Thursday, July 31, 2014

Selamat Hari Raya!!

Assalamualaikum,

Oh, hari ni dah mula masuk lab.. huhu.. sunyi sepi.. hanya saya dan suami saja ada di sini.. hehe.. Selamat hari raya semua!!

till then,
love love...

Friday, July 18, 2014

Makan di Bawal Power

Assalamualaikum,

2 hari lepas, En Salleh teringin nak makan di Bawal Power.. dah lama juga kami tak ke situ.. jadi, gagahkan diri juga untuk pergi walaupun penat.. hehe.. tapi, medan selera Tanjung Village Damansara ni dah sunyi.. tak macam dulu.. nasib baik Bawal Power ni wujud lagi.. taklah En Salleh kempunan.. hehe.. Menunya biasa je tapi ikan bawal goreng dan karinya tu yang sangat sedap..



ni lah kari yang sedap tu...




ikan bawal goreng yang rangup..

oklah..sekian.. hehe..

till then,
love love..

Buku percuma dari MPWS

Assalamualaikum,

Terima kasih MPWS sebab hantar buku percuma ni untuk saya..
Sila lawat http://www.postgraduateworkshop.com/ untuk lebih info..




till then,
love love..

Tuesday, July 15, 2014

Untuk panduan bersama...

Assalamualaikum,



(Saya dapat di Facebook.. kredit kepada hamba Allah yang melakar poster/carta ini dengan baik sekali.. terima kasih yang tidak terhingga atas panduan ini.. moga bermanfaat untuk kita semua..)

till then,
love love..

Tak kesampaian...

Assalamualaikum,

Hujung minggu lepas, saya bercadang nak makan di Restoran Aroma Hijrah di TTDI Jaya.. namun, sempat ambil gambar restoran je sebab dah fully booked dan last order untuk tapau adalah pukul 5.30pm.. Kami sampai di situ pukul 6.00pm.. kecewa.. akhirnya kami beli nasi beriani di kedai lain tapi kurang sedap dan kami suami isteri pening kepala lepas makan.. hmm... nasib baik tak cirit-birit atau muntah.. dah risau takut keracunan je..
Inilah yang dikatakan bukan rezeki kami untuk makan di Aroma Hijrah hari tu.. sekian.. hehe..


till then,
love love...

Wednesday, July 9, 2014

Agar-agar air tangan En Salleh..

Assalamualaikum,

Dengan bangganya mempersembahkan agar-agar sirap dan oren buatan En Salleh.. hehe.. nasib baik tak buat agar-agar pandan.. kalau tak boleh bagi nama agar-agar lampu isyarat.... haha... sedap tau tapi kurang gula.. hihi...


till then,
love love...

Monday, July 7, 2014

7 tambah 7 jadi 14..

Assalamualaikum..

Cantik tarikh hari.. 7/7/14.. Hehehe.. Selamat hari Isnin semua dan selamat menjalani ibadah puasa.. semoga kesihatan kita dipelihara oleh Allah dan diberi kekuatan untuk menunaikan ibadah..amin..

till then,
love love..

Friday, July 4, 2014

Terima kasih, Nuffnang..

Assalamualaikum,

Terima kasih Nuffnang sebab sudi bagi iklan lagi.. walaupun taklah banyak mana tapi sangat seronok sebab ada juga iklan nak masuk di blog saya ni.. hehe.. Terima kasih sekali lagi!

till then,
love love...

Thursday, July 3, 2014

Bayaran Zakat Fitrah Negeri Selangor 1435H

Assalamualaikum,

Alhamdulillah.. kami dah tunaikan zakat fitrah untuk tahun ni..

RM7 seorang

Kemudahan pembayaran zakat

Jangan lupa bayar zakat ye...

till then,
love love...

Wednesday, July 2, 2014

Gas habis waktu sahur... huhu..

Assalamualaikum,

Sedih rasa pagi tadi.. dah panaskan minyak untuk goreng telur..tiba-tiba api padam...oh no! gas habis.. huarghhh... mana ada orang nak hantar gas pukul 4.45 pagi!! (kalau ada, tolong bagitau ye... haha).. kenapalah tak bagi warning malam tadi.. semalam masak macam ok je...tak ada pun tanda-tanda nak habis.. (ke saya yang tak perasan..entahlah...)..

Kempunan pulak rasa nak makan telur mata dengan kicap pagi tadi.. sudahnya makan roti je..

Nak makan apa untuk berbuka ni pun masih dalam dilema sebab tak beli gas lagi.. terfikir juga, ada ke orang nak hantar gas dekat-dekat waktu berbuka ni... huhu...

Oklah..sekian..

till then,
love love..