keburukannya. supaya tidak terjerumus ke arah keburukan, kita harus berfikir setiap tindakan kita di facebook. dari segi post, comment, gambar, game atau apa-apa saja yang berkaitan. dan yang paling penting, privacy settings. always be updated. control your privacy settings. jangan sampai hal-hal peribadi atau data-data peribadi 'terdedah' begitu saja. and please, mind your words. it may hurt others.

until then, see ya.

Wednesday, February 16, 2011

officially.. Mrs Mohd Salleh.. :-)

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t yang sentiasa melimpahkan rahmatNYA..
Rasanya agak lambat juga saya nak mengumumkan bahawa.. I'm now officially MARRIED.. hehe...setelah 2 tahun tempoh bertunang (lama, kan?), akhirnya saya dan Mohd Salleh SAH disatukan sebagai suami isteri. Memang banyak dugaan yang terpaksa kami tempuhi sepanjang itu.. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.

Kami diijabkabulkan pada 17 Disember 2010 (Jumaat) bersamaan 11 Muharam 1432H pada jam 10 pagi dengan 2 kali lafaz (hehe...)...Kenduri pula berlangsung pada 18 Disember 2010 ( Sabtu).. Terima kasih kepada papa, mama, ahli keluarga, jiran tetangga, dan rakan-rakan yang membantu serta memeriahkan majlis..

There's a lot more to tell...and pictures TOO... tunggu sambungannya...

(nak sambung buat thesis pulak)..